Thursday, December 2, 2010

Paella Rice

Assalamualaikum..tkar slera mkn nsi spanish plak..nsi yg pnuh dgn sgala lauk pauk dlmnya..delicioso!! hehee..senang jgk nsi mcm ni kan..smua buh skli lam 1 kuali..hehee..paella atau spanish rice 1 mnu nsi yg pemes belah latin rsanya..kita pun nk cba buat jgk la..ni la pestime mrasa pun..sbnarnya ptg klmarin ada tgk Martha nga Bobby Flay msk sefod paella ni kat tv..telan air liur ngok Bobby msak 1 dulang bsar!! dgn kaki..kpala lobster trjulur2!! tetiba msa duk pkir2 nk buat apa nga udg lam pti tu..dtg la idea nk cba buat paella ni..tgk Boby buat pun senang je..cma bhn2 yg depa gna biasa la kan ada yg kita xkenal pun..lgipun subtitlenya dlm bhasa arab..ana xde paham lahh..hehee..pastu kita search jgk kat tnet cri rspi2 paella ni..ada mcm2 jnis la..antara rspi paella dri chef2 trkenal bleh tgk kat SINI..kita buat vrsi kita je..senang dan rngkas gtuw..sndri yg nk mkn kan..maka ni la yg trhsil..ala2 nsi paprik..nsi greng la klu kat msia kan..smua msuk skli gtuw..kita tepek jgk la rspi yg kita buat ni wpun paella yg telah dimelayukan..kna ejus2 la ye mna yg kurang tu..kita xde sukat2..

amik pngan tu..snduk sdri la ye..yg pnting kna gna beras basmati la..sbb beras basmati ni ringan dan berderai gtuw..xde kanji..paella ni trpulang pda citarasa nk guna apa..sprti ayam..udg..stun..mcm2 lagi la yg bleh dimsk dgn nasi spanish ni..

lama ku tnggalkan tajine ku kat sni..bli msa duk sni dlu...

live from kuali..kita msk skit je nsinya..tpi bila dh digaul2 smua skli..haaaa bnykkk!! skuali tu..

Paella Rice by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 1 1/2 cawan beras basmati - cuci dan toskan
  • 2 1/2 cawan air atau ikut sukatan air beras masing-masing - guna air rebusan ayam lgi sdp
  • 5 ketul ayam - saiz biasa, gaul dengan sedikit garam dan lada hitam (tumbuk biar halus sikit)
  • 8-10 ekor udang saiz besar - belah belakang, buang urat hitam dan toskan, lumur dengan sedikit garam - boleh juga guna sotong, kupang, scalop, atau makanan laut yang lain.
  • 1 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1-2 helai daun bay (bay leaf)
  • 1-2 biji buat tomato - didadu
  • 1 cawan lada benggala/kapsikum hijau yang didadu - boleh juga guna sayuran lain
  • 1/2 cawan jagung manis - maz guna sweet corn yang dlm tin
  • 1/2 cawan daun parsly yang dicincang - boleh ganti dengan daun sup
  • 1/2 cawan buah zaitun - jika ada
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • sedikit safron - jika takde boleh ganti dengan sedikit pewarna kuning
  • extra virgin minyak zaitun secukupnya
  • 1/2 sudu kecil paprika
  • 1-2 ketul kiub pati ayam dan serbuk lada hitam secukupnya - sebagai perasa
  • sedikit lemon jus
Cara :

1. Panaskan oven 180-200 C.

2. Panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar (kalau boleh guna kuali leper), masukkan separuh bawang besar yang didadu dan separuh bawang putih yang dicincang (yang selebihnya ketepikan dulu, guna kemudian). Masak sehingga bawang perang dengan api perlahan. Kemudian masukkan ayam, masak sehingga kulit ayam keperangan dikedua bahagian. Angkat (kuali jangan dicuci) dan masukkan dalam bekas/loyang lain, bakar dalam oven sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.

3. Dengan kuali goreng ayam tadi, tambahkan sedikit minyak lagi (dalam 3-4 sudu besar) dan goreng pula udang. Susun dengan meletakkan bahagian yang dibelah atas kuali. Bila dah masak (dalam 2-3 minit) baru balikkan. Masak sampai habis dan simpan juga air yang keluar dari udang semasa proses mengorengnya. ketepikan. Kuali jangan dicuci dulu.

4. Dengan kuali yang sama panaskan 4-5 sudu besar lagi minyak, masukkan tomato dan lada benggala. Masak sehingga layu dan perasakan dengan sedikit serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam. Angkat dan ketepikan.

5. Dengan kuali yang sama juga, panaskan 3-4 sudu besar minyak. Masukkan semua bawang yang berbaki tadi, serbuk jintan putih, paprika dan daun bay. Masak sehingga bawang perang. Kemudian masukkan 2 cawan air (ni sukatan utk beras basmati yang maz guna), pastikan ikut sukatan beras masing-masing. Masukkan kiub pati ayam dan biar sehingga mendidih. Rasa agar kiub ayam yang digunakan cukup untuk membrei rasa pada nasi kelak.

6. Kemudian masukkan beras, safron dan kacau sekata. Tutup kuali dan masak sehingga nasi masak.

7. Bila nasi dah masak, biarkan dulu dalam 5 minit. Kemudian kacau nasi dengan garfu agar nasi berderai. Masukkan ayam bersama air yang keluar semasa proses membakarnya, udang, kapsikum, jagung, buah zaitun, parsly dan perahkan sedikit lemon. Gaul sebati guna 2 garfu (jangan guna senduk, nanti nasi akan patah).

8. Sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba..

P/S : Kalau takde kuali leper, boleh masak nasi dalam periuk biasa/rice cooker. Kemudian baru gaulkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar.


safron..kat sni pun mendah alah ni mahai jgkk..ye la nk dpt safron ni kna pnjat gnung cri munganya..klu dtg dri pkok mcm bunga doyan tu lain la kan..skli henjut je brbakul2 jatuh..hehee..

6 comments:

  1. wah...selera. kak nak cubalah jugak :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya nasi tu kak maz....nak sepinggan..he.he...

    ReplyDelete
  3. fulamak udang maz tergolek2 mcm sedang tidooo..wow geram kak tgok.. ni kalu kasi abg kob makan x cukup 2 pinggan ni..

    ReplyDelete
  4. salam ziarah maz ..... wah nasi paella ni ... ni nasi dari negara eropah ni kalau tak silap khai .... tapi tak kira lah dari mana pun ... nampak menarik sangat ....rasa resepi nyer pun mudah dan senang nak dapat bahan2 tu cuma saffron tu je tak de ... kalau tak de tak merosakkan rasanyer ke maz ....mesti khai nak cuba ni ....

    ReplyDelete
  5. salam maz ..... terima kasih lah sudi singgah di shoutmix khai dan ucap selamat tu terimakasih bebnyak yer..... tentanng nasi paella tu khai akan masukkan kunyit ok ....

    ReplyDelete
  6. salam maz..
    Adoiii..lapo nyerrr tgk nasi paella tu..mmg menyelerakan..

    ReplyDelete