Monday, December 7, 2015

Cheese Bun

Assalamualaikum w.b.t..'Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah)
lama jgk dh xkluar roti deh..sbbnya memang xde buat roti pun semenjak TERBUANG blade BM dlu, bkn sekli tpi dh 2x terbuang dlm tong sampah..adoiii! apa nk buat kecuaian sdrik, biasalah lepas buat keje tu rendam la dlu..pastu terus buang sekali dgn kulit bawang, plastik pembalut ayam nga entah apa lgi la..sedar2 cri nk guna xde, pastu mula la pening cari 1 dpur xde..hmmm, bru la ingat rupenya dh selamat kena kisar kat kwsan pelupasan sampah, dah lama tunggu oder blade baru xsampai2 lgik..kata service centre tu xde stok lgik kat Dubai..huhuu, roti ni uli guna blade tangan je la..kes xtahan tgk roti sana sni kat fb kwn2, bleh je guna tangan kan..cuma M tu yg lebih, ramai yg uli manual tpi roti cantik jgk kan..kli ni cuba respi dri Chef Anuar, dh lama sungguh simpan resepi ni..bru sampai masa nk try, resipi asalnya bun asas je..cuma maz buat cheese bun, jazakallahukhairan Chef atas resipi yg dikongsi bersama..maz jgk pernah oder kek coklat dgn Chef  ni skli lama dlu, amik dri Chef kat giant shah alam..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

buat 1/2 respi je, dpt 1a satu loyang tu..uli dgn tangan ni xlarat nk buat bnyk2, pastu xrajin mana nk buat roti tu sbb sni pun ada roti kan..jdi duk main beli je la..

CHEESE BUN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi Asal Bun Asas Chef Anuar
Bahan-bahan
  • 400g tepung roti (high protien flour) - maz guna allpurpose flour
  • 12g mauripan
  • 1gm bread improver (optional)
  • 6gm garam
  • 60gm telur (1 biji gred B)
  • 48gm gula castor
  • 12 gm susu tepung
  • 60g marjerin - maz guna mentega tanpa garam
  • 190ml air @ bergantung pada jenis tepung
  • cheedar cheese secukupnya 
  • sedikit gula pasir 
  • sedikit susu segar+pewarna kuning - untuk sapu pada permukaan roti (maz tambah)
Cara

1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air, gaul sebati.
2. Masukkan telur, marjerin dan air, uli hingga jadi doh yang elastik atau tidak melekat di tangan.
3. Tutup doh dengan tuala lembab/cling film dan biar doh naik 1x ganda.
4. Tumbuk doh sikit, bahagikan kepada beberapa bahagian kecil, atau timbang dalam 40g setiap biji, susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega, jarak dalam 1 inci dan rehatkan doh hingga kembang 2x ganda.
5. Sapu sedikit campuran susu segar atas permukaan roti, tabur sedikit gula pasir dan cheese secukupnya.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dengan suhu 190 C selama 15-20 minit atau hingga perang.
7. Sejukkan sepenuhnya atas redai.

Nota ilhamdapur : bila roti dah kembang 2x ganda, spray dengan sedikit air dulu kemudian baru sapu dengan susu segar, tabur gula dan cheese. Air tu jangan masuk semua sekali, mungkin berbeza keperluannya bergantung pada jenis dan kualiti tepung yang digunakan.
Untuk bahagi doh tu jangan main tarik gitu je, kena potong kemudian bulatkan.
Untuk proses kembangkan doh, panaskan oven dengan suhu paling kecil, maz guna 50C atau bergantung pada oven masing-masing kemudian letak doh dalam oven atau letak dalam kereta atau masuk dalam kotak dan letak kat panas, tip dari Chef.

rotinya lembut, gebus elok cuma maz rasa xmoist sangat..mungkin cara uli xbetul atau tepung yg maz guna, tpi terus licin masa tu jgk duk pakat cicah dgn milo..

4 comments:

  1. rindu bau roti yg sedang dibkar. apatah lagi ditaburi chese. wahh berganda selera nya.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete