Friday, November 13, 2015

Sekali Lagi..Es Teler

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), sama2 kita perbanyakkan baca doa ni, doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah jika bertemu dgn malam Lailatul Qadar..semoga Allah swt ampunkan dosa kita, dosa ayah dan ibu, dosa suami, anak2 dan insan yg kita sayangi serta muslim seluruhnya..bertemu lgi dipagi jumaat yg indah, amik masa skjepa la update dlu sblum kluar kjap lgi..Inysaa Allah bnyk jgk plan utk aktvti luar hri, cuti masak la klu hri minggu gini..ok la meh sejukkan tekak dgn minuman enak yg terkenal dri tanah seberang ni, dh kerap jgk duk buat esteler ni..semua sukaa! sedapppnya dgn rasa buah yg mcm2 tu..esteler ni buah avokado dan nangka mesti kena ada, kelapa muda dan buah kabung tu selalunya ada tempat yg letak, ada yg ganti dgn buah lain..maz guna nagka tin..airnya pun masuk sekali, walaaa sedap la terasa bau nangka tu..yg buat sblum ni xcampur air buah nagka tu, pastu kli ni guna susu pekat manis mcm yg mkn kat Padang..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan yg ada..

masa kat Padang hritu pun, sampai je terus ckp kat Pak Supir nk cri esteler dlu..sempat la rasa esteler kat 2-3 tempat rumah makan, esteler Rumah Makan Simpang Raya sedap, Lambun Ombak pun sedap..ilang windu kat esteler sana..abangngah dgn suami kata dh sama mcm rasa esteler simpang raya, Alhamdulillah atas segala nikmatNya..

ES TELER by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1 biji kelapa muda 
  • 1 biji buah avokado 
  • 1/2 tin nagka dan jusnya - boleh guna nangka segar
  • buah kabung - yang warna putih jernih, ada jual kat pasaraya, kat sini pun ada jual
  • nata de coca dalam sirap, amik buah je  - kalau guna yang biasa (putih) boleh masuk dengan airnya sekali
  • susu pekat manis secukupnya
  • sedikit ais ketul
Cara

1. Satukan air kelapa muda, sirap dari buah nangka dan susu pekat secukup rasa.
2. Masukkan semua buahan dan sedikit ketulan ais.
3. Untuk hidang, letak sedikit ketulan ais dalam gelas, tuang sedikit air (dari no 1) kemudian susun buah diatas secukupnya, letak serba sedikit buah yang diguna.
4. Tuang sikit susu pekat atas buah, sedia untuk dinikmati.

nak buat pun mudah sangat..klu npak ada buah kelapa muda mesti beli utk buat esteler ni, smlm pun beli lgi buah kelapa sbb nk habiskan nangka tin yg ada skit lgi tu..Inysaa Allah esteler lgi la esk lusa..

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete