Monday, February 15, 2010

Masak Lemak Labu + Udang

lauk utk mlm tdi..ni lah akibatnya klu slalu tak masak...dah xthu nk msk apa plak kan!!...bahaya jgk ye klu mcm ni..hihi...masak ni sbb adik2 kita ada lagi kat rmah...ada lah org yg akan mkn nasi...tpi baru sat tadi adik kita yg no 2 dan isterinya bertolah blik ke muadzam shah...

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan :
  • 10 ekor udang
  • 1 mangkuk labu kuning yang dipotong kiub
  • 3 cawan santan
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 4 biji cili padi hijau*
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 keping asam keping
  • sedikit garam dan gula

Cara-cara :

1.Tumbuk lumat bahan-bahan yang bertanda * ,kemudian dalam periuk masukkan santan dan bahan yang ditumbuk tadi beserta asam keping dan serai. Kacau sebati,masukkan labu dan masak atas api sampai labu separuh empuk. Perasakan ikut citarasa.

2.Kemudian masukkan udang dan masak sampai udang masak.

No comments:

Post a Comment