Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, December 31, 2010

Semoga Jumpa Lagi & Red Velvet Marble Cheese Brownies Again..

Assalamualaikum..n3 trakhir sbgai pnutup tirai thun 2010 dan tngal bebrapa jam lgi msa yg ada sblum brlepas blik hri ni..smga diprmudahkan sgala urusan kita seklrga dan slamat smuanya..insyaallah..suami pun blik brcti skli jdi nk blik ni xde la cedih sngat..hehee..kita jgk akan brcti brblog buat sketika utk uruskan anak2..pda smua mhon maap andai ada trsilap kata atau trguris rasa..sesunggunya yg baik itu dtg dariNya dan yg lemah itu dri kita sndri..mksih jgk pda pngnjung2 yg sdi singgah ke ilhamdapur yg xsbrapa ni..smga dgn izinNya dpt kami dtg lagi ke sni utk bersama2 insan yang tercinta..insyaallah..akhir kata Salam Sayang buat semua iklhas dari maz dan Selamat Tahun Baru 2011..byeeee..

Dari jauh datang bertamu
Memberi salam membuka pintu
Andai ada umur dan waktu
Insyaallah disini lagi kita bertemu

ok la crita psal si merah ni la plak..sbnarnya dh lama kita buat kek ni..dh 2 mngu..cma bru nk tepek kat sni..al maklum la bru je buat ari tu kan..jdi bior le lelama skit klu nk kluar plak pun kan..nti ada yg skit prut plak asik duk tgk merah2 ni..hehee..kek kli ni plak kita bwa p umah kwn msa nk ziarahnya yg bru blik dri mngerjakan haji hri tu..yg memula trcipta RVMCB ada kat SINI..kli ni bru lapisan cisnya tu tnggi elok..aritu buat xtuang semua..rspi kli ni ada yg kita dh update blik skit mna yg kita xsukat msa buat yg memula tu..rspi kita letak skli lagi..

bru ditrik kluar dri loyang..kita suke buat kek saiz kecik2 ni..sbb klu buat utk mkn sdri..mau 3 hri xhbis lgi ni pun..kurang peminat2 kek kat umah ni..kita suke buat..tpi mkn stkat amik rsa gtuw je..

sbb kek ni bru kluar dri ptiais maka jdi senang la krja nk posing dan alih mngalih tu sbb keknya msih keras..

Red Velvet Marble Cheese Brownies by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi

  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Catatan : Ni dah kali ke 2 maz buat kek ni dan guna oven usang kat sini yg hanya ada api bawah saja dan kek elok masak sekata, jadi maz cadangkan untuk lapisan cheese tu bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat.

kita cma ptong amik 2 kping ni je utk posing dan utk aiman..suke dia nga kek ni..yg lain tu smua bwa p umah kwn..slamat mnjamu mata la ye..hehee..

Thursday, December 30, 2010

Shrimp Pasta Casserole

Assalamualaikum..jmpa skli lgi nga n3 dihri2 trakhir kat sni..layan pasta lgi..tpi ni mnu hri slasa lgi..2 hri dh kita xmsk..nk blik dah! cedihnyee!! sbnarnya kita suke buat pasta2 ni sbbnya cpat dimsk sdppp dimkn!! nk mnghbiskan sgala stok cis dan saki baki udg..tpi tu pun xhbis jgk lgi udgnya..rspi sipel mapel je asalkan anak2 suke..
pada kak ilah yg brtnyakan tntang daun dlm gls kita smlm tu..ni la jwpannya..sjnis syuran herba kak..klu xsalah nama omptinya dill..bhsa mlayu xthu la plak pngil apa..kat sni bnykk diguna dlm salad..tpi xthu la sma ke dak dgn yg ada kat msia mcm kak ckp tu..yg ni dah siap tbur cheese ready nk msuk oben..

bru kluar dri kuali..duk sni la plak..hehee..

Shrimp Pasta Casserole by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan pasta - maz guna bigshell (direbus dgn sdkit gram dan myak zaitun & toskan)
  • 8-10 ekor udang - dibuang semua kulit
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1/2 cawan mozarella/cheddar cheese yang disagat
  • sedikit lada benggala/kapsikum merah dan hijau - didadu
  • sedikit lada hitam - ditumbuk sedikit kasar
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah sebagai perisa @ serbuk pati ayam
  • extra virgin minyak zaitun secukupnya
  • sedikit daun oregano
  • sedikit air (jika perlu)
Cara

1. Lumurkan udang dengan sedikit garam, lada hitam dan daun oregano. Panaskan 3 sudu besar minyak zaitun (guna api perlahan) dan masukkan udang, masak sehingga udang keperangan dikedua bahagian. Ankgat dan ketepikan.

2. Dengan minyak dan kuali yang sama, tambah 2-3 sudu besar minyak zaitun lagi. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar, masak sehingga bawang layu. Masukkan lada benggala dan balik-balikkan.

3. Kemudian masukkan pasta, kacau sebati. Masukkan whipping cream, lada hitam dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Masukkan udang dan balik-balikkan agar semua mesra (kalau terlalu kering boleh tambah whipping cream atau air sikit lagi, biar berkuah sikit sebab nak masuk oven plak kan). Padamkan api.


4. Sapu sedikit minyak zaitun pada casserole dan masukkan pasta tadi, taburkan cheese secukupnya. (kalau nak tabur sedikit orenago atas cheese pun boleh, maz guna daun Dili).


5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 12-15 minit sehingga cheese cair dan sedikit keperangan. Siap untuk dinikmati panas-panas. Selamat Mencuba..

fresh dri oven usangku..sbb xde api atas maka cisnya xde la kuning sngat..xkisah la tu ye janji cis tu cair udah ler..hehee..

New York Cheesecake

Assalamualaikum..mnghbiskan saki baki cream cheese..tpi ni pun bkn bru buat..dpur kita dri smlm lgi dh brbngkus..insyaallah ada rzki mai main msk2 hjung thun dpn plak..kek ni suami kita je yg hbiskan..anak2 klu paksa mkn la buat syarat 2-3 sudu..utk ciskek kli ni kita ejus skit2 rspi cheesekek sblum2 ni dan ikut apa stok yg ada..tpi rasanya tetap enak..

dah kna ngap skit..

New York Cheesecake by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

Base

  • 100g biskut marrie perisa asli
  • 50g butter - cairkan
  • 3 sudu besar ground almond

Filling

  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 50g gula halus
  • 30g susu pekat
  • 30g whipping cream
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 85g sour cream
  • 1 sudu besar lemon jus
  • 15g tepung jagung - diayak

Cara

1. Panaskan oven suhu 150 C. Sapu sedikit mentega pada keliling loose spring foam.

2. Gaul bahan base dan tekan sikit dalam loyang. Bakar selama 10 minit. Sejukkan

3. Dalam mangkuk putar cream cheese hingga sebati. Masukkan gula dan putar lagi, kemudian masukkan susu pekat, sour cream, jus lemon, whipping cream dan tepung jagung. Putar sebati.

4. Akhir sekali masukkan telur dan putar sekadar semuanya sebati. Tuang dalam loyang base tadi dan bakar kaedah 'steam bath' (pastikan loyang dibalut sebaiknya dengan aluminium foil agar air tidak masuk dalam loyang kek).

5. Bakar selama 1 jam - 1.15 minit dan biarkan kek sejuk dalam oven selama 2 jam. Kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti (buka sejuk beku ye) selama 8 jam atau semalaman sebelum dihidangkan. Boleh la dihias ikut citarasa, maz susun smarties je.

dekonya kita susun je smrties anak keliling kek tu nk bgi seri sikit..hehee..

Wednesday, December 29, 2010

Udang Celup Tepung

Assalamualaikum..duk kat sni lajunya dpur ni brtukar mnu..klu kat msia smngu skli pun susah! npe ye jdi mcm tu..kihkihh..ok la dh lama jgk xtepek udg clup tpung kat ni sbb asik duk buat cucur je..xbuat tu sbb xjmpa udg saiz yg sesuai..asik udg gdebak je..msk mcm ni bru la anak2 kita mkn udg..sblum ni slalu duk buat..leh tgk SINI..kdang2 tu mlm pun kita buat klu anak2 xnk mkn nsi..rspi sma mcm yg duk sbuat sblum ni..kat SINI pun ada..

cdppp..rngup gtuw klu yg msih pnas2 lgi..klu dh sjuk salutan kat luar tu jdi lembut la kan..sma mcm greng psang gtuw la..

Udang Celup Tepung by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 15-20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam sebagai perasa (kalau guna serbuk pati ayam lagi sedap)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit daun sup - dicincang halus (kli ni gna parsly, sni xde daun sup)
  • sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
  • air secukupnya - agak-agak la ye lebih kurang 1/2-1 cawan
  • minyak untuk mengoreng
  • 1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada udang

Cara

1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, (maz lap dengan tisu kitchen) kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati, adunan licin gitu. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap...Selamat Mencuba...

anak2 kita mkn gni je sbb tpung tu dh brasa..

Vegetable Salonah

Assalamualaikum..salonah atau kari dlm bhsasa arab..veg salonah ni adalah kari sayur bgi msyarakat arab kat ni..klu bli nsi dirstoren2 arab dan mtak kari skli..ni la kari yg akan diberi..kari kuah air yg wrna sdkit merah gtuw..merah tu dri buah tomato atau pes tomato yg dignakan..dh bnyk kli jgk duk mkn kari ni nga nasi2 kat sni..kita sukee..sdppp! jdi cba buat sdri plak..kita msk ni agak2 gtuw la brdsarkan apa yg kita rsa dri salonah yg prnah kita mkn..wpun xthu 100% apa bhn yg dignakan..kita main hentam stail kita je la ni..janji ada rupe salonah dan rsanya..kari ni memang sedap dihirup panas2..suami kita ckpp dah jdi la ni! hehee..

kat sni buah tomato..zuchini dan daun pasrsly memang bnyk digna dlm msakan harian..sni daun sup xde la plak..

pastu layan nga nasi putih dan ayam greng plak..jadi la tu..

Vegetable Salonah (Vegetable Kari) by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji buah tomato - didadu kecil
  • 1/4 sudu kecil serbuk paprika
  • 1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk sedikit kasar
  • segengam daun pasrsly yang dicincang
  • 1/2 biji lada benggala merah dan hijau
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji zucchini
  • sedikit bunga kubis
  • 5 sudu besar minyak sayur
  • 2-3 cawan air
  • sedikit garam dan gula (jika perlu)
Cara

1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis sehingga bawang layu. Kemudian masukkan buah tomato dan daun persly. Masak sehingga buah tomato hancur/lembut.


2. Kemudian masukkan air dan lobak merah. Masak sehingga mendidih dan lobak merah separuh empuk.

3. Masukkan sayuran lain dan biarkan mereneh dengan api sederhana. Perasakan dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit gula (jika perlu). Masak sehingga semua sayuran lembut (kari arab ni rasanya light gituw..sedap hirup panas-panas. Siap..Selamat Mencuba..


salonah ni bleh jgk dimsak guna ikan..ayam atau daging..klu daging tuan umah kita ni ada la prnah bgi 2-3x skli nga nasi depa tu..

Tuesday, December 28, 2010

Baked Pasta

Assalamualaikum..brsua skli lgi..nk hbiskan pic2 yg dimsk kat sni sblum blik..kbtulan msa duk kemas ptiais tu jmpa dging kisar ada skit lgi..cheese pun ada..jdi kita godek2 buat pasta bakar la plak..leh anak2 wak alas prut ptg klmarin..msak pun skit bnar..1 bkas ni je..rspi ikut rsa nk msuk apa..sbb dh hri2 duk tgk Giada awek italy tu masak pasta2 ni kat tv..xde susah mana jdi kita pun buat ala kadar gtuw je la..asalkan kna nga slera anak2..

ni msa bru kluar dri kuali..pastu msuk lam bks ni plak utk dibkar skjap..klu nk mkn mcm ni je pun bleh..dah cdpp..

cheese dan amik tmpatnya..dah siap tbur..sdia utk msuk oven..hehee..

Baked Pasta by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan pasta - maz guna jenis bigshell (direbus dgn sdkit garam dan mnyk zaitun hingga lembut dan toskan)
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1 biji buah tomato - didadu
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • segengam daun parsly yang dicincang
  • 1/2 cawan sos spageti - maz guna kimball tradisional
  • 1/2 cawan mozarella/cheddar cheese yang disagat
  • 4-5 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit lada hitam - ditumbuk sedikit kasar
  • sedikit garam dan gula
Cara

1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan bawang besar. Masak sehingga bawang layu. Kemudian masukkan daging dan kacau balikkan agar masak sekata.

2. Masukkan daun parsly dan buah tomato. Kacau sekata dan masak seketika agar buah tomato lembut. Kemudian masukkan sos spageti dan balik-balikan agar semuanya sebati.


3. Perasakan secukup rasa dengan sedikit serbuk lada hitam, garam dan gula (jika perlu). Akhir sekali masukkan pasta dan balik-balikkan. Masukkan sedikit air rebusan pasta jika perlu.

4. Sapukan sedikit minyak zaitun pada baking dish/loyang dan masukkan pasta yang telah masak tadi. Letakkan cheese secukupnya dan tabur sedikit oregano.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170 C selama 10-15 minit sehingga cheese cair dan berwarna sedikit keperangan. Sedia untuk dihidang panas-panas.

saat yg ditnggu2..mkn time..bru kluar dri oven..msih pnas2 lgi..sedappnyee..kita cma rsa 1 sdu je..suke msk tpi mkn xminat sangat..

Cotton Soft Japanese Cheesecake ala Kak Meen

Assalamualaikum..kek ni kita buat pgi ahad 2 hri lepas..bgi pda tuan umah yg suami kita sewa ni..tuan umah ni baik orgnya..stiap kli suami kita nk blik msia dia la yg antar dan amik kat airpot..kami nk blik nti ni pun dia jgk la yg antor..kek ni dh prnah buat sblum ni..smuanya ni gara2 xtahan ngok kek kakakku yg mengancam jiwa raga bila msuk blognya..jdi kita pun knonnya nk deko mcm Kak Meen jgk la ni..hehee..cma xbuat bter cream..xde alat nk deko..lgipun xreti mana pun nk deko2 ni..kakkk..jgn mare ye tiru kek akak ni..muahhh..tpi kek akak xleh nk chalen dh..cntikkk!!

kek kita ni cklat yg meleleh tepi tu dh ala2 air trjun gtuw..xcomel halus mcm kek Kak Meen..tpi bgi kita yg keras tngan ni dh kira ok la tu..hehee..klu sapa2 maleh nk buat..msuk je blog Kak Meen tu..oder jee..lgi senang kan..rspi dri Kak Alma Myresipi..mksih kak..mksih jgk pda yg sdi sngah dpur kita ni..skli lagi mtak maap bnyk2 pda pngnjung2 bru..rsanya bnyk lgi yg kita lum buat jejak kasih..msa xmngizinkan..insyaallah klu ada klpngan kita buat knjungan balas..n3 pun bnyk lgi yg trtngak..huhuu..


kek gebuss ni pun kluar dri oven usang tu je..gna api bawah saja sbbnya oven tu xde api atas..alhmdlilah naik elok je..cma atasnya tu mrekah skit..rsanya sbb kita bkar gna pryok kecik..bkar dlm pryok je ni!! pryok saiz 7 inci..loyang xdee..

Cotton Soft Japanese Cheesecake
Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine - xde stok, ganti nga allpurpose flour
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:

  • 6 biji putih telur
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

1.Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

2.Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

3.Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

4.Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

5.Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).

kita bgi smua sbjik kek ni..jdi xde la posing kek yg diptong..klu kita amik pun anak2 bkannya minat sngat kek2 ni..kek ni memang trkenal cdpp dan lembutnya..

Telur Goreng Masak Bersambal

Assalamualaikum..lgi n3 nk hbiskan mnu yg trtngak..lauk org tua lam umah ni..anak2 xmkn msk brsmbal mcm ni..pastu psangannya kita buat kari ikan..tpi kari tu saja xsnap gmbranya sbb asik duk main kari je..stail msk pun sma..


Telur Goreng Masak Bersambal by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 3 biji telur - direbus dulu
  • 1/2 cawan cili kisar (rebus cili kering dan kisar)
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 keping asam keping/gelugor
  • sedikit nesan kerek @ gula melaka
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • minyak masak secukupnya
  • air secukupnya
Cara :

1. Telur rebus dikupas kulit.

2. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan), kemudian goreng telur rebus tadi sambil balik-balikkan selalu sehingga kulitnya sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.

3. Dengan minyak yang sama masukkan bawang putih dan tumis sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dengan api perlahan dan dikacau selalu agar tidak berkerak/hangus.

4. Kemudian tambahkan air sikit dan tumis lagi sehingga pecah minyak dan sambal benar-benar masak. Masukkan nesan, bawang besar, sos tiram dan sos cili. Masak dan kacau sebati. Sentiasa guna api sederhana agar sambal tidak berkerak.

5. Tumis sehingga cili benar-benar masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu agar tidak hangus dan tambahkan air sikit-sikit bila sambal hampir kering (tujuannya agar sambal betul-betul masak dan kurang pedas).

6. Kemudian perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam. Kacau sebati dan masak seketika lagi agar sambal mesra dengan bahan perasa. Padamkan api.

7. Masukkan sambal dalam pinggan dan belah telur tadi, susun dalam sambal dan tuang sedikit lagi sambal diatas telur. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, December 27, 2010

Jemput Udang Bersayur

Assalamualaikum..msuk n3 lgi..nk hbiskan mnu2 yg trtungak..ni plak wak utk kita nga suami..sma jgk buat skli nga donat tu pgi sabtu wken yg lalu..afiq xsuke cucur mcm ni..jdi tu yg kita buat donat sikit utk anak2..ni pun rspi lebih kurang cucur syur yg duk buat sblum ni..kita main tuang gtuw je xsukat sbnarnya..tmbah pepgi smua nk cepat siap..


Jemput Udang Bersayur by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 8-10 ekor udang - buang kulit dan potong kecik
  • segengam daun pasrly yang dicincang (boleh ganti daun sup)
  • segengam lobak merah yang disagat
  • 4 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1 sudu kecil soda baikarbonat
  • 1/8 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna kuning
  • air secukupnya (agak-agak la ye)
  • minyak masak secukupnya - untuk mengoreng

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk kecuali air, masukkan air sedikit-sedikit sambil dikacau agar sebati. Bancuhan ni lembut mcm adunan cekodok gtuw. Biarkan dulu seketika dalam 10-15 min sebelum digoreng.

2. Panaskan minyak dan boleh la digoreng dengan api sederhana. Balik-balikan agar masak sekata sehingga berwarna sedikit keperangan. Angkat dan toskan. Goreng sampai habis. Siap..

3. Boleh la dihidang dengan sos kegemaran atau air cili buatan sendiri.

Sos Pencicah
  • 6-7 biji cili merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 1/2-2 cawan air
  • 3-4 sudu besar sos pencicah yang manis - any brand, kita guna sos pencicah makanan lauk jenama Kak Su - tujuannya untuk memekatkan sos (kalau takde boleh ganti dengan sos cili)
  • nesan karek/gula melaka - sebesar ibu jari
  • gula secukupnya dan sedikit garam

Cara-cara

1. Kisar cili merah dan bawang putih bersama dengan air hingga hancur.

2. Masukkan dalam periuk, masukkan sos pencicah, gula, nesan dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih atas api sederhana. Perasakan agar ada rasa manis yang sedikit menyerlah (kalau pekat boleh la tambah air sikit lagi, kalau cair biarkan sejuk dulu sekejap, nanti sos akan jadi pekat sedikit bila dah sejuk. Sedia untuk dihidangkan dengan semua jenis cucur. Taburkan sedikit kacang tanah atau bijan jika suka.

Donat

Assalamualaikum..kue srpan aiman n afiq pgi sbtu yg lalu..kue2 lain xde smbutan..donat jgk la yg anak2 suke..buat donat dlm cuaca sjuk jdi bowl tu kita letak sblah heater nk sruh doh tu naik..rspi ni lebih kurang donat yg buat sblum ni je..main buat agak2 gtuw..maleh nk mncari rspi..

Bahan-bahan

  • 1 3/4 tepung gandum - maz guna tepung serba guna (allpurpose flour)
  • 100ml air suam *
  • 2 sudu kecil yis kering - maz guna jenama mauripan *
  • 1 sudu besar gula *
  • 5 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar minyak sayur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • gula halus seckupnya - untuk salut pada donat
  • minyak masak secukupnya - untuk mengoreng

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (2-3 minit), kemudian masukkan minyak sayur dan kacau sikit guna garfu.

2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).

3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30-40 minit atau naik 1x ganda. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

4. Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan susun dalam loyang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Bulatkan sampai habis, kemudian tutup loyang dengan towel/plastik dan rehatkan lagi sekitar 10-15 minit.

6. Panaskan minyak dalam kuali dan amik doh yang dibulat tadi, guna hujung ibu jari tarik perlahan-lahan buat lubang ditengahnya, kemudian boleh lah digoreng sebiji-sebiji hingga sedikit keperangan sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Angkat dan toskan dan golek-golek dalam guna halus. Buat sampai habis. Siap..

Strawberry Lava

Assalamualaikum..nk hbiskan stok stbri yg ada..nk godek buat yg susah2 maleh la plak..jdi kita kisar buat dsert mcm ni je la..senang keje..yg pnting sdpppp..ni pun namanya tu sesedap rasa je main letak..hehee..lava tu utk buah stobri kisar..ala2 mcm lava gtuw la kan..


Strawberry Lava by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 8-10 biji buat straberi - dikisar dengan 3-4 sudu besar gula dan 3-4 sudu besar air (sekadar nak bagi boleh kisar je) dan ketepikan - boleh jgk guna buahan lain yg sesuai sprti mangga, rasberi, blueberi, kiwi dan sbgainya
  • 2 cawan ais kiub
  • 4-5 sudu besar susu pekat manis
  • 1/3 cawan susu segar (susu segar ni pun jangan banyak sangat, nanti cair plak)
  • sedikit garam (sikit je ye, agar balen rasa lemak manisnya)
Cara

1. Dalam pengisar, masukkan ais kiub, sedikit garam, susu pekat dan susu segar, kisar sehingga ais hancur (rasa kalau tak cukup manis boleh la tambah susu pekat sikit lagi, tapi jangan terlalu banyak sebab buat stoberi dah manis jgk)

2. Dalam gelas atau bekas yang sesuai, tuang sampai separuh gelas, kemudian masukkan perlahan-lahan buah stoberi yang dikisar pula. Boleh la dihias ikut kretiviti dan sedia untuk dinikmati. Selamat Mencuba...

mkn time..yumm..yumm..enak bangat..

Sunday, December 26, 2010

Stir Fry Pop Corn Chicken

Assalamualaikum..lauk nk hbiskan stok2 yg ada..mngu ni mngu trkhir kat sni..kbtulan stok ayam pun ada lgi..jdi kita msk sbgai lauk utk anak2..wpun sipel mapel je..tpi anak2 sukee..cdppp!! isi ayamnya kita clup tpung dan digreng dlu sblum dimsk..nama tu kita main taruk je..


Stir Fry Pop Corn Chicken by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 1/2 ketul dada ayam, amik isi je (maz guna saiz kecik je)- dihiris nipis-nipis
  • 1 biji telur - dipukul sikit
  • 1/3 cawan tepung gandum - gaul dengan sedikit garam
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • sedikit kicap manis (dalam 1/2 sudu kecik gituw, agak-agak la ye)
  • 1 labu bawang besar - dibelah 6
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit lada benggala/capsikum hijau dan merah - hiris memanjang
  • sedikit bunga kobis - dipotong sederhana
  • 1/3 cawang minyak masak
  • sedikit serbuk pati ayam sebagai
  • sedikit air, bijan dan gula (jika perlu)
Cara

1. Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih.

2. Panaskan minyak (kalau boleh guna kuali leper)


3. Amik isi ayam, celupkan dalam telur, kemudian golek-golekkan dalam tepung, susun dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Buat sampai habis


4. Dengan kuali dan minyak yang sama tumis bawang yang ditumbuk hingga garing, masukkan sos cili, kicap dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian masukkan sayuran, bawang besar dan sedikit air. Perasakan dengan sedikit serbuk pati ayam dan gula (jika perlu). Kacau sekata. Akhir sekali masukkan ayam dan balik-balikkan dan masak seketika lagi biar semua bahan mesra dengan sos.

5. Taburkan sedikit bijan dan sedia untuk dihidang.

Friday, December 24, 2010

Nasi Ayam Yemen

Assalamulaikum..bila plak pndah ni tetiba kluar nasi yemen la plak..hehee..sbnrnya mgu lepas suami kita ada bli nasi madgoud (ejaan ni xthu le btul ke dak sbb dlm bhsa arab) dri rstoren yemen yg dkat nga umah ni..kat sni ada mcm2 jnis nasi..ckp je nk dri ngara mana..iran..iraq..pkistan smua ada..nsi madguod ni wrnanya oren gtuw dan rsanya sdp la bgi kita..kiranya ckup rasa..tpi ni pun mnu trtngak jgk..kita buat hri slesa lgi..jdi kita amik idea dri nsi tu la ni buat vrsi nasi ayam plak..seisi umah sukee..wangi smerbak bila bka pryok!! pstu ejus skit2 ikut stail mlayu lak..sbb msa mkn tu ada jpa lada hitam sbjik2..bunga cngkih lam nsi tu..nama tu kita main hentam je la..nsi madgout tu nk lauk kmebn ada..lauk ayam dan ikan pun ada jgk..lauknya wrna kning2 skit.ok insyaalah smga jmpa lgi..kita mgu ni last wken kat sni..jdi hri ni nga esk memang xlekat kat umah..last minitnye shoping..

nasi ayam yamen & the geng..air cili..sup dan kicapnyee msti ada..klu dak..xmkn la anak2 kita..nsi ayam ni dh memang pbret anak2..jdi msti dpt smbutannya..nsi ayam ni slalunya rspi npak pnjang lebarkan..tpi sbnarnya snang je..


Nasi Ayam Yamen
by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

Nasi
  • 2 cawan beras (maz guna beras wangi) - dicuci
  • 2 cawan air @ ikut sukatan air beras masing-masing
  • 6-8 ulas bawang putih
  • 2-3 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 3 kuntum bunga cengkih *
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 2-3 titik pewarna kuning

Ayam Panggang

  • 1 ekor ayam (maz guna saiz kecil, 800g je)- dicuci bersih dan toskan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi tadi)
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar sikit

Sup

  • 3-4 cawan air
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • 1/2 sudu besar bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi tadi)
  • 1 biji ubi kentang saiz kecil - didadu kecil
  • sedikit serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit daun bawang/daun sup

Air Cili

  • 5-6 biji cili merah
  • sedikit gula dan garam
  • 1/2 sudu besar bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi tadi)

Kicap

  • 1/2 cawan air sup
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi)
ayam pngangnya..xde la plak buh nama yamen ye..hehee..ye la ayam pngang depa gna rempah2 gtuw..kita main perap nga kicap je..

Cara

1. Nasi - Tumbuk lumat bawang putih dan halia. Panaskan periuk, masukkan butter. Bila butter dah cair, masukkan bahan yang bertanda *, kemudian amik 1/2-1 sudu besar bahan yang ditumbuk tadi (selebihnya simpan untuk guna kemudian) dan tumis hingga wangi dan bawang kekuningan. - maz tumis terus dalam rice cooker.

2. Masukkan beras, air, kiub pati ayam dan 2-3 titik pewarna kuning. Kacau biar sekata. Masak seperti biasa dan bila nasi dah masak balik-balikkan guna garfu agar nasi berderai. Siap

1. Ayam Panggang - Satukan semua bahan kecuali ayam. Gaul sekata kemudian lumurkan pada seluruh ayam termasuk dicelah-celah bahagian kulitnya. Perap ayam sekitar 30 minit.

2. Panaskan oven 200 C dan panggang ayam selama 1 jam atau sehingga ayam masak bergantung pada oven masing-masing. Siap

1. Sup - Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan. Masukkan air dan ubi kentang. Masak sehingga air mendidih. Perasakan secukup rasa dengan sedikit serbuk pati ayam dan renehkan dengan api perlahan sehingga ubi empuk. Siap.

1. Air Cili - Kisar cili dengan 1/2-1 cawan air sehingga hancur, masukkan dalam periuk, masukkan bawang yang ditumbuk dan sedikit garam serta gula. Kemudian masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Rasa agar ada rasa manis yang seimbang dan tambah mana yang kurang. Siap dan sejukkan.

1. Kicap - Satukan semua bahan dan kacau sebati. Masak seketika dengan api perlahan cukup untuk memekatkannya saja. Rasa agar ada rasa manis dan masin yang seimbang dan tambah mana yang kurang. Siap

Boleh la dihidangkan dengan salad, timun dan tomato. Taburkan sedikit daun bawang/daun sup dalam sup semasa menghidang.

Thursday, December 23, 2010

Menjala Lagiii...

Assalamualaikum..adoiii asik duk ulang tyang menda sama je ni!! bkn apa dh limited stok..jdi msk je la apa yg ada kat dpur tu..sesmbil nk ngbiskan stok tpung..alasan org maleh nk cri rspi lgu ni la..hehee..bkpes pgi jmaat lepas lgi ni..esk dh nk jmaat blik..bru turnnya nk kluar kat sni..saja xnk tepek awal2 sbb bru je n3 rti jala hri tu..aci tak? hehee..anak2 kita ske sngat nga rti jala ni..yg bnyk lam pngan ni cma tngal brapa glung je aiman nga afiq mkn..siap ckp lgitu my pbret food..sibaik omaknya rjin mnjala..yg buat sblum2 ni ada kat SINI..SITU pun ada jgk skli nga cara2 kita mnjala..rspi dri Tulip..mksih skli lgi ye..yg bru buat 2 mngu lepas pun ada kat SINI..mksih skli lgi pda yg sdi sngah dpur kita ni..pda pngnjung bru maap ye mna yg kita lum smpat buat jejak kasih lgi tu..insyaallah ada klpangan kita buat knjungan blas..

trlebih rjin!! buat rti jala cklat skit..buh cklat emelco..dlmya sumbat nga snickers..

suka nga wrna2 lembut ni..buat mcm yg sblum ni..ijau n pink..

lauknya..kri ayam..

skli lgi kita letak btol ajaib yg kita gna utk mnjala slama ni..kita gna btol sos yg 1 hengit ni je..xde susah nk cri btol ni..kat kdai2 plstik pun bnyk jual..klu susah jgk p kdai mamak mtak je bli btol sos depa tu..hehee..btol ajaib ni kita dh tnjuk kat n3 rti jala trdahulu dan cra nk buat lobang tu klik kat SINI ye..smga dpt membntu cra nk mnjala dan sdkit ilmu yg xsbrapa ni dpt dimnafaatkan oleh smua..insyaallah...cara2 nk mnjala kita link skli lagi ke SINI..

rti jala pandann..wrna ijau yg tenang..pastu prut pun tenang jgkk la!! hehee..

Roti Jala
Bahan-bahan ( 4 org )


  • 2 cawan tepung gandum - maz guna tepung serba guna (allpurpose flour)
  • 2 cawang air
  • 5 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna kuning - maz letak warna pink & paste pandan
  • 1 st garam - maz buh 1/4 sdu kcik je

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.

2.Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
(maz perap 10 min je, nak cpat)

3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.

amik la sapa nk tapau ni ye..hehee..

Wednesday, December 22, 2010

Kari Ayam

Assalamualaikum..jmpa skli lgi..kat sni bru pkul 5 ptg..lewat 5 jam dri wktu msia..kari ni wak utk mkn nga rti jala mngu lepas..mnjala lgi utk bkpes pgi jmaat msa cti pnjang 6 hri tu..rti jala esk bru glirannya utk mncul kat sni..hehee..rspi kita xtlis la ye..smua pndai msk kari ni..mcm2 kri ada..teror smuanya..kita je duk msk stail mudah2..

ada yg balen skit esknya tu wak cicah nga rti arab plak..

Tomyam Udang

Assalamualaikum..msk simple2 je..gna prncah tmyam kiub tu..nk mnghbiskan saki baki udg lam pti..nk kna cuci pti dh..pnuh nga air udg lam tu..hehee..lauk 4 hri lepas rsanya klu xsilap...suami kita memang suka sngat tmyam2 ni..

bsar udg dri mgkukk!! sian cik udg ni..baring seksa gtuw..

Tomyam Udang by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 8-10 ekor udang - maz guna udang besar - dibelah belakang buang urat hitamnya
  • 2 batang serai - dibelah
  • 1 inci lengkuas - dihiris
  • 2 ketul kiub pati tomyam
  • 1 biji buah tomato - dibelah 4
  • 1 labu bawang besar - dibelah 6
  • 3-4 cili padi - ditumbuk kasar
  • sedikit sayuran - maz guna bunga kubis dan lobak merah
  • sedikit jus lemon
  • 4-5 helai daun limau purut
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit garam dan gula sebagai perasa

Cara

1. Panaskan 2-3 cawan air dalam periuk. Masuk sekali, kiub tomyam, serai, lobak merah dan lengkuas. Masak sehingga air mendidih. Kemudian masukkan udang, daun limau purut, bunga kubis dan bawang. Balik-balikkan agar sekata dan perasakan dengan sedikit garam, gula dan jus lemon secukup rasa. Masak seketika lagi sehingga udang masak

2. Akhir sekali masukkan daun ketumbar,cili padi dan buah tomato. Padamkan api. Sedia untuk dhidangkan dan taburkan sedikit daun ketumbar.