Tuesday, February 23, 2010

Gulai Darat Ayam Kampung

lauk tghri tadi...klu blik kmpung time raya nenek slalu msk gulai darat serati utk anak cucunya(serati ni mcm itik,tapi besar dri itik)...hri kita msk sdri la plak..tpi guna ayam kmpung...mana nk cri serati kan...

Sumber Resipi : Ilham Dapur

  • 1 ekor ayam kampung - potong kecik, bersih dan toskan
  • 3-4 cawan santan
  • 3 sudu besar rempah gulai darat - kita guna serbuk kari baba je
  • 2 inci lengkuas*
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 2-3 sudu besar cili giling - kita rebus cili kering dan bland
  • 5-6 batang kacang panjang - potong pendek
  • 1-2 keping asam keping
  • garam, gula dan aji (jika suke)

Cara-cara

1. Kisar halus bahan-bahan yang bertanda *.

2. Masukkan ayam dalam periuk, kemudian masukkan santan dan bahan yang dikisar tadi serta cili giling, rempah gulai darat/serbuk kariKacau sebati

3. Masak sampai santan mendidih, kemudian masukkan asam keping dan perasakan secukup rasa. Masak sampai daging ayam empuk sambil dikacau sekali-sekala. Bila ayam sudah masak, masukkan kacang panjang, balik-balikkan sekejap.Siap...

2 comments:

  1. Slmlkm mazzz......
    Mana resepinyer dik non oi..? kak sue tunggu ni...

    ReplyDelete
  2. Salamm...
    Haa....dah siap tulis lengkap resepinyer, meacih2.. meacih daun keladi..tk care!

    ReplyDelete