Tuesday, December 20, 2011

Fresh Cream Puff

Assalamualaikum..kat sni memang ada jual roti mcm ni..intinya pun ada mcm2 jnis..plih je nk fling cheese ke..ground beef nga spinach ke dan namanya puff..klu dpur lama dlu pun kerap jgk la duk buat puff yg mcm ni..semua sukee..wpun rsanya plain je..tapi lemak sedappp..kna plak nga kopi O kan..nk buat pun senang sngat..

Fresh Cream Puff  by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (dalam 10 biji)

  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • fresh cream secukupnya
  • sedikit telur untuk sapu dan bijan
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Tumbuk-tumbuk sikit bagi keluar angin. Ambil sebesar bola golf dan canai, kemudian masukkan inti fresh cream. Tekan guna garfu hujungnya dan buat sampai habis. Susun dalam loyang yg dialas dengan kertas minyak.

7. Sapukan sedikit telur dan taburkan bijan. Rehatkan dalam 15 minit dan boleh la dibakar dengan suhu 170 C dengan oven yang telah dipaanskan dahulu selama 10 minit. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga berwarna keperangan.

fresh cream atau breakpast cream..sama je kat sni..utk sapu pada roti..rspi guna rspi pau 3S tu je..cuma xbuh baking bowder..

14 comments:

  1. Maz,
    nak tumpang santai sambil minum petang di sini ye Maz....alahai sedapnya!

    ReplyDelete
  2. Baru nak jamah karipap dah keluar krim puff....alahai express betul orang bahrain ni

    ReplyDelete
  3. Akak nk tumpang teabreak kat sini...teh o panas 1

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak maz..
    ya Allahhh.. lama betul tak ngendap blog akak ni. lepas akak lama tak aktifkan blog. alhamdulillah boleh lagi jenguk2 menu akak. syaa memang teringat puff akak tu. hehe..sedap nyer nampak. mmg cantik hasil air tangan akak.

    ReplyDelete
  5. msti sedap..rasa lemak2 dr fresh cream tu.. bahan2nya pun mudah.. nk tunggu rajin macam maz jer..

    ReplyDelete
  6. sedapnya puff tu kak...ada lagi tak? teringin nk mkn tapi malas nk buat..minta akak buat kan jer la yer..ekeke

    ReplyDelete
  7. Maaaaaaaaazzzz, nampak sedapnya puff ni ekss....nak tumpang makan jauh sgt kat Bahrain sana....adeeeii. Sedap merdu dgr sore ko dr Bahrain smlm...kita kalau cakap sejam pun x puas2 eh...hehehhee

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Maz
    Sedapnya nampak puff Maz ni...inti creammm yummm. kat sinipun diorg suka letak roti atau puff inti cheese tp tak kena dg tekak sb cheesenya masam.

    ReplyDelete
  9. maz nampak cantiknya puff tu ingatkan karipap lagi hehehe

    ReplyDelete
  10. salam kak maz...tak penah makan cream puff berinti cream ni...masuk list duluuu yerrr

    ReplyDelete
  11. Salam Maz,
    Kita datang bawa pastry puff tuna log nak tukar dengan fresh cream puff ni, agak2 ada lagi tak....klu tak ada alamat kempunan la jawabnya

    ReplyDelete
  12. cantiknya kejadian cream puff maz ni...akak save resepi ya..tapi lebih tergoda tgk karipap kat bawah tu mlm2 begini..makan dgn kopi o panas..sedapnya..

    ReplyDelete
  13. wah bagusnya..guna resepi pau tu ye kak...bila akak cakap baru saya perasan..hehehhe....boleh cuba nih..bakar yg paling senang tu..hehhehe

    ReplyDelete
  14. maz~my friends..
    mksih bnyk2 sdi luangkan msa mai jnguk kue kita ni..memang sdpp kna nga kopi O..nk buat pun senang bangat..cuma klu kat msia nk cri fresh cream/bkpes cream la yg susah..sni bleh bli kat kdai2 rncit je..wpun rsanya plain je..tpi kita sukee..lemakk gituu..

    ReplyDelete