Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 10, 2014

Sambal Kering Tempe & Bilis Lagii...Kegemaran Anak-Anak

Assalamualaikum w.b.t...Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim...bertemu sekali lgi...cuba nk update cepat2 biar surut sikit gambar dalam folder tu...sambal tempe ni pun lama dh sangat dh kejadiannya...bleh kata berkali2 plak buat yg lain selepas selepas buat yg ni...tpi xsnap dah la...aiman dgn afiq la yg sukaa sangat...klu lama xbuat mesti mintak sambal bilis ni...layan dgn kicapp...xpyah lauk lain dah...pastu boleh tahan lama wpun xsimpan dalam peti...sblum ni dah ada updated..ada kat sini...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

mkn dgn nasi lemak pun memang sesuai sangat...msa kat msia dlu xpandang pun tempe tu...tpi bila kat sni berharga sekali weii tempe tuu...

Sambal Kering Tempe & Bilis by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 250g tempe - hiris nipis & kecil
  • 1/3 cawan ikan bilis tanpa kepala - dibelah-belah
  • 1/3 cawan cili kisar - rebus cili kering kisar
  • 1 labu kecil bawang besar purple
  • 1 ulas bwang putih
  • 1/4 cawan bawang goreng
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk mengoreng
Cara

1. Tumbuk/kisar bawang besar & bawang putih.
2. Panaskan minyak baru secukupnya dan goreng tempe hingga betul-betul garing. Angkat dan toskan. Goreng sampai habis.
3. Kemudian goreng ikan bilis pula sampai garing. Angkat dan toskan.
4. Dengan minyak yang sama (tinggalkan dalam 1/4 cawan) tumis bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan sedikit air asam jawa dan gula serta sedikit garam. Masak biar sambal benar-benar masak (kalau nampak minyak banyak sangat, sudu keluarkan sikit).
6. Kemudian masukkan tempe dan ikan bilis, kacau biar sebati. Masukkan bawang goreng dan masak guna api kecil sambil dikacau selalu hingga kering dan bunyi macam goreng kacang gituw sebab sambal ni rangup sikit.
7. Bila dah kering sepenuhnya, padamkan api dan terus balik sekali sekala hingga sambal sejuk. Biar sejuk sepenuhnya baru simpan dalam bekas/botol kedap udara.
Nota ilhamdapur : maz buat tak sukat, resepi kat atas tu anggaran je ye. Jadi kena pastikan sambal tu cukup-cukup je dengan bahan goreng tadi sebab kalau terlebih sambal nanti tidak rangup dan tak jadi kering. Kalau nampak sambal banyak masa masak tu, keluarkan sikit. Kalau rasa tak cukup bila dah masukkan bahan goreng boleh tambah sikit-sikit.

ikan bilis tu memang bwa dri msia...skli bwa 2-3kg...sni xde ikan bilis mcm ni yg dah siap belah tanpa kepala...ikan bilis kat sni besar2 warna hitam gtuw...mcm ikan masin kecik2 kat msia...

3 comments:

  1. Assalam.. Seronok tgk posting ni.. terkenang masa lalu. Saya dulu kalau kehabisan bilis, beli di Lulu.. Ada bilis yg dari Indon, cuma kena rajin sikit buang kepala...

    ReplyDelete
  2. Wsalam...mksih sudi singgah dpur kecik ni...ooo ada jual...anak la yg suka mkn sambal ni...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..akhirnya da jumpa resepi yg sangat dcari Dan dinanti..minta hlalkan ya utk saya msk by kluarga..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...