Friday, June 4, 2010

Nasi Ayam Ipoh wif Kerabu Mangga

Assalamualaikum...layan menu nasi ayam plak...slalunya klu nak mkn nasi ayam sedap kna p bukit bintang le! ari tu msa suami blik dah kesana pkenan nasi ayam hainan yg pemes kat bukit bintang tu...kli ni dah tak payah p jauh2 smpai ke stu lgi...buat je nasi ayam ipoh ni...memang sedappp!! tu yg kita buat kerabu mangga skli...nak mkn mcm nasi ayam bukit bintang jgkk!! hehe...kita klu nasi ayam memang nak kena ada kerabu mangga..baru puah ati...rspi dari Quinnie Myresipi...tapi myr xleh nak masuk..jdi kita c&p dri dapur Kak Zai...mkasih ye kak...Kak Zai amik dri umah Ika...mtak ijin semua nak letak rspi kat sni plak ye...wpun npak mcm bnyk bhn2 dan pnjang cara2 nak sdiakan..tpi snang je...kita buat ni dlm msa 1 jam dah bleh mkn...skejap je kan...akan buat lgiiii..mksih jgk pada semua yg sdi singah dpur kita ni..sjak kbelakangan ni jarang on lappy...slalu kluar umah je..sbuk skit ada menda yg kna diuruskan...dan selamat bercuti buat semua...insyaallah smoga jmpa lgi..maap ye mana yg kita blum buat knjungan bls lgi tu..

Sumber Resipi : Quinnie Myresipi & Kak Zai ( Teratak Impian )
Bahan-bahan ( sekeluarga )

*BAHAN NASI*

  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 4 mug beras
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega

*BAHAN AYAM*

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

*BAHAN SUP*

  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah - kita tak letak

*BAHAN CILI*

  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya

*BAHAN KICAP* - kita cuma bancuh sos tiram + kicap manis dengan sedikit air rebusan ayam, anak2 tak boleh mkn pedas

  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan

*BAHAN HIASAN*

  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini) . kita cuma perasakan dengan serbuk pati ayam TUMIX
Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.


kerabu mangga

penangan utk nasi ayam ipoh tu....memang sedapppp sngat nasi ayam mkn dgn kerabu mangga...kite sukeee...rspi sma mcm yg sblum ni..ada kat label kerabu...

3 comments:

  1. wah kak maz, sedap kan nasi ayam ipoh ni, mas pun baru lepas makan,ada kerabu mangga lagi, bertambah2 la nasi tu, he..he..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Adui, love tak tahan ni kak! Rasa lapar sgt tgk dishes kat atas ni! ;)

    Dear, pls accept a Thank You card from love ya! :D

    ReplyDelete