Sunday, March 15, 2015

Pau Inti Kentang & Daging

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..brtemu sekli lgi..niat tu pgi tadi klu bleh nk cuba update...tpi npaknya masa xberapa mengizinkan...masih lgi dgn gambar lama...tkpe la deh wpun dah lama basi...mungkin bleh bgi ilham jgk utk kuih ptg esk ke...hritu buat versi inti kari ayam...yg ni buat daging plak...utk pau tu rspi sma je mcm yg buat haritu...wpun tak guna tepung pau...tpi hasilnya amat memuaskan...paunya lembut dan putih melepak...maz lebih suka guna allpurpose flour berbanding tepung gandum biasa...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan agar dpt dimaafkan atas segala kekurangan yg ada...

Pau Inti Kentang & Daging by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Inti
  • 1/2 cawan daging kisar segar
  • 2 biji ubi kentang - potong dadu
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • 1 tangkai daun kari
  • gula dan garam secukup rasa
  • 2-3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, serbuk jintan putih dan daun kari, masukkan serbuk kari ,kacau sebati dan tumis sekejap.
2. Masukkan idaging, kacau agar tidak berketul. Masukkan air secukupnya (dalam 1 cawan) dan kentang.
3. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekali hingga dan perasakan secukup rasa dengan gula biar rasa manis lebih sikit dan garam. Bila kuah hampir kering, masukkan bawang besar, sebatikan dan masak sampai kering. Sejukkan dulu sebelum guna.

Pau
  • 1 1/4 cawan allpurpose flour
  • 125ml air suam @ bergantung pada jenis dan kualiti tepung
  • 1/2 sudu besar yis kering (mauripan dll)
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil double action baking powder
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • baking paper secukupnya - kerat 4 segi
Cara

1. Dalam mangkuk satukan gula, air dan yis, biar seketika dalam 1 minit agar yis larut.
2. Masukkan minyak dan semua bahan kering, gaul guna garfu buat pusingan jam biar sebati.
3.Uli dengan tangan biar jadi doh yang lembut selama 8-10 minit. Kalau rasa doh lembik sangat, sapu tepung sikit pada tangan semasa menguli.
4. Tutup doh dengan plastik atau tuala dapur dan rehatkan selama 30 minit atau naik 1 kali ganda (untuk proses ni mcm biasa maz letak dalam microwave, on kan plug microwave dan buka sikit pintu, nanti lampu microwave akan menyala dan mengeluarkan haba panas. JANGAN on microwave ye). Tapi kalau kat msia boleh letak dekat tingkap atau seumpamanya, maz selalu guna kaedah ni sebab biasa buat belah malam atau pagi.
5. Bila dah naik, tumbuk sikit dan ambil doh dan leperkan atas tapak tangan, isikan inti secukupnya dan tutup biar kemas. Letakkan sehelai kertas minyak dibawahnya dan buat sampai habis.
6. Bila dah siap bulat terus je kukus dengan air yang telah mendidih selama 8-10 minit, pastikan balut tutup pengukus dengan kain/tuala dan susun dengan jarakkan 2-3 inci pau dalam pengukus.

utk 1 adunan ni bleh dpt dlm 8-9 biji...cukup la utk alas perut mlm atau utk sarapan tu...buat sikit gini senang nk uli...malas nk guna BM...abangngah dgn babanya la suka sngat pau ni...

No comments:

Post a Comment