Tuesday, July 13, 2010

Chicken Pepperoni Pizza

Assalamualaikum...layan pza la plak ye...dah lama jgk rasanya tak buat pza ni..xbuat sdri tu sbb duk main bli je..3 hri lepas pun memang dah layan pza hut kat IOI mall msa bwa anak2 jejln hri mgu..pza ni kita buat keesokkan hrinya plak..ptg ahad tu..anak bongsu kita mtak nk mkn pza lgi..nk yg mummy buat plak kata adik afiq...jdi kita pun godek2 la..buat pun skit je sbb mzrella cis yg ada pun xbnykak..dlm 2 cwn tpung rasanya..dpt la 1 bji ni dan 1 lgi saiz small pza tu..msa kat bahrain dlu memang kerap la kita buat pza ni sbb memang mknan kgemaran anak2..nk bli slalu xsngupp..mahal la weiii!!

utk doh ni kita bancuh mcm rspi yg biasa duk buat sblumnya...rspi dri Fatafeat channel..kita buat ni xde sukat2..main agak2 gtuw je...memang dri dlu lgi mcm ni klu buat pza...org malas..hehe...tpi memang tau..chef Mario Batali tu buat pun main tuang gtuw je...xsukat! jdi kita pun terikut2 la ni..hehe...
dah mskkk...lom ptong lgi ni!! sat lgi klu dah ptong tngal pngan jeee...

dah kna trik sptong..cpat2 sapa plak nk trik tu..hehe..memang cdp la klu buat sdri ni..leh buh mcm2..cis plak meleleh2..pastu mkn plak nga tabasco...walaaaaa..enak sngguh!! time rjin bleh la ckp mcm ni kan..bila dah malas tu..beli jgk le jwbnya....

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (tiada sukatan tepat)

  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula*
  • 1/2 biji capsikum hijau/lada bengala - potong kiub
  • pepperoni secukupnya
  • sedikit slice black olive - kalau takde, tak perlu letak
  • 1 keping isi ayam - gaul dengan sedikit garam dan garam, kemudian masak sekejap atas non-stick pan, balik-balikan agar masak sekata (tak perlu letak minyak) - potong nipis-nipis
  • mozarella cheese secukupnya - sagat halus
  • 1/2 tin kecil tomato puri (kita guna ayam brand) -bancuh dengan 1 sudu besar gula dan sedikit garam - sebagai sos pizza
  • daun oregano secukupnya - untuk tabur atas pizza (ada dijual dipasaraya atau kedai bakery - memberi rasa sbenar pada pizza)
Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan minyak zaitun, kacau sebati.

2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengantangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik, tambah tepung sikit-sikit je).

3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk-tumbuk sedikit.

4. Tabur sedikit tepung pada tempat nak canai dan canai bulat setebal 1/2 inci.

5. Sapu sedikit butter atau tabur tepung pada loyang pizza dan masukkan doh yang telah siap dicanai tadi.

6. Sapu sos pizza pada bahagian tengah doh biar sekata .Ambil cheese dan tabur sekeliling atas sos tadi (kita suke letak cheese banyak)

7. Tabur pulak bahan-bahan yang lain (toping - ikut pilihan sendiri nak letak apa). Akhir sekali tabur daun oregano dan renciskan sedikit minyak zaitun pada keseluruhan pizza sebelum dibakar.

8. Kita bakar dengan suhu 160 C selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven, boleh lah dipotong dan hidangkan segera. Siap...

7 comments:

  1. hihihi,tul tu kak maz..klu rajin mmg la, klu mls..hmmm order je la kan..sedap la homemade pizza nih..lawo lak tu

    ReplyDelete
  2. Hi Kak...my son said "WOW, Pizza" after looking at urs now! hahaha...dia mmg suka sgt pizza...;)

    Looks serious yummy lor!!!

    ReplyDelete
  3. cantik la pizaa tu, tergoda mas tengok..

    ReplyDelete
  4. klu gtu k.maz dah taraf Mario Batali la nih??! perghhh class k.maz! bravooo! tp mmg nmpk mengancam pizzamu iteww!!

    ReplyDelete
  5. wanna try this resepi la..

    weeeeee~~~

    ReplyDelete
  6. salam kak..nak tanya buat kulit pizza ni..camne sukatannya..selau wat pizza sendiri..tapi kulit tu x berapa jadi..keras sikit...

    ReplyDelete
  7. ~to teman-teman..
    mksih ye sdi tnggalkan komen...hargai sngat2..

    ~matahatijiwa..
    kmaz dah jwb prtnyaan matahati kat blog matahati ye..harap dpt membantu...yg pnting sukatan yis tu kena sesuai utk sukatan tpung yg digunakan...dah doh yg diuli mestilah lembut..tidak keras..selamat mencuba...rspi pza ni ada kat label piza ye...

    ReplyDelete