Tuesday, April 14, 2015

Sayur Air Bayam Dengan Keledek

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..apa kbar semua...menu sempoi je nih...kerana xde daun cekur manis...bayam pun bayam la...tetap sedapp dimsak simple gini...meratah pun bleh hbis smgkuk...menu org diet...klu bayam ni abangngah dgn afiq pun suka...pastu campur keledek dan udang kecik skit...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Sayur Air Bayam Dengan Keledek by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1 ikat bayam 
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 biji lada hitam
  • 1 biji keledek - potong saiz sederhana kecil
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • sedikit udang kecik
  • garam dan gula
Cara

1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam, satukan bersama 3 cawan air, bawang besar serta keledek dan masak hingga mendidih serta keledek lembut, masukkan udang.
2. Kemudian masukkan bayam, perasa secukup rasa dan masak sekejap sekadar bayam layu.

menu ringkas dan berkhsiat...hnya bayam, kangkung dan pak choy je yg ada jual klu sayur daun ni..

1 comment: