Tuesday, August 24, 2010

Nasi Kerabu & The Geng

Assalamualaikum..stelah agak lama jgk xbuat nsi krabu sdri..mka pgi sbtu wken lepas kita mrjinkan dri utk mnydiakan set nsi krabu n the gengnya..sblum ni xbuat tu bkn apa..xsbb anak2 smua xmkn..yg mkn kita sorang..sdgkan nk buatnya remeh jgk..sbb bnyk bnda nk kna sdiakan..jdi tu yg mls nk buat..bak kata Cik Mat..mau smpai trtdur kat dpur tu nk siapkan smua ni..takpe Cik Mat sabar ye..kmaz nk hlur pun jauh bnar..klu dkat2 mcm Mama ku ituw..memang dah smpai pun..Mama pun ckp cdppp...ni juadah brbuka kita hri sabtu lepas lgi..biasa la n3 kita smua yg dah lepas2 gtuw..buat ni pun sbb klrga adik2 kita mtak buatkan..smua nk dtg brbuka kat umah..biasa la hri mgu memang brkmpul umah kita..sbnranya xde la susah mana nk buat nsi krbu ni..cma bnyk krje la skit..tpi klu nk rngkas dan mls..xpyah la buat lauk2 smping yg lain tu..tpi kita ni klu buat benda nk kna ckup syarat..bru puas hti nk mkn..hehe..kita memang buat lebih la sbb nk bgi pda jiran skli..

ni ler antara bhn2 utma utk nsi krbu..dan rmai yg pkir 10x nk buat nsi krbu ni sbb mls nk sdiakan benda ni ler..hehe..nsi krabu ni rspi trun tmurun klrga blah Ma kita..nenek kita dlu2 memang brniaga jual nsi krabu ni..ckup trkenal la klu kat kpung kita tu..bkn skejap tau..brpluh2 thun..ada la dlm 30 thun..jdi smua anak2 dan cucu2nya memang pndai le buat nsi krabu ni..

antara pnyedap hidngan nsi krabu kita..ada 2-3 jnis lauk smpingan..ayam goreng..keropok..bleh jgk sdiakan dging bakar..solok lada dan sbgainya..ikut slera la kan..

ni plak ikan celup tepung..krup krap gtuw..klu nk buat ikan celup tepung kna gna ikan sardin/selayang yg saiz kecil je..bru sdpppp dan comel gtuw..rspi bncuhan tpung ni kita gna sma mcm bncuhan greng psang sblum ni..bleh tgk SINI ye..cma tkar psang dgn ikan je..

sterusnya tlur masin/asin..smua pkat mkn tlur merah je..yg ptih xde peminat..masin!! hehe..sukatan kat bwah ni kita agak2 je ye..kita xde sukat2..lgipun yg ni kita buat bnyk..sktan kat bwah kita dah ejus sesuai utk 1 klrga..

Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan (resipi anggaran)

- Sambal Kelapa -
  • 1/2 biji kelapa parut - digoreng dengan API PALING KECIL dengan dikacau dan balikkan selalu sehingga garing keperangan (proses ni memang mengambil masa yang lama dalam 40-50 min). Jangan guna api besar, nanti kelapa akan cepat menjadi kehitaman tapi belum garing/masak sebaiknya.<>
  • 5 ekor ikan sardin/selayang atau kembung saiz sederhana - cuci bersih dan direbus dengan 3 keping asam keping, 1/2 sudu besar gula, nesan/gula melaka/gula karek sebesar ibu jari, 1/2 sudu kecil garam dan sedikit aji (rebus macam nak buat kuah laksa tu, buang air dan sejukkan kemudian asingkan tulang.Ketepikan
  • 3 batang serai- mayang nipis-nipis *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 sudu kecil lada hitam *
  • nesan/gula melaka/gula karek sebesar ibu jari
  • gula, garam dan aji secukupnya
  • sedikit asam limau
Cara:

1. Dalam lesung tumbuk sehingga lumat/hancur dulu serai, kemudian baru tumbuk lada hitam, diikuti dengan halia, nesan/gula melaka/gula karek. Akhir sekali baru tumbuk bawang merah hingga hancur. Kemudian masukkan gula (dalam 3-4 sudu besar) garam (dalam 1 sudu kecil) dan 1/2 sudu kecil aji) sukatan ni maz agak-agak je ye, kena sesuaikan sendiri rasanya sebab maz tak sukat. Tumbuk sehingga sebati dan gula hancur (kalau guna pengisar, kisar semua sekali, tapi maz tak pernah guna pengisar sebab guna batu lesung lagi sedap, serai tu pecah sebati.

2. Angkat kuali kelapa goreng tadi, ramas-ramas sikit kelapa tu, kemudian masukkan perencah diatas dan gaul guna hujung jari sehingga sekata dan rasa agar ada rasa manis dan masin yang seimbang (kalau tak cukup rasa, tumbuk sikit lagi gula/garam dan gaul dalam kelapa tadi). Masukkan dalam bekas dan ketepikan dulu.

3.Ambil ikan yang telah diasingkan tulang tadi, ramas guna hujung jari bagi hancur/berderai. Dengan menggunakan kuali yang sama (goreng kelapa tadi) masukkan ikan dan goreng dengan api perlahan sehingga sedikit kering dalam 3-4 dengan dikacau balik selalu (tujuannya agar isi ikan kering dan tidak basah, nanti cepat basi)

4. Ambil kelapa yang telah siap tadi, masukkan dalam kuali ikan pulak dan gaul sekata agar sebati ikan dan kelapa dengan senduk atau tangan. Kemudian masuk balik dalam bekas dan perah sedikit limau nipis diatasnya.Siap

- Nasi -
  • 2-3 cawan beras (maz guna beras wangi)
  • beberapa titik pewarna biru (kalau ada bunga telang,guna air dari bunga tu)
  • 5-6 helai daun limau purut
  • air secukupnya - ikut sukatan beras masing-masing

Cara : Satukan semua bahan dalam periuk dan masak seperti nasi biasa (wangi daun limau purut tu semerbak 1 rumah nanti)

- Air Cili/Sambal -
  • 15-20 biji cili padi merah dan sedikit hijau
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1-2 biji limau nipis - amik airnya
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 labu kecil bawang besar - hiris nipis-nipis
  • 1/2 sudu kecil aji
Cara: Masukkan semua bahan-bahan dalam pengisar dan kisar sedikit kasar (maksudnya jangan hancur sangat). Masukkan dalam mangkuk dan perah asam limau. Perasakan agar ada rasa manis dan masam yang menyerlah. Akhir sekali letakkan bawang besar yang dihiris nipis-nipis. Siap

- Budu -
  • 4-5 sudu besar budu (maz guna cap ketereh)
  • 1/4 cawan air
  • 3-4 helai daun limau purut
  • nesan/gula melaka/gula kerek sebesar ibu jari
  • 1 potong limau nipis
Cara: Satukan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga nesan hancur dan mendidik dengan api perlahan. Padamkan api dan masukkan dalam mangkuk. Akhir sekali perah sedikit saja limau nipis. Siap

- Ulaman -
  • 1-2 kuntum bunga kantan - dihiris nipis-nipis (mesti ada baru nasi kerabu sedap)
  • 4-5 batang kacang panjang - dipotong nipis-nipis
  • kobis secukupnya - dihiris nipis-nipis
  • sedikit daun kesum - dimayang halus-halus
Cara: Satukan semua bahan ulaman dan gaul sebati. Siap

- CARA MENGHIDANG -

Sendukkan 1 senduk nasi dalam pinggan, ratakan kemudian curahkan 1 sudu makan (sudu yg duk gna kat dpur tu) budu keseluruhan nasi. Kemudian letak pula 4-5 sudu makan sambal kelapa keseluruhan nasi, diikuti dengan segemgam ulaman. Akhir sekali sudukan 1-2 sudu makan air cili/sambal. Siap untuk dinikmati bersama dengan lauk sampingan yang lain seperti ayam goreng/keropok/ikan celup tepung/daging bakar/telur asin/solok lada jika ada (kalau tak cukup masin, pedas, sambal kelapa atau ulaman, boleh la ditambah ikut selera). Selamat Mencuba...

NOTE : Nasi kerabu yang sedap adalah bila dimakan tidak rasa bersepeh atau kering. Sebaliknya lembab dan lembut. Nasi kerabu kering kerana nasinya yang tidak lembut, ulamannya dihiris kasar-kasar, sambal kelapa yang tidak cukup garing. Untuk mendapatkan nasi kerabu yang enak dan lembab, ulaman kena dihiris nipis-nipis (kalau boleh jgn guna taugeh, ni yang buat nasi kerabu rasa bersepah bila dimakan, orang berniaga guna taugeh sebab taugeh murah), sambal kelapa yang lembab dan budu yang dimasak (boleh letak lebih sebab tidak terlalu masin). Ini pendapat dan citarasa maz la, apa-apa pun terpulang pada citarasa masing-masing.

5 comments:

  1. Salam Kak Maz...

    Kak Maz ni biasa dia tau... pagi2 tunjuk Nasi Kerabu.

    Sedaknyer Nasik Kerabu Ite...

    ReplyDelete
  2. salam kak maz..wah...ada nasi kerabu la...mas selalu makan nasi kerabu, kawan mas jual ...sedap sangat...nk buat tak reti, maceh yer kak sudi kongsi resepi nasi kerabu, mana tahu nnti2 terasa nak buat..terliur dah ni tengok nasi kerabu akak tu...sedapnya...

    ReplyDelete
  3. Salam Maz...wah walaupun banyak masa nak menyetelkan bahan2nya..berbaloi sbb buat sndirik..lih makan puas2..hu hu

    ReplyDelete
  4. Salam kak maz,
    Betul3x... geng2 nasi kerabu tu la yg buat saya malas nak buat. kihkih. kak maz ni rajin sangat la. hu, ni yang geram nak buat jugak ni. Esok2la cari kelapa parut. ;)

    ReplyDelete
  5. Sedapnye..Saya paling suka makan nasik kerabu + solok lada + budu + sambal pedas2 + daging bakar + telur masin.

    Nikmat

    ReplyDelete