Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, October 31, 2015

Samosa Ayam

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), amik masa skli lgi cuba update bila waktu mengizinkan..makin penuh blik gambar dlm folder tu, samosa ni kira kue segera la kan..cuma sediakan inti pastu gulung je dlm pastry..kulit samosa ni memang ada jual kat mana2, dh siap dlm saiz panjang dlm sejengkal lebih..memang senang la keje..sedapp plak tu dgn rangupnya..3 bijik pun xckup! inti bleh buat ikut citarasa, maz buat mcm inti karipap je..memang kebetulan stok inti karipap dh ada, jdi tu yg gulung buat samosa ni skit..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan..

Bahan-bahan
  • 2-3 biji ubi kentang - dadu
  • 1/2 isi ayam kisar
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2 labu bawang besar - cincang
  • 1 sudu besar serbuk kari daging/ayam
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 helai daun kari
  • garam, gula secukup rasa
  • kulit/pastry sambosa secukupnya
  • minyak secukupnya untuk mengoreng
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih, 1 sudu dari bawang besar cincang dan daun kari, tumis biar bawang layu sikit, kemudian masukkan serbuk kari, tumis sekejap, masukkan semua bahan rempah serbuk.
2.  Masukkan isi ayam, kacau biar sebati dan isi ayam bertukar warna, masukkan ubi kentang dan sedikit air (agak-agak la ye, jangan banyak sangat), masak sambil dikacau sekali sekali.
3. Perasa secukup rasa dengan garam dan gula, masukkan baki bawang besar dan masak hingga kentang lembut dan air kering, padamkan api dan sejukkan sepenuhnya.
4. Ambil sekeping kulit sambosa, bentukkan macam kelongsong, isi inti secukupnya dan lipat jadi bentuk 3 segi (pastry sambosa siap jual bentuk panjang yang mudah nak guna/bentuk), sapu air sikit dihujungnya dan lekat biar kemas, buat sampai habis.
5. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana dan goreng hingga garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan.

ni pun sruh posing kejap, snap yg goreng utk bekpes..kadang tu ada jgk duk beli yg jual kat kedai..tpi jenis kecik molek gitu..

Asam Laksa

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), bersua kembali..agak kebizian skit 2-3 hari yg lepas, xdan nk update dapur maya pun..ni pun bru blik kluar pergi mkn lepas maghrib tdi..setelah sekian lama, bru ada menu laksa kat dapur ni..jujurnya memang kerap sungguh duk buat laksa ni sbb suami sukaaa sangat! 2 mangkuk besar pun dia boleh habis skli mkn..sedap sangat katanya, cuma xpernah snap gambar..sebabnya kalau hidang untuk suami tu mesti kena kuah yang panas mendidih tu, jadi klu nk posing kang sejuk plak..anak2 xmkn laksa ni, tu posing yg sdrik nk makan..maz plak biasanya klu mkn tu buh sikit je..pastu kejap lgik mkn plak..utk kuah maz rebus ikan dengan beberapa bahan yg buat kuah laksa ni lagi ummpp! wpun masuk kunyit, serai tapi xterasa pun dlm kuah laksa tu..lagi sedappp kuah laksa tu..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

ASAM LAKSA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan A
  • 500g ikan kembung/sardin/tongkol
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 inci kunyit hidup - hiris nipis
  • 1 inci lengkuas - hiris nipis
  • 3-4 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan - belah
  • 3-4 keping asam gelugur
  • 1 inci nisen/gula melaka
  • sedikit garam dan gula
Bahan B
  • 5-6 ulas bawang merah *
  • 1 inci belacan bakar *
  • 1/4 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 2-3 keping asam gelugur
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji
  • timun jepun, bawang besar, cili padi merah/hijau, telur rebus
  • laksa yang telah direbus secukupnya
Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih, masukkan air secukupnya dan rebus bersama semua bahan A hingga ikan masak.
2. Asingkan isi ikan dengan tulang, simpan air rebusannya.
3. Dalam pengisar, masukkan isi ikan dan bahan B yang bertanda * serta sedikit air rebusan ikan, kisar hingga lumat.
4. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air rebusan ikan jika masih berbaki, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur, cili kisar dan tambah air secukupnya.
5. Masukkan garam, gula, sedikit aji jika suka dan masak hingga mendidih lama sikit dengan api sederhana.
6. Perasa secukup rasa biar ada rasa masam yang seimbang.
7. Boleh la dihidang bersama hirisan timun, bawang besar, cili dan telur rebus.

stok bunga kantan frozen stakat ni xputus lgi..blik hritu tu bawa dlm 1kg bunga kantan ni..stok utk nasi kerabu dgn laksa la selalunya..nasi kerabu pun kerap sangat duk buat, cuma xrajin nk snap..

Wednesday, October 28, 2015

Ayam Masak Merah Aroma

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh dan maghrib, sebaik saja bagi salam, sunnah Rasulullah saw..lauk ayam ni xde beza sangat dgn ayam masak merah yg dh pernah updated sblum ni, cuma yg ni ada aroma rempah sikit, masa masak tu wangi semerbak baunya..sedapp! klu buat mkn dgn nasi tomato pun bleh, nasi putih pun sedap jgk..klu blum ada idea utk masak ayam, nti bleh la cuba..nak buat pun mudah je dan bahan pun ringkas sangat, biasanya semua ada kat dpur..Inysaa Allah jumpa lagi dan harap setiap yg tidak sempurna dpt dimaafkan..

AYAM MASAK MERAH AROMA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 600gram ayam - potong saiz sederhana dan lumur dengan sedikit garam kunyit
  • 1/2 labu bawang besar , kalau kecik guna 1*
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 batang serai *
  • 4 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar pes tomato/tomato puri
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili merah dan cili hijau - potong serong
  • rempah 4 sekawan ( 1 kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga)
  • garam @ serbuk pati dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda * dengan pengisar kering.
2. Goreng ayam seperti biasa sekadar bagi masak je, bukan garing ye, angkat dan ketepikan.
3. Dengan kuali lain panaskan minyak untuk menumis, tumis rempah 4 sekawan sekejap biar wangi, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis biar layu sikit, tapi bukan perang.
4. Masukkan cili kisar, kacau sebati dan tumis lagi kemudian masukkan pes tomato dan kacau sebati.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, bawang hiris dan air secukupnya (air tu biar padan dengan bahan kuah, jangan banyak sangat).
6. Masukkan garam dan gula, masukkan ayam tadi dan masak biar mendidih.
7. Masukkan cili potong, perasa secukup rasa dan masak seketika dengan api perlahan agar ayam mesra dengan kuah.
8. Padamkan api, bila nak hidang tabur sedikit daun ketumbar dan bawang goreng.

ada skit rsa mcm masakkan mamak sbb msuk rempah 4 sekawan..kat rumah ni klu lauk ala bersambal gini anak dgn suami memang sukaa sangat..

Maggie Goreng Udang

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan..bertemu skli lagi, hri ni mcm kelam kabut skit sbb kena jdi drebar..msak pun sipel mapel je utk tghri, kjap lgi nk kluar amik anak skolah plak..maggie ni buat sbgai hidangan alas perut suatu mlm 2 minggu lepas rasanya, buat 3 paket utk mkn 4 beranak..memang xcukup la, xde plan pun nk buat maggie goreng ni..biasanya klu maggie tu main tuang air panas je sbb duk buat stok maggie kari, pastu tetiba dtg ilham nk buat versi maggie goreng dengan udang ni..skli skala mkn maggie goreng sedapp plak! klu anak bongsu tgk ni sure sruh buat plak, dia memang suka sangat klu maggie ni..Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

MAGGIE GORENG UDANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 paket maggie 
  • 6 ekor udang saiz XL
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3-4 sudu besar minyak untuk menumis
  • sedikit kobis
  • sedikit daun kuchai 
  • kicap manis secukupnya
  • sedikit serbuk pati ayam
Cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sekejap, kemudian masukkan udang dan kobis, balik-balikkan biar udang masak sepenuhnya dikedua bahagian.
2. Sementara tunggu udang masak panaskan air untuk celur maggie, celur maggie biar sedikit lembut, maz tak celur dulu maggie sebab tak nak tos lama, nanti airnya sejat, kira bila dah lembut tu terus masuk dalam sos.
3. Masukkan kicap manis secukupnya dan semua sos, kacau sebati biar udang mesra dengan rencah.
4. Masukkan daun kuchai, sedikit serbuk pati dan maggie, balik-balikkan biar sebati dengan bahan sos.
5. Sedia untuk dihidang bersama hirisan timun, daun bawang, cili potong dan bawang goreng serta limau nipis.

suami kata udang dlm peti tu klu nk bagi cepat habis kena buat mcm ni la..bagi hint la tu suruh buat lgik! elok plak udg tu baring deh..rencahnya buat simple je sbb dh ada udg, telur pun saja xletak..

Tuesday, October 27, 2015

Baked Barbecue Chicken Wings

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan..cuci mata dgn kepak ayam panggang la plak deh, boleh terjdi ayam bbq ni sbb abangngah suka sangat mkn bbq wing kat papa john..jdi dri situ la dtg keinginan utk buat BBQ ni, rupenya mudah sangat nk buatnya..cuma yg kat papa john tu ayamnya dibakar guna arang, ni main sumbat dlm oben je! wpun xsama 100% dgn yg kat papa john, utk mkn anak2 tu bleh la kan..mkn sampai menjilat jari jgk, anak dgn suami kata dh sedap ni..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni, harap dpt dimaafkan setiap yg tidak sempurna..Inysaa Allah semoga jumpa lgi..

BAKED BARBECUE CHICKEN WINGS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 kg kepak ayam saiz kecil, kerat 2 & buang bahagian hujung - toskan 
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1/2 sudu kecil cuka epal
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis (cumin)
  • 3-4 titik kicap manis - nak bagi warna jadi gelap sikit
Cara

1. Untuk buat sos barbecue, satukan semua bahan diatas kecuali kepak ayam dan masak dengan api perlahan biar berbuih sikit dan gula larut, suaikan rasa biar ada rasa manis yang cukup dan masin dari sos tiram, sos ni boleh buat awal.
2. Panaskan oven suhu 180 C, sediakan loyang yang telah dilapik dengan aluminum foil dan letak redai besi atas loyang, lumur ayam dengan sedikit garam dan susun ayam redai, guna redai besi ni agar bila masak ayam tak bertakung dalam airnya yang keluar, tapi kalau tak nak guna redai pun boleh.
3. Bakar selama 15-17 minit atau hingga masak sikit kemudian balikkan dan bakar lagi selama 13-15 minit atau hingga masak, jangan terlebih bakar nanti isinya jadi keras. 
4. Bila dah masak, masukkan dalam mangkuk besar dan gaul dengan sos bbq tadi, sedia untuk dinikmati.

klu ada family gathering bleh jgk buat chicken wing gini utk budak2 kan..lagi sedapp sos bbq yg buat sdrik ni dri beli yg dlm botol, lebih terasa manisnya..nak buat pun mudah sangat..tapi klu kat msia boleh beli yg jenama life BBQ sos yg ada tulis smoke tu, sedapp sosnya..

Masak Minang Ikan Pari Dengan Terung Pipit

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), bertemu sekli lgi..plannya nk update semlm, tpi pepgi dh kluar bekpes tosai kat luar..pastu merayau je smpai dh zohor bru blik, lepas asar smbung kluar lgi anak nk prgi tepi laut..otw balik tu terus singgah kat papa john plak, klu hri cuti biasanya jarang lekat kat rumah..ye la deh, nk juga mkn kat luar..mkn yg org lain masak, sbb klu hri biasa tu memang maz masak je..lauk ni kejadian awal bulan hritu, kebetulan ada beli ikan pari sikit masa pergi pasar..klu lauk gini maz dgn suami je la yg mkn, pastu terung pipit pon ada..lalu dtg la ilham nk cuba masak gaya tanah seberang, dh 2-3x duk msak gulai gini..yg memula tu guna ikan bawal, tapi masa nk copy msuk dlm laptop, tercopy separuh je dri pic yg ada dlm tu..pastu terus delete la ingatkan dh copy semua, maz dgn suami suka la plak masakan ni..tu yg ulang buat lgi dgn ikan pari ni plak, biasanya masakan minang ni ditumis dulu rencahnya..tpi ni maz main lebur je sekli dengan santan, ala masak lemak cili padi jgk, cuma ada aroma daun limau purut, sedappp sungguh..Insyaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

MASAK MINANG IKAN PARI DENGAN TERUNG PIPIT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 keping ikan pari 
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci isi cekur * - yg macam kunyit tapi warna putih, sini ada jual, dipanggil ginger india
  • 2 biji cili padi merah * - boleh tambah jika suka pedas
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 mangkuk kecil terung pipit
  • 1 keping asam gelugur @ sedikit jus limau nipis
  • 3 batang kacang panjang - option
  • garam, gula secukup rasa
Cara

1. Potong ikan saiz sederhana dan cuci bersih dengan sedikit asam jawa, toskan.
2. Kisar lumat semua bahan bertanda *, kemudian satukan bersama santan, terung pipit, asam gelugur dan kacang panjang jika guna, maz letak tu sebab nak habiskan stok yang ada.
3. Masak hingga mendidih sambil dikacau dan sayur sedikit lembut, masukkan ikan, daun limau  dan perasa secukup rasa.
4. Masak hingga ikan lembut, padamkan api dan boleh la dihidang bersama nasi putih.

memang membangkitkan selera dgn aroma daun limau purut..ada plak budu tempoyak dgn ulam peria mentah..Alhamdulillah, sedappnya dpt layan selera skli sekala..maz suka buat ulam peria mentah, sedapp..memula mkn dlu terasa jgk pahitnya..pastu bila dh biasa, lidah ni dh jdi sebti dgn pahitnya tu..terung pipit pon sedap jgk buat ulam, nk celur pon boleh..sni ada jual terung pipit ni, dtg dri india..isi keladi yg buat sayur tu pon ada, cuma batang je yg xde jual..klu ada sekli dgn batang memang beli buat masak rebus dh..

Sunday, October 25, 2015

Tumis Bayam Dengan Udang

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), balik2 sayur sama je kat dapur ni..klu sayur jenis daun ni memang xde pilihan sangat kat sni, yg biasa duk jual hanya bayam, sawi dan kangkung..nk masak pucuk ubi atau pucuk paku memang xde la, klu bayam ni anak2 pun mkn..tumis gini meratah pun sedapp deh..esk sehri lgi cuti, hri ni pon mkn kat restoran Happy Yemen..restoran yg ckup diminat oleh org2 saudi dan satu2 restoran yg jual nasi 24, nasi madghoutnya memang sedappp..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

TUMIS BAYAM DENGAN UDANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ikat bayam - cuci bersih, toskan
  • 15 ekor udang kecik
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili merah - potong serong
  • sedikit serbuk pati ayam
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bawang biar wangi kemudian masukkan udang dan masak sekejap.
2. Masukkan bayam, bawang besar dan cili, kacau balik biar bayam sedikit layu, masukkan sedikit air dan serbuk pati ayam secukup rasa.
3. Masak sekejap lagi biar bayam sedikit lembut, padamkan api.

klu selera maz ada lauk ikan goreng dh cukup sedapp pasangan dgn bayam ni..tpi memang jarang sangat masak ikan goreng sbb anak xmkn, duk goreng ayam je la..

Saturday, October 24, 2015

Sushi

Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), dri smlm sbuk skit dgn aktvti jln2..minggu ni cuti 4 hari sempena assyura, tpi setakat duk ronda sni je la..pergi situ, pastu masuk sna plak..mana lagi nk pergi, bahrain ni kecik je negaranya..sdpp jgk skli sekala mkn sushi ni kan, kat rumah ni abangngah dgn babanya memang peminat setia sushi..bleh kenyang jgk ni, nak buat pun mudah sangat..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

main isi je apa yg terlintas, yg kuning tu maz buat telur dadar nipis, pastu letak je atas nasi, isi tuna dan timun..pastu gulung je la..crab stick, jagung semua main hentam je apa stok yg ada...

SUSHI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras sushi @ beras wangi 
  • 1/2 sudu besar cuka epal/cider apple bancuh dengan 1/2 sudu kecil gula
  • seaweed sheets secukupnya/kulit sushi
  • crab stick (jejari ketam), timun jepun, jagung manis tin, tuna & telur dadar, buat nipis je
  • wasabi, kicap sushi dan halia jeruk pink tu jika suka
Cara

1. Cuci beras sushi, masuk air ikut sukatan beras dan masak seperti biasa hingga masak.
2. Bila nasi dah masak, terus masukkan cuka epal dan gemburkan nasi dengan garfu biar sekata.
3. Masukkan nasi dalam mangkuk dan tutup, biar nasi suam sikit.
4. Letak sekeping kulit sushi atas bamboo mat (yg utk gulung sushi tu), ratakan nasi separuh dari kulit sushi biar nipis dan susun bahan inti ditengahnya, kemudian gulung biar kemas.
5. Potong dan boleh la dihidang bersama wasabi, kicap sushi dan halia jeruk.

kat sni rega sushi ni punya la mahalnya, blik msia hritu sempat jgk la layan selera dgn menda ni..terasa betapa murah sangat sushi kat Msia, 3-4x ganda harga kat sni..

Friday, October 23, 2015

Nasi Ayam Penyek

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami)..bertemu skli lagi diawal pgi jumaat yg barakah, skrang ni subuh pkul 4.10..menghala ke hujung tahun gini subuh makin lewat sikit..klu time bln puasa hairtu pkul 3.10 dh msuk waktu..apa kbar semua, semoga dilapangkan kehidupan kita hri ini..Inysaa Allah..umat kat rumah ni suka jgk nasi ayam penyek ni, wpun sejenis lauk je, tapi sedapp! lebih kurang mcm hidangan nasi ayam atau nasi arab jgk deh, yg penting cepat dimasak sedap dimkn..selamat berhujung minggu, Inysaa Allah jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan..

ayam kat sni kecik molek je, memang sedapp meratah..minggu lepas maz beli 1 kotak ada 5 ekor, semuanya saiz 600g je..1 kotak ada yg 4 ekor, 5, 6 dan 1 dozen, harga ikut saiz ayam berapa gram..

NASI AYAM PENYEK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1 inci halia *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji buah keras *
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis (fennel)
  • 3 sudu besar santan - option
  • 2 helai daun bay
  • sedikit garam
Bahan B
  • 1/3 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar allpurpose flour/tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/4 sudu kecil baking powder
Cara

1. Cuci ayam dan toskan.
2. Tumbuk lumat semua bahan bertanda *, kemudian sebatikan dengan 2 jenis rempah dan sedikit garam, ketepikan sikit secubit dan yang lain lumur pada ayam seluruhnya termasuk dicelah kulit.
3. Didihkan 3 cawan air bersama daun bay dan sedikit garam, masukkan ayam dan rebus hingga ayam masak.
4. Keluarkan ayam, simpan air rebusan untuk buat sup.
5. Sebatikan bahan B dan bahan tumbuk yang disimpan tadi, bancuhan ni jangan pekat sangat, biar cair sikit gitu, kalau cair sangat tambah tepung sikit lagi atau sebaliknya.
6. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya, celup ayam dalam bancuhan tepung tadi kemudian goreng hingga perang dikedua bahagian, goreng sampai habis,
7. Untuk buat bumbu, celup hujung jari dan renjis-renjis dalam minyak, (jangan celup jari dalam minyak panas ye) biar masak hingga garing, kemudian toskan.
8. Tekan ayam dengan pisau, potong dan taburkan bumbu atasnya, sedia untuk dihidang bersama nasi putih, kobis, terung celur, timun dan sambal serta sup air rebusan ayam tadi, panaskan balik air rebusan dan perasa secukup rasa, tabur sedikit bawang goreng dan daun sup/bawang.

sambal ijau tu mkn dgn nasi ni la, walaaa sedapp..pastu saja celur sayur bnyk2 sbb maz dgn suami suka mkn sayur, cuma anak2 la amik nasi dgn ayam je..

Thursday, October 22, 2015

Sambal Ijau Dengan Terung Pipit ala Rumah Makan Padang

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), sekli lagi cuba menu dri tanah seberang..klu singgah mkn, sambal ijau ni atau yang jenis merah tu mesti ada..sedapp la plak mkn masa kat rumah makan simpang raya, cicah dgn pucuk ubi..pastu bila mkn kat restoran satu lgi tu sambal ijaunya dimasak sekli dengan terung, jdi dri situ la cuba buat versi terung pipit ni..sambil duk mkn tu bisik kat suami sruh tnya pak supir mcmna nk buat sambal tu..katanya cili harus mau direbus dulu, lalu dihancur sama bawang kemudian dituangnya minyak panas..adoiii! sempat lgi tu nk menuntut ilmu..sambal ijau ni jenis kasar gitu, cilinya direbus atau dikukus pun boleh, kemudian tumbuk bersama bawang, sedappp..sekali sekala tukar selera dgn sambal belacan deh..selamat berhujung minggu, sni start esk cuti asyura 4 hari sbb hari besar bagi org shiah, Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

SAMBAL IJAU DENGAN TERUNG PIPIT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5 biji cili besar hijau *
  • 4 cili padi hijau - boleh kurang atau tambah *
  • 1/2 biji tomato hijau *
  • 1 mangkuk kecil terung pipit *
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit minyak 
Cara

1. Rebus semua bahan bertanda hingga lembut, tos dan ketepikan terung pipit.
2. Tumbuk cili, bawang dan tomato biar separuh lumat dan perasa secukup rasa.
3. Dalam kuali panaskan 2-3 sudu besar minyak, masukkan bahan tumbuk dan terung pipit, masak sekejap dalam 2-3 minit, tambah sedikit air jika perlu.
4. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan ulaman, maz makan dengan nasi ayam penyek.

Indonesia kulinernya memang hebat, masakannya ada mcm2 jenis, masa kat pantai Pariaman ada sorang makcik yg jual kerepek2 ni..yg trkejutnya kerepek jering pun ada, beli la 1 paket nk rasa..hurmm, xde pon rasa jeringnya..mcm mkn kerepek ubi kayu je, kretipp dan rajin org sana..

Chocolate Cupcakes With Vanilla Frosting

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah lindungi aku dari api neraka)..apa kbar semua, dri smlm lagi rasa beratnya nk update blog ni..bila tgk folder, adoiii! gambar makin bersusun2..klu hri biasa tu memang pagi ptg masak, rasa xde idea plak nk bercerita pagi ni..Insyaa Allah semoga jumpa lagi, selamat berpuasa pada yg puasa sunat awal Muharam hari ni..sama2 kita amalkan doa kat atas, baca 7x selepas solat subuh dan maghrib sbelum bergerak dari sejadah, sunnah Rasulullah saw..terima kasih sekali lagi pada yg sudi singgah dapur maya ni, harap dimaafkan atas segala khilaf..

kat dapur ni asik duk buat kek coklat je, frosting tu teksturenya sedikit kasar sbb xde stok whip cream..tpi maz suka la plak bila keras sikit gitu, mkn bnyk pun takpe..xmuat..sedappp plak bagi tekak ni..pasni klu buat swiss roll bleh gunu filling ni..

Chocolate Cupcakes With Vanilla Frosting by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 1/4 cawan allpurpose flour/tepung gandum *
  • 1/2 cawan serbuk koko *
  • 3/4 sudu kecil soda baikarbonat *
  • 1/4 sudu kecil garam * 
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/3 cawan minyak sayur
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 3/4 cawan buttermilk (susu segar+1 sudu kecil jus lemon, sebatikan dan biar sekejap)
Vanilla Frosting
Resipi : sallysbaking
  • 1 cawan mentega tanpa garam (unsalted) - suhu bilik
  • 4-5 cawan gula aising
  • 1/4 cawan whipping cream (xde stok whip cream, ganti dengan 2 sudu besar susu segar, teksturnya sedikit kasar, tapi tekak ni suka la plak..boleh buat filling utk swiss roll)
  • 2 sudu kecil vailla
  • secubit garam
Cara

1. Panaskan oven 170 C, sediakan cawan kertas, kalau guna cawan kerats yang jenis lembik susun dalam loyang muffin.
2. Satukan semua bahan bertanda *, dalam bekas lain putar gula, minyak, telur dan vanilla.
3. Masukkan bahan kering dalam no 2 diselang seli dengan buttermilk dan diakhiri dengan bahan kering, putar hingga sebati.
4. Isi 1/2 cawan dan bakar selama 18-20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
5. Bila dah sejuk, paipkan aising atasnya atau boleh la dihias ikut citarasa.
6. Untuk buat aising, putar mentega hingga berkrim, kemudian masukkan 4 cawan dulu gula, vanilla dan whip cream,  putar dengan kelajuan tinggi hingga sebati dan berkrim, kalau masih lembik boleh tambah gula sikit lagi.

gandingan yg memang serasi, biasa la kat rumah ni klu kek jenis gini semua sukaa..mkn sambil hangut kepala, sedapp la tu..separuh maz bagi pada Sheikh yg mengajar tawjid kami..

Tuesday, October 20, 2015

Fried Fish Fillet

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan..bertemu sekli lagi, masih dlm misi nak clearkan sikit folder tu..bila nk habis klu asik duk tambah je kan, asalnya beli fillet ikan hritu nk buat fish n chips..tapi xde stok fries, tu yg skit dimasak buat lauk, baked 2 keping dan goreng celup tepung ni..bleh kenyang la mkn sketoi tu, besar..tebal plak tu isinya..utk batter tu masih guna rspi yg sblum ni, suka betul dgn rspi ni..rangup, cuma ejus sikit je, bleh guna utk mcm2 dgn batter tu..Inysaa Allah jumpa lagi, klu dlm masalah perbanykkan baca doa tu, Insyaa Allah semoga dilapangkan segala kesulitan dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Fried Fish Fillet by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 keping hammour fillet (gambar ikan kat sini)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu kecil yis kering, mauripan dll - bancuh dengan 1 sudu besar sir suam
  • sedikit onion powder - option
  • 50ml susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
  • sos pilihan - maz buat mayo garlic sos - bancuh mayonis+sedikit whip cream @ susu segar+1 ulas bawang putih, tumbuk lumat dan sdikit serbuk lada hitam
Cara


1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair, biar boleh salut ikan).
2. Tabur sedikit serbuk lada hitam dan serbuk onion powder pada isi ikan.
3. Panaskan minyak secukupnya, celupkan ikan dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama sos pilihan.

ni pun buat utk alas perut mlm, tu yg kat ni dapur banyk menu sampingan gini sbb nasi hanya utk tghari je..mlm buat yg simple gini la, klu isi ikan gini abangngah dgn adik mkn plak..jgn ada rupe ikan sekor je..

Kerala Beef Curry

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan..Alhamdulillah atas segala rahmatNya, sekli lgi cuba masak gaya lauk yg biasa duk mkn..dri dulu lgi memang suka masakan kedai india atau pakistan kat sni, wpun india ramai kat bahrain ni, tpi kebanyakan mereka adalah muslim dari kerala, klu mkn prata atau tosei kari kamben tu wajib ada lah..sedappp mkn dgn sayur mentah sebagai ulaman..rspi ni pon mudah je, main lebur semua dlm periuk..ni pun dh berminggu jgk la peram dulu, gitu la dapur ni deh..sama2 kita perbanyakkan membaca zikir diatas, sambil duk masak pun bleh baca..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

live la skit dri dpur, ni setelah masuk semua rempah..masak lama sikit dulu biar daging keluarkan airnya kemudian baru tambah sedikit air..

Kerala Beef Curry by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g daging batang pinang/lembut
  • 1 labu bawang besar, kalau kecik guna 2 - cincang
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 biji tomato - dadu 
  • 2 biji cili hijau - potong kecil
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil serbuk kari madras
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis (fennel)
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/4 serbuk lada hitam, jangan yang halus sangat tu ye @ tumbuk lada hitam
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Gaul daging dengan bahan tumbuk, ketepikan.
2. Dalam periuk panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar, masukkan bawang besar, daun kari dan tumis biar bawang layu.
3. Masukkan tomato dan masak biar tomato keluarkan jusnya kemudian masukkan cili hijau.
4. Masukkan daging, kacau balik sekejap biar daging keluarkan airnya.
5. Masukkan semua jenis bahan rempah serbuk, kacau sebati dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala biar daging mesra dengan bahan rempah.
6. Masak sambil tutup periuk dulu seketika, kemudian baru masukkan sedikit air (dalam 1 cawan atau secukupnya bergantung pada keperluan, kalau daging lambat lembut, tambah air sikit lagi).
7. Masukkan garam, gula secukup rasa dan masak sampai daging lembut dan kuah pekat dengan dikacau sekali sekala, masak biar periuk bertutup.
8. Bila daging dah lembut dan kuah pekat, padamkan api.
9. Tabur sedikit daun ketumbar jika suka bila menghidang.

serbuk kari madras yg maz guna..sblum ni beli yg jual timbang je kat pasaraya, tpi ada skli tu tgk ada org borong serbuk kari ni sampai bertin-tin..apa lgi nk cuba la jgk, tu yg beli jgk..

mkn dgn nasi biryani pon bleh, wpun xsama 100% mcm kedai punya, boleh la utk jamu suami dan anak2 tu deh..tapi suami kata sedapp sangat dh..

Monday, October 19, 2015

New Orleans Shrimp

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya'..(Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa)..cuci mata je la deh dgn menu yg dah berbln jgk ni pun, kejadian suatu hritu idea dri restoran seafood Bubba Gump kat sunway piramid, memang kecur la tgk segala menu udangnya..respi main hentam je la labu, wpun tak sama 100% dgn restoran punya..tapi utk mkn keluarga tu bleh sangat dah la kan..masakan ni boleh jgk dihidang bersma nasi putih atau garlic bread selain dari kentang putar..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur maz ni dan semoga segala kekurangan yg ada dpt dimaafkan, sama2 kita perbanyakkan zikir diatas semoga Allah swt ampunkan dosa kita..Inysaa Allah jumpa lagi..

New Orleans Shrimp by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g udang saiz sederhana 
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat *
  • 1 sudu kecil rempah cajun *
  • 1/4 sudu kecil onion powder *
  • 1/4 sudu kecil daun oregano @ italian herbs *
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam *
  • 1/2 cawan mentega @ secukupnya
  • 2 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 2-3 keping hirisan lemon - option
  • sedikit kicap manis - nak bagi sos gelap sikit
  • sedikit kiub pati/serbuk ayam - jika perlu
  • kentang putar atau nasi putih - hidangan sampingan
Cara

1. Udang dibuang kepala dan kulit kecuali ekornya, cuci dan toskan biar kering sepenuhnya.
2. Sebatikan semua bahan bertanda * dan gaul dengan udang.
3. Guna kuali leper jenis biasa yang bukan non stick, panaskan 2-3 sudu besar mentega.
4. Masukkan udang, jangan masuk semua sekali jika kuali kecil agar udang tidak bertindih, mentega pun gitu juga, masuk sikit-sikit kalau kuali kecil, kira padan dengan udang, supaya mentega tidak terlebih bila masuk udang, masak selama 1-2 minit setiap bahagian biar udang sedikit garing (maz punya tu pun tak berapa garing sebab terlebih mentega), angkat dan buat sampai habis, panaskan mentega sikit lagi jika perlu setiap kali nak masuk udang.
5. Dengan kuali yang sama, cairkan 4-5 sudu besar mentega, masukkan tepung dan kacau biar tidak berketul, masukkan sedikit air (dalam 1 cawan), kemudian masukkan sos tiram, beberapa titik kicap manis, hirisan lemon dan perasa secukup rasa dengan sedikit pati ayam jika perlu, kalau rasa kuah terlalu pekat, tambah air sedikit lagi.
6. Masukkan udang tadi dan sebatikan, boleh la dihidang bersama kentang putar atau nasi putih.

sekali sekala dpt menu western gini sedapp jgk deh, klu tak asik duk gulai atau buat tomyam je udang dlm peti tu..

Sunday, October 18, 2015

Cucur Badak Udang

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..((Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), bnyknya menu sama kat dapur ni deh..kuih ni pun antara yg selalu sangat duk buat, baru skjap tadi menumbuk keledek lgik..cuma ni pestime buat cucur udang jenis udang duk baring, nama cucur badak, tapi yg npaknya udang..pelik jgk deh kat mana kaitan dgn nama cucur badak tu, bleh buat letak udang ni sbb dh ada stok udang kecik..tu yg asik sruh udang baring atas kue je, sedapp la mkn yg versi udang sekor gini..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

Cucur Badak Udang  by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 kg keledek - cuci bersih dan dikerat
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 sudu kecil baking powder 
  • all purpose flour @ tepung gandum secukupnya
  • udang kecik secukupnya - buang kepala, toskan biar kering/lap dengan tisu
Cara

1. Rebus keledek dengan sedikit garam hingga lembut.
2. Bila dan masak, buang air rebusan dan sejukkan sepenuhnya, kupas kulit, tumbuk lumat.
3. Dalam bekas, satukan keledek, tepung beras, baking powder dan sedikit tepung gandum dalam 1/2 cawan, kemudian gaul dan tambah tepung sikit lagi jika perlu biar jadi doh lembut.
4. Ambil segengam, leperkan atas telapak tangan dan isi inti, kemudian cantumkan biar kemas, tekan sikit dengan hujung jari biar jadi leper kemudian letak udang, tekan sikit dan susun dalam loyang atau pinggan biar bahagian yang ada udang dibawah.
5. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana, goreng dengan letak bahagian yang ada udang dibawah, bila dah sedikit perang baru terbalikkan (tujuannya agar bila goreng udang tidak tercabut).
6. Kalau dah letak udang kena terus goreng ye, kalau nak simpan atau sejuk beku jangan letak udang dulu.

Inti
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai - hiris nipis*
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan udang geragau @ sedikit udang kering
  • gula dan garam secukup rasa
Cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Dalam kuali masukkan bahan kisar, bahan-bahan lain serta sedikit air. Kacau sebati dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga kering. Sejukkan dan kalau tak habis boleh difrozen.
4. Kalau guna udang kering, kisar bersama bahan *.

klu sblum ni duk buat versi bolat dan keledek kukus..tpi ni guna keledek rebus sbb kadang tu ada jual kat Lulu keledek putih ni, klu keledek isi oren memang kena kukus..tgk udang duk baring tu terus terasa nk mkn cucur badak ni..Inysaa Allah esk pgi gentel keledek yg tumbuk tu, tdi buat karipap dulu utk bekpes pgi esk..

Kerabu Mangga

Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah)..skli sekala ada jgk duk buat kerabu mangga ni klu jumpa manga yg sesuai, cuma jarang update kat sni..mungkin buat time duk bertapa dlu..ni pun gambar hjung bln 4 lgik, ishhh! apa la peram lama benar deh..guna mangga lemak siam yg masih putik tu lagi sedap buat kerabu ni atau pun mangga epal, ni maz guna mangga muda india je..tu pun susah nk dapat yg elok, ada je kat pasaraya tu, tpi dh lembik wpun putik..dri dlu klu buat kerabu mangga ni perencahnya guna ikan bilis goreng yg ditumbuk halus, pastu gaul dengan mangga tu..amik idea dri kerabu mangga nasi ayam bukit bintang yg pemes tu..dedulu rajin jgk duk prgi mkn nasi ayam kat situ, suka lauk hati ayam rebusnya dan kerabu manga dh pasti la..tpi skrang ni dh bertahun la xsampai sana..

Kerabu Mangga by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji mangga muda ,sagat panjang - elok guna mangga epal @ mangga lemak siam
  • 5-6 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 3 biji cili padai merah - dihiris
  • 3 biji cili padi hijau - dihiris
  • segengam ikan bilis belah tanpa kepala 
  • gula secukup rasa dan sedikit aji
Cara

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bilis biar sedikit garing, angkat dan toskan.
2. Tumbuk lumat ikan bilis goreng (tinggal sikit dalam sejemput, untuk tabur) bersama gula secukup rasa dan sedikit aji, garam tak perlu sebab bilis dah cukup rasa masin.
3. Dalam mangkuk satukan semua bahan dan gaul bersama bahan tumbuk biar sekata.
4. Tabur baki bilis goreng tadi dan sedia untuk dihidang.

kak long la yg suka sangat dgn kerabu mangga ni, msa blik msia hritu kerap jgk la duk oder kerabu mangga ni kat kedai tomyam dekat rumah tu..sedapp jgk kerabunya, masam-masam dan berair gitu..

Friday, October 16, 2015

Chicken Karahi (Pakistan Stail)

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..bertemu sekali lagi, sbenarnya nk update semlm..tpi klu dh cuti tu biasa la deh, xlekat sangat kat rumah, ni pun amik masa sekejap suami dan anak2 pergi solat jumaat..pestime masak gaya pakistan ni, tpi lauk ni kejadian 2 minggu sudah lagi..tu pun sbb mkn kat kedai pakisatan hjung bln haritu sambil tunggu anak habis kelas kat Discover Islam, jadi maz dgn suami msuk la mkn kari ni dgn roti tempayan..memang sedapp la cicah dgn roti tu, lepas mkn tu terus dtg ilham utk buat sdrik plak, gitu la tabiat tukang masak ni, klu boleh apa yg dimkn tu mesti nk cuba buat jgk..Alhamdulillah semua dgn izinNya, suami kata dh jdi mcm yg kat kedai tu..anak2 pun suka..Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

Chicken Karahi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong saiz sederhana
  • 2 labu bawang besar - cincang
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 2 biji tomato -dadu
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (fennel)
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
  • minyak untuk menumis secukupnya
  • garam, gula secukup rasa & aji jika suka
  • sedikit daun ketumbar cincang
Cara

1. Cuci ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang besar, tumis hingga bawang sedikit layu, tapi bukan perang ye, kemudian masukkan bahan tumbuk dan tomato dan masak biar bahan rencah separuh lembut.
3. Masukkan ayam, sebatikan dengan bahan rencah dan biar ayam turun airnya.
4. Masukkan semua bahan rempah serbuk, kacau sebati biar bersalut dengan ayam dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
5. Masukkan sedikit air (dalam 1 cawan ke, jangan banyak sebab masakan ni tak berkuah sangat), garam, gula secukup rasa dan masak sambil dikacau sekali sekala hingga bahan rencah hancur sepenuhnya, kuah pekat dan ayam lembut.
6. Bila dah masak tabur sedikit daun ketumbar, sedap dihidang bersama roti atau nasi biryani.

ni yg mkn kat kedai pakisatn tu, kami oder mutton karahi..memang kena la cicah dgn roti tu..bawang besar tu sbgai ulam..arab ke, india, pakistan pun sama, kuat mkn bawang mentah..

maz buat utk mkn dgn nasi biryani..masakan pakistan atau india ni banyak guna bawang besar utk pekatkan kuah kerana tak masuk santan..tpi tetap menjilat jari, sedappp..nak buat pun mudah je, cuma kaedah masak tu bahan rempahnya tidak ditumis terlebih dulu, main lebur gitu je..

Wednesday, October 14, 2015

Gulai Kuning Udang

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar'..salam Maal Hijriah 1437, bln Muharram adalah bln pertama dalam kalendar Islam (Hijrah) dan salah satu dari bulan-bulan Haram, selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab..dlm bln Muharram jgk disunatkan pada kita utk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram..maaf la ye klu gaya lauk kat dapur ni sama je, xde yg special mana..klu udang atau ketam memang kena masak jenis berkuah gitu, klu kering tu umat kat rumah ni kurang sikit..teringin jgk nk goreng bersarang mcm ni, tpi bila pkir anak xberapa minat, kiv la dlu niat tu, gmbar lelama pun bnyk jgk dah yg deleted yg mna dh acap kali updated sblum ni, jdi npak surut la skit folder tu..Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

Gulai Kuning Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8 ekor udang saiz XL
  • 2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit @ boleh guna serbuk kunyit *
  • 1/2 inci lengkuas, hiris nipis *
  • 2-3 biji cili padi merah *
  • 1 keping asam gelugur
  • 2-3 batang kacang panjang
  • garam, gula secukup rasa & aji jika suka
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda * dengan sedikit air.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali udang, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
3. Masukkan garam, gula secukup rasa dan aji jika guna, masukkan udang dan masak sekejap dalam 5-6 minit biar udang masak.

ada jgk terasa nk buat nasi biryani udang, tapi bila tnya anak kata xnk..maz pun xpernah mkn lgi biryani udg ni, rasanya kena try buat la skli kan..ni asik masak cara sama je..

Tuesday, October 13, 2015

Cream Puff With Custard Cream

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar'..apa kbar semua, semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya..kejadian cream puff ni pun dh lama benar, gitu la dapur ni klu buat sesuatu tu selalunya mesti duk ulang buat sampai 2-3x dlu klu ada permintaan dri anak dan suami, sblum ni pun dh ada updated cream puff dgn kastard cream ni..memang sedapp la, pas sbjik2 nk masuk mulut..klu anak bongsu tgk ni sure dia mintak..adik afiq susah mkn kuih2 ni, klu karipap pun kena buat khas utknya yg xde inti..cream puff ni dia suka la plak..mohon maaf andai ada kesilapan dimana-mana..sama2 kita jadikan amalan harian doa kat atas tu, baca 7x lepas solat subuh dan maghrib, sunnah Rasulullah saw, semoga Allah swt pelihara kita dari azab api neraka..Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

Cream Puff With Custard Cream by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 95g tepung gandum berkualiti
  • 2 1/4 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur - suhu bilik
  • 75g mentega tanpa garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 188ml air
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Sebatikan tepung, baking powder dan garam.
2. Dalam periuk (kalau boleh guna periuk non-stick) satukan air, mentega dan gula, masak hingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sampai jadi doh yang licin dan tidak melekat diperiuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Padamkan api, masukkan dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dulu.
5. Kemudian masukkan vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozel besar bentuk bintang dalam paiping bag, masukkan adunan tadi, paip pusing 2x atas loyang yang telah dialas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Sembur dengan sedikit air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dengan suhu 200 C selama 20-25 minit atau hingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting ditengahnya, boleh la diisi dengan kastard krim.

Kastard Krim
  • 200ml whipping cream Non Diary - yang dah manis tu 
  • 1 cawan susu segar *
  • 3 sudu besar tepung kastard *
  • 3 sudu besar gula *
  • secubit garam *
Cara 

1. Sebatikan semua bahan bertanda *, kemudian masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat, sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam bekas yang kering, putar whip cream+secubit garam+sedikit vanilla hingga kental , kemudian masukkan kastard yang dah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan dalam paiping bag dan sedia untuk digunakan sebagai inti, boleh juga simpan dalam peti dulu sebelum guna agar krim sedikit kental.

filling tu patutnya warna kuning cair, tpi gitu la klu jurufoto yg pro amik gambar..xtahu mcmana bleh jdi warna putih lak..dh 3-4x duk buat guna respi ni, lepas last dgn yg ni lama dh la jgk xbuat, 

Monday, October 12, 2015

Asam Rebus Kembung Dengan Bendi

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..lauk yg ringkas tapi punya la sedappnya, bleh bertambah2 mkn nasi tu..xde lauk lain pun takpe, ckup dgn yg satu ni..tu bgi selera maz la, bonda pun suka lauk gini..klu jenis kuah berlemak tu bonda xminat..ni pun menu dh berbulan peram..semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan..

Asam Rebus Kembung Dengan  Bendi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembong - kerat 2, cuci bersih dan toskan
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 2 biji cili padi merah @ 1 cili merah 
  • 1-2 asam keping
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 10 biji kacang bendi
  • gula garam secukup rasa @ sedikit aji jika suka
Cara

1. Kisar atau tumbuk bahan bertanda * , kemudian baru masukkan cili padi dan tumbuk separuh lumat.
2. Dalam periuk satukan bahan tumbuk, asam keping, bunga kantan dan 2-3 cawan air, masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan perasa secukup rasa, kemudian masukkan kacang bendi dan masak sekejap sekadar bendi layu je.

klu duk dgn bonda memang terbabas la segala diet tu..dgn ikan singgangnya, ada plak 2-3 jenis ulam kampung, walaaa sedappnyaa..nk buat ikan plak xde, skrang ni kat psar susahnya nk cri ikan..tgh musim udg, ada pun ikan yg xberkenan dihati..

Sweet Sour Fish Fillet

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..lauk ni pun guna fillet ikan kerapu yg beli 1kg tu, klu masakan gini memang pabret 2 beradik tu..wpun guna isi ikan tapi sbb xnpak rupe ikan, jdi xde masalah la..tpi klu dibuat gulai xmkn la plak, memang layan la dgn nasi putih deh..xde lauk lain pun takpe, dah ckup sedappp..klu kat msia susah jgk nk dpt isi ikan ni kan, maz xbleh dgn isi ikan yg jual frozen kat pasaraya tu..kat sni pun ada jual, tpi xpernah bli..tekak ni xbleh terima..rsanya lain semacam, pernah beli dlu msa kat msia..bila dh defrost isinya jadi lembik mcm kain buruk, terus msuk tong sampah, xjdi nk msak..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf yg ada..

Sweet Sour Fish Fillet by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g fillet ikan, potong saiz 1 inci - maz guna isi ikan hamour @ kerapu
  • 1/2 cawan allpurpose flour/tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur - kocok
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam/serbuk pati, gula secukup rasa 
  • 1 labu bawang besar - dadu kasar
  • 1 biji tomato - dadu kasar
  • 1 biji lada benggala 
  • minyak masak secukupnya
Cara

1. Cuci isi ikan dan toskan.
2. Dalam kuali panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.
3. Masukkan tepung dan baking powder dalam plastik, goncang biar sebati, kalau nak letak secubit garam pun boleh juga.
4. Dalam mangkuk besar satukan telur dan ikan, gaul biar telur menyaluti isi ikan sepenuhnya.
5. Amik isi ikan dalam telur tadi dan masukkan dalam plastik tepung, goncang-goncangkan biar ikan bersalut dengan tepung sepenuhnya, kemudian masukkan satu-satu dalam minyak yang telah panas dan goreng biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan ketepikan, goreng sampai habis.
6. Dengan kuali lain, masukkan minyak untuk menumis secukupnya, tumis bahan tumbuk biar sedikit layu kemudian masukkan lada benggala.
7. Masukkan semua jenis sos, bawang besar dadu, tomato, sedikit air dan kacau sebati, masak biar mendidih sekejap dan perasa secukup rasa dengan gula, garam atau serbuk pati.
8. Masukkan isi ikan, kacau balik dan masak biar ikan mesra dengan bahan sos.

klu nk guna isi ayam pun boleh utk masak ni..kat sini dlm pasar masih lgi guna alat penimbang jenis lama tu, yg guna batu sebagai pemberatnya..jdi mereka timbang tu main agak je, rasa mcm banyk plak guna penimbang gitu..

Roti John Cheese

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..rasa mcm terlebih rajin la plak hri ni, sampai 3x mengupdated blog..sebenarnya hilang kesabaran dh, xsangup nk tgk deretan gambar tu! jdi sementara ada masa yg free ni masuk je la dlu apa yg bleh, lama jgk dh xbuat roti mr.john ni..kli ni buat versi letak cheese plak, banyk trend makanan yg berkeju sekarang ni kan..dgn fenomina pisang goreng kejunya, tpi sblum tu mcmana ye roti ni dpt nama, adakah org yg cipta resepi ni bernama John? utk inti tu bleh buat ikut citarasa..maz pun buat mudah2 je, cuma guna isi ayam dgn bawang..abangngah la yg mintak nk makan roti john ni, kebetulan ada stok cheese tu yg tabur je la atas tu..memang sedapp dan ngam la letak cheese..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur maya ni dan harap dapat dimaafkan kekurangan yg ada..Inysaa Allah jumpa lagi..

nk buat pun bknnya susah sangat kan, cuma nk mula tu..intinya bleh buat awal, bila terasa nk mkn tu tepek je la kat kuali..

Roti John Cheese by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil isi ayam - cincang halus @ kisar guna pengisar kering
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1/2 sudu besar serbuk kari ayam - bancuh dengan sedikit air
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • gula garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • telur, bun panjang (bun hot dog) - belah tengah, maz guna bun butter, tu yang warna kuning
  • cheese secukupnya - mozarella/cheedar, maz guna mix cheese, beli yang dah siap campur
  • sedikit daun bawang/sup, kobis, sos cili, hirisan bawang besar dan mayonis
Cara

1. Panaskan dalam 1 sudu besar minyak masak, amik 1 sudu bawang besar cincang tadi dan tumis biar sedikit layu, kemudian masukkan serbuk kari.
2. Masukkan serbuk ketumbar dan tumis sekejap, masukkan isi ayam dan kacau biar sebati dengan rempah.
3. Masukkan sedikit air dan baki bawang cincang, masak biar isi ayam masak dan bawang sedikit layu.
4. Perasa secukup rasa dengan sedikit garam dan gula, padamkan api dan biar sejuk sepenuhnya.
5. Untuk buat roti john, pecahkan 2 biji telur dan masukkan inti secukupnya serta sedikit daun bawang/sup, kacau sebati.
6. Panaskan non stick pan, tuang 1 senduk inti dan buat bentuk empat segi biar padan dengan saiz bun yang diguna (kalau bun tu besar kena letak inti tu banyak la ye, kalau bun tu kecik cukup dengan 1 senduk).
7. Letak sedikit hirisan kobis dan bawang besar atasnya, tabur cheese secukupnya, tunggu hingga cheese cair dan inti masak, kemudian angkat kuali, guna senduk leper jenis non stick, tolak perlahan lapisan inti ke atas bun yang telah dibelah 2 tadi.
8. Picit sos cili dan mayonis secukupnya, lipat dan potong 2-3 bahagian, sedia untuk dihidang.

bleh dibuat sebagai hidangan petang bersama secawan kopi atau utk bekpes pun bleh, sekali skla tukar selera dgn cucur udang! tapi ni mcm biasa la klu menu ringkas gini buat utk alas perut mlm, ganti nasi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...