Monday, March 7, 2016

Bawal Masak Stom Nyonya

 Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa yg penuh dgn makna..yang disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen. 
bertemu skli lgi, wpun dlm mood yg xberapa rajin..usaha la jgk utk update dapur suam ni wpun 1x shri, xthu la kemana menghilangnya semangat ku..kesian dgn ikan ni, menu hjung bln 11 lgik! lamanya duk peram..mujur lepas buat tu terus tulis resipi kat draft, ikan ni pun ilham dri yg maz mkn kat restoran Hj.Sharin Low kat seksyen 7, selain dri masak steam ni..goreng pun bleh dan guna sos yg sama, cuma utk versi goreng ni maz guna cili merah lebih..tu yg kuahnya warna merah, memang sedapp! suami dgn anak2 suka sangat, masa mkn dlu..pekerja jgk yg rekmen, dia kata ikan stom nyonya sedap, memang sedap sungguh! masakan ni xmuak sbb xberminyak..kuahnya ala asam pedas sikit, Inysaa Allah sampai bersama lgi dan maaf atas segala khilaf..

BAWAL MASAK STOM NYONYA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal - cuci bersih dengan air asam jawa, toskan
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 batang serai *
  • 1 inci halia *
  • 5-6 biji cili merah *
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • secubit serbuk kunyit
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji 
  • sayur - tomato, kacang bendi, nenas, kacang panjang, zucchini
Cara

1. Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit.
2. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air biar lumat.
3. Sediakan kuah dulu, panaskan 2-3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar sekejap.
4. Masukkan sayur yang jenis keras dulu jika guna, kecuali kacang bendi, tomato dan nenas.
5. Masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan sedikit air (dalam 1/2 cawan ke), masak biar mendidih lama sikit, kemudian masukkan sayuran yang dan masak sekadar sayur sedikit lembut dan perasa secukup rasa.
6. Padamkan api dan ketepikan dulu sementara nak goreng ikan.
7. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan hingga garing dikedua bahagian.
8. Sedia untk dihidang, tuang kuah atasnya, boleh juga tabur sedikit daun ketumbar jika suka dan 

Nota ilhamdapur : boleh guna ikan siakap atau ikan kerapu, sayur tu boleh masukkan terung juga sebab kat restoran Hj.Sharin Low masa maz makan time balik Msia haritu ada terung, kacang bendi dan nenas, tu maz letak apa stok yg ada, bahan kisar tu biar dapat dalam 1 mangkuk, maz tak goreng ikan dulu sebab nak makan ikan yang krup krap gitu, lagipun sedia kuah dulu biar rasanya sebati.

klu nk cuba kelain utk msak ikan, maz memang rekmen menu ni atau masak steam tu..sedap la! dgn ikan yg digoreng garing..adoii, rsa tercabar jgk semangat diet tgk lauk ni, siksa menahan keinginan mkn tu..

1 comment: