Wednesday, October 23, 2019

Turkish Flat Bread With Chicken Curry

Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
bertemu skli lgi, bun ni pon lama jgk kena peram dlu..buat masa lepas balik dri Balkan trip sbb serbuk kari ni guna turkish chicken curry yg beli kat Istanbul, sedappp! mujur la lepas buat tu terus tulis resipi dlm draf, klu tak memang xigattt dh!! ilham bun ni dri pastry yg ada jual dan biasa beli kat kedai turkish kat sni..mcm2 ada cuma tuan dapur ni bkn jenis rajin nk mengupdate dan bercerita, huhuhu..klu rajin bnyk bleh simpan buat kenangan kehidupan disni, pengalamam euro trip dan ke negara balkan yg lepas..tpi gitu lah, xberapa rajin mna nk memerah idea utk menulis..semoga kerajinan ni terus ada agar dpt update dapur maya ni utk hari2 seterusnya, Insha Allah dan sampai bersama lgi..mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

TURKISH FLAT BREAD WITH CHICKEN CURRY by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 100ml air suam
  • 50ml susu segar
  • 1/2 sudu besar yis 
  • 1/2 sudu besar gula kastor 
  • 1 sudu besar minyak zaitun 
  • 1 sudu besar butter lembut 
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara

1. Satukan air, gula, yis dan biar selama 6-7 minit biar yis aktif/kembang dan berbuih.
2. Dalam mangkuk pengadun (stand mixer) guna blade untuk doh, masukan tepung dan bancuhan yis sambil putar biar sebati.
3. Masukkan susu suam dan terus putar, masukkan minyak zaitun dan putar selama 4-5 minit, masukkan mentega, garam dan putar lagi dengan kelajuan tinggi selama 8-10 minit hingga doh berkilat.
4. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung semasa proses no 2 kerana jenis tepung yang digunakan mungkin berbeza, kemudian teruskan dengan cara no 3.
5. Masukkan doh dalam mangkuk besar, tutup dengan plastik wrap dan tuala dapur.
6. Perap selama 30 minit atau naik 1x ganda, kemudian tumbuk sikit buang angin dan timbang 30g.
7. Bentuk bulat dan susun dalam loyang, jarakkan 2 inci. Perap sekali lagi biar doh naik 1x ganda, kemudian tekan biar leper sikit dan letak kari ayam.
8. Panaskan oven 10 minit dengan suhu 170C, spray bun dengan air dan bakar selama 18-20 minit atau hingga masak/berwarna sedikit perang. 

Inti 
  • 400g isi dada ayam - potong kiub
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 labu bawang besar bombay - dadu
  • 1 sudu besar turkish chicken curry - maz beli masa kat Istanbul seperti dlm gambar tu @ boleh guna serbuk kari biasa
  • 1/2 biji lada benggala merah - potong dadu
  • 1/2 biji lada benggala hijau - potong dadu
  • sedikit gula dan serbuk pati jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan minyak, tumis sekejap bawang besar dan bawang putih sekadar layu.
2. Masukkan isi ayam dan serbuk kari, kacau biar sebati dan masak biar daging ayam bertukar warna.
3. Masukkan 1/4 cawan air @ secukupnya dan masak dengan api perlahan.
4. Masukkan lada benggala, kacau sebati dan perasa secukup rasa.
5. Masak hingga daging ayam lembut berderai/hancur dan kuah kering.
6. Padamkan api dan sejukkan sepenuhnya.


chicken spice ni beli kat kedai tepi jln sekitar Sultanahmed..ada bnyk kedai yg jual rempah ratus ni selain dri spice bazaar dan grand bazaar, biasanya kedai gini ada jual baklava skli..

yg kanan tu ottoman spice..wangi sngat..campuran italian herba versi turkish, bnyk kegunaan rempah ni..

maz guna dada ayam potong kiub pastu masak bersama serbuk kari ayam turkish, lada benggala merah dan hijau dan bawang besar..masak biar kering, klu buat cicah dgn lempeng pon boleh..

chicken curry dan lentil sup antara favourite dish yg selalu order..sdpp!

Istanbul kami dtg lgi..ni kat Sultanahmed atau main street depan blue mosque, Alhamdulillah dh 3x ke sini dan tetap xpernah jemu dgn kota indah ni, semoga ada rezeki utk sampai ke bumi Turki lgi..

2 comments:

  1. Thanks for this wonderful content and information. I found this website eventually. Really good inoperative. Searching the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!

    ReplyDelete
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete