Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 20, 2015

Kerala Beef Curry

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan..Alhamdulillah atas segala rahmatNya, sekli lgi cuba masak gaya lauk yg biasa duk mkn..dri dulu lgi memang suka masakan kedai india atau pakistan kat sni, wpun india ramai kat bahrain ni, tpi kebanyakan mereka adalah muslim dari kerala, klu mkn prata atau tosei kari kamben tu wajib ada lah..sedappp mkn dgn sayur mentah sebagai ulaman..rspi ni pon mudah je, main lebur semua dlm periuk..ni pun dh berminggu jgk la peram dulu, gitu la dapur ni deh..sama2 kita perbanyakkan membaca zikir diatas, sambil duk masak pun bleh baca..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

live la skit dri dpur, ni setelah masuk semua rempah..masak lama sikit dulu biar daging keluarkan airnya kemudian baru tambah sedikit air..

Kerala Beef Curry by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g daging batang pinang/lembut
  • 1 labu bawang besar, kalau kecik guna 2 - cincang
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 biji tomato - dadu 
  • 2 biji cili hijau - potong kecil
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil serbuk kari madras
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis (fennel)
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/4 serbuk lada hitam, jangan yang halus sangat tu ye @ tumbuk lada hitam
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Gaul daging dengan bahan tumbuk, ketepikan.
2. Dalam periuk panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar, masukkan bawang besar, daun kari dan tumis biar bawang layu.
3. Masukkan tomato dan masak biar tomato keluarkan jusnya kemudian masukkan cili hijau.
4. Masukkan daging, kacau balik sekejap biar daging keluarkan airnya.
5. Masukkan semua jenis bahan rempah serbuk, kacau sebati dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala biar daging mesra dengan bahan rempah.
6. Masak sambil tutup periuk dulu seketika, kemudian baru masukkan sedikit air (dalam 1 cawan atau secukupnya bergantung pada keperluan, kalau daging lambat lembut, tambah air sikit lagi).
7. Masukkan garam, gula secukup rasa dan masak sampai daging lembut dan kuah pekat dengan dikacau sekali sekala, masak biar periuk bertutup.
8. Bila daging dah lembut dan kuah pekat, padamkan api.
9. Tabur sedikit daun ketumbar jika suka bila menghidang.

serbuk kari madras yg maz guna..sblum ni beli yg jual timbang je kat pasaraya, tpi ada skli tu tgk ada org borong serbuk kari ni sampai bertin-tin..apa lgi nk cuba la jgk, tu yg beli jgk..

mkn dgn nasi biryani pon bleh, wpun xsama 100% mcm kedai punya, boleh la utk jamu suami dan anak2 tu deh..tapi suami kata sedapp sangat dh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...