Thursday, November 26, 2015

Tom Yam Kung (Tomyam Udang)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), maaf la klu asik menu sama je deh..tomyam dgn dapur ni rasanya xdpt dipisahkan, memang kerap sungguh la duk menunyam ni..kekdang tu xde idea jgk nk msak apa dgn udg, tpi bila tnya..jwpan yg akn dpt, buat tomyam..tu yg bleh kata 3-4x sblum buat tomyam ni, cuma xupdate selalu je..tghri tdi pun buat tomyam jgk..mcm biasa la klu buat tomyam santan memang xtinggal, sedap la tomyam yg masuk santan sikit ni..pastu daun ketumbar kena ada la kan, bru menyerlah rsa thai tu..sedapp, Inysaa Allah esk jumpa jumaat sekali lagi..sama2 kita baca surah Al kahfi, sunnah Rasulullah saw..paling tidak pun 10 ayat pertama surah, semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

TOM YAM KUNG (TOMYAM UDANG) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8 ekor udang - belah belakang, buat urat hitam
  • 2 sudu besar pes tomyam thai - maz guna pes dari thailand *
  • 2-3 cawan air *
  • 1/2 cawan santan *  
  • 2 batang serai - ketuk *
  • 2 inci lengkuas - hiris *
  • 1 batang saleri - potong serong *
  • 4-5 helai daun limau purut - koyak sikit
  • 1/2 labu bawang besar - potong 5
  • 1 biji asam limau - jika perlu
  • cili padi secukupnya - tumbuk sikit
  • daun ketumbar - mesti ada ni
  • garam, gula secukup rasa dan aji sikit
Cara

1. Dalam periuk masukkan semua bahan * dan masak biar mendidih dan saleri lembut sikit sambil dikacau sekali sekala.
2. Masukkan udang, daun limau, bawang besar, garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka, masukkan jus limau jika perlu, sebab setengah pes tomyam dah cukup masam, masak sekejap agar udang masak, tak perlu masak lama nanti udang jadi kecut dan tak segar. 
3. Bila nak hidang masukkan cili padi dan daun ketumbar.

dh msuk musim dingin ni lgi la kerap suami mintak tomyam ni..dia memang suka hirup kuah panas2 tu, maz pun suka klu msak lauk tomyam ni..skejap je kat dpur, pastu telur dadar tu mesti ada la selalunya sebgai lauk pelengkap..

No comments:

Post a Comment