Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, November 23, 2016

Gulai Puyuh Dengan Kacang Panjang

Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
adoiiii, bakpo makin liat nk update blog skrang ni..nk bercerita pon xde idea sngat pgi ni..ok la layan lauk burung puyuh gulai ni la dlu, sni ada jual puyuh, tpi yg frozen la..produk dri UAE, gulai ni ilham dari gulai cara Padang mcm yg pernah buat sblum ni..cuma ubah suai skit2, Alhamdulillah kena dgn selera kami sklrga..InysaaAllah sampai bertemu lgi dan maaf atas khilaf yg ada..

GULAI PUYUH DENGAN KACANG PANJANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 3 ekor puyuh 
  • 2 cawan santan
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 3 biji cili padi merah *
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar minyak sayur/masak
  • kacang panjang
  • gula, garam dan aji jika suka

  • Cara

    1. Potong puyuh saiz yang dikehendaki, maz potong 3.
    2. Kisar atau tumbuk semua bahan bertanda *, panaskan minyak dan tumis bahan kisar biar naik bau.
    3. Masukkan puyuh, kacau balik biar mesra dengan bahan rencah dan kulitnya bertukar warna.
    4. Masukkan santan, asam gelugur dan masak biar puyuh lembut, perasa secukup rasa.
    5. Masukkan kacang panjang, masak sekejep dalam 1 minit sekadar layu, padamkan api.

    sambung kembali cerita cuti2 euro, destinasi kedua Hallstatt..satu daerah yg agak terpencil di Austria, tpi tempat ni memang tumpuan touris sbb keindahanan perkampungan dilereng bukit tepi tasik Salzkammergut..tempat ni tenang dan damai sangat, cantik sungguh..ni gambar dari luar sblum masuk ke dlm kampung ikut tepi tasik tu..

     klu time winter, bertukar warna la gunung2 tu jdi putih..

      maaf la gmbar jdi xjelas..kat phone ok je, npe bila upload kat sni jdi blur la plak..

    dlm perkampungan tepi  tasik Salzkammergut..cantik rumah2 kayu dilereng bukit, utk masuk ke sni kena berjln kaki sekitar 10-15 minit..kawasan ni car free kecuali utk penduduknya saja, tempat parking kereta berbayar ada disediakan diluar sna..

    belah mlm pun cantik tempat ni..bleh jgk naik bot utk menyusuri tasik, cable car pon ada..touris dri cina mainland ni ramai sungguh, ada kat mna2..

    yg lebih 3 ekor lagi goreng tepung mkn dgn nasi lemak..selalu duk buat gulai kuning lengkuas biasa tu, ni tumis dlu rencah tu biar ada aroma skit..ilang la skit bau puyuh kan, tekak tukang masak ni susah skit..xleh nk terima klu ada rasa lain dri biasa..

    3 comments:

    1. Masha Allah... gulai tu betul2 mengancam selera!

      ReplyDelete
    2. Salam dek maz. Seronok tgok maz melancung. Tp tengok lauk tuuu lg la terancammm kiki. BW

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...