Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, April 23, 2019

Paprik Clam

Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amalkan zikir ni setiap kali selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
baru brkesempatan jenguk dapur maya ni, agak sibuk sikit 2-3 hri lepas dgn mcm2 hal yg nak kena settle..lauk ni pon awal minggu lepas lgi, kebetulan prgi Lulu beli la clam ni 1kg..masak ringkas mcm ni, sedap layan dgn nasi panas xde lauk lain pon tkpe..kat sni clam ni ada spnjang masa dan agak murah jgk, xsmpai 1 dinar sekilo..Insha Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

selain clam ni bleh juga guna lala klu kat Msia, nak masak paprik ni pon simple sngat..abangngah suka la lauk clam ni, siap meratah lgi..

Paprik Clam by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg clam - cuci dan rendam dengan 5 biji cili padi ketuk agar pasir keluar dari clam, toskan
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 senduk besar cili kisar - rebus cili kering, kisar@cili boh
  • 2 batang serai - ketuk
  • 4 biji tangkai kering - belah 2 dan buang biji
  • 7 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato/cili
  • 1/2 labu bawang besar - potong kasar
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit gula dan air
Cara

1. Dalam kuali panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis sekejap.
2. Masukkan cili kisar, serai dan tumis biar cili pecah minyak/masak.
3. Masukkan bahan sos, cili belah, sedikit gula dan daun limau purut.
4. Masukkan clam dan kacau balik sekejap, masukkan sedikit air, bawang besar dan tutup kuali sekejap agar clam masak dan cengkeramnya terbuka.
5. Kacau biar sebati dengan bahan rencah dan suaikan secukup rasa (maz tak letak garam sebab dah cukup dengan sos tiram dan clam ni dah masin).
6. Bila semua cengkeram dah terbuka, padamkan api dan sedia untuk dihidang.

npak mcm kering skit, tpi sbnarnya berkuah sbb dh trun ke bawah, xsnap msa baru masak tu tnggu sejuk skit nk bgi hilang wap paans tu..

2 comments:

  1. Terima kasih sudi singgah blog yg xseberapa ni..paprik ni jenis mudah di msak sedap di mkn kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...