Wednesday, February 10, 2010

Apam Tepung Beras

kuih utk mkn ptg minggu lepas...suke sngt dgn rspi ni..apamnya lembut mcm span..sedap plak tu...masa kat bahrain dulu pun dah buat 2-3x guna rspi ni...

resipi asal apam ni kita amik dari 1 fotopage...dah lama jmpa rspi ni...klu tak silap dari Zana Fotopage...rspinya kita salin kat kertas je...mtak halal ye...mksih..

Sumber Resipi : Zana Fotopage
Bahan-bahan ( 12 biji )
  • 100g tepung beras
  • 50g gula
  • 130 ml air
  • 2g yis
  • 2g eno
  • sedikit pewarna

Cara

1. Campurkan tepung beras,gula,yis dan air,kacau sehingga sebati dan gula larut,kmudian tutup bks td(kedap udara) dan perap lebih dari 4 jam sblum dikukus (kita bancuh mlm dan kukus pagi esok)

2. Bila dah kembang(masa nk kukus)masukkan warna dan eno,kacau perlahan2 je dan biarkan selama 5 minit sblum dikukus.Kukus selama 15-20 minit dlm cwn2 apam dlm pngukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu (mcm nk kukus kuih2 lain jgk) -kita xpanaskan dulu acuan

Note:Tutup pengukus mesti dibalut dgn kain/towel supaya air tidak akan menitik jatuh keatas apam yg dikukus td,krn klu terkena air semasa mengukus,apam tu akan jd keras...

No comments:

Post a Comment