Saturday, January 3, 2015

Lagi Char Kuey Teow Hasil Homemade

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..nak kata rajin bnar tak la jgk...tpi sbb ada msa free ni update la skli lgi hri ni...masih meneruskan misi dengan gambar lama...sebenarnya bleh kata dah berbelas kali duk buat kuew teow ni...cuma xbrapa rjin nk snap slalu...nak buat pun mudah sngat sma mcm buat mee kuning...bnyk jgk kelebihan bila merantau ni...benda yg xprnah trpkir nk buat sdrik...smuanya boleh jdi bila ada keinginan tu...sblum ni pun dah ada updated char kuew teow dan rspi kuew teow ni...jazakillahukhairan Mamasya kongsi rspi ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Char Kuey Teow by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil kuew teow - maz buat sendiri
  • 5-6 ekor udang - saiz sederhana besar
  • 1 biji telur - kacau dengan garfu
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2-3 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis @ secukupnya
  • 2-3 sudu besar minyak - untuk menumis
  • taugeh dan daun kuchai secukupnya
  • garam, gula dan sedikit serbuk pati ayam/perasa
  • air secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan biar sekejap. Masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar selama 30 saat, kemudian kecilkan api dan masukkan udang. Kacau balik sebati.
2. Masukkan semua jenis sos, kicap dan bahan perasa. Kacau sebati dan masukkan air secukupnya (agak2 la deh).
3. Kemudian masukkan kuew teow dan balikkan biar sebati, masukkan taugeh, kucai dan telur, biar 4-5 saat. Kemudian kacau perlahan-lahan untuk sebatikan telur. Padamkan api
4. Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan cili jeruk jika ada.

sebagai panduan ni cara maz buat kuew teow atau mee kuning...memang semudah ACB gitu...

Cara
1. Ambil sejemput doh, bulatkan
2. Tekan dulu sikit dengan tapak tangan
3. Canai bagi nipis sikit, senang nk masuk mesin
4. Baru guna mesin yang nipis 2x (baru perasan pic tu tertinggal)
5. Guna mata bentuk kuey teow 
6. Kuey teow yang dah siap rebus

Homemade Kuew Teow by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Mamasya
Bahannya: (dpt 1.458 kg) - maz buat 1/2 resipi je, dapat banyak juga
  • 2 3/4 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung pulut
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1 biji putih telur + 1 cwn Air - maz guna lebih, bergantung pada jenis dan kualiti tepung, boleh tambah jika nampak adunan masih terlalu keras dan kalau terlembik tambah je tepung gandum sikit.
  • 1st garam
  • Sedikit minyak untuk merebus mee dan digaulkan bersama mee
  • Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan mee
Cara

1.Satukan semua bahan tepung bersama + Putih telur + Garam + Air.Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan. *Jika doh terlalu keras tambahkan air 1sb sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli.Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan mee menjadi lembik ketika dicelur nanti. (maz celur sekejap je, mungkin dalam 1 minit atau kurang, walaupun masa angkat tu nampak macam belum masak lagi, tapi bila dah tos nanti akan masak dengan sendiri)

2.Ambil doh yang siap diuli,lumurkan dgn tepung ubi sebelum dicanai menggunakan pasta maker.Ketebalan mee sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali.Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow.(mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis) - maz buat seperti cara bergambar diatas.

3.Panaskan periuk berisi air separuh penuh.Masukkan sedikit minyak masak,biarkan ia mendidih.

4.Celurkan mee yang siap dimesin ke dalam air mendidih.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.

5.Toskan mee dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kuey teow dg air sejuk/paip sekejap saja).Kemudian toskan mee hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya mee tidak melekat.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda..Selamat mencuba.

Alhamdulillah wpun benda xde kat sni...tpi puas mkn hasil air tangan sdrik...2 beradik tu dgn babanya la yg suka sngat char kuew teow ni...tpi klu blik msia...benda dah ada depan mata rsanya bungkus la mesin tu...

2 comments: