Wednesday, February 24, 2010

Bun Kacang Merah

dah srpan ke smua ye..klu blum mai la kita bekpes sama2 dgn bun kcang merah ni...lepas buat kek cklat pisang tu..kita trus bakar roti ni...kbetulan stok red bean paste pun ada skit lagi...rspi Cik Mat@CMG dari Myresipi...kena plak dgn secwn kopi kan...mksih ye Cik Mat..kita mtak izin c&p rspi ye...

kita buat bntuk ulat gongok dpt lah 6 biji...

Sumber Resipi : CMG ( Myresipi )
Bahan-bahan ( 12 biji )
  • 120 ml air
  • 250 g tepung roti
  • 30 g telur
  • 10 g susu tepung
  • 40 g mentega
  • 40 g gula kastor
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softner (optional)


BAHAN2 LAIN:-
Inti kacang merah secukupnya
Sedikit mentega utk disapu

Cara-cara

1.Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap. 2.Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit. 3.Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

2 comments:

  1. Salam Maz...tak nampak kegonggokannya...nampak keserian...bunga yang cun jer...dan sungguh menyelerakan!!! Akak nak seketul ada lagi tak???

    ReplyDelete
  2. Watie seketul, Maz 4 ketul, yang lebih 1 tu mama punya. Ma dah cakap siap-siap, takut kang ada orang lain mengecek pulak... hihihi...

    ReplyDelete