Sunday, April 12, 2015

Sekali Lagi..Miang Kham (Thai Leaf Wraps)

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..dh lewat ptg baru ada kesempatan nk update blog hri ni...biasanya gtu la...klu 1st day of the week tu mcm kelab kabut je...masih lgi dgn menu ulang tayang...menu sawadikappp...skrang ni dh ada blik daun kadok ni kat asian store...dtg dri thailand...kata org yg jual tu dh masuk musimnya...setahu maz daun kadok ni xde musim kan...ada je spanjang thun...mungkin xde daun baru la kut deh...klu duk amik selalu memang kena tnggu berpucuk semula la...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala khilaf...

sos manis ni la yg buat penyedapnya...utk buatnya kena guna thai palm sugar...kat asian store tu ada jual nisan siam ni...

Miang Kham @ Thai Leaf Wraps by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Sos Manis
  • 120g thai palm sugar @  (nisan putih - seperti dalam gambar)
nisan putih (thai palm sugar)
  • 2 keping hirisan halia
  • 1 sudu kecil udang kering thai (seperti dalam gambar, yang warna oren)
  • sedikit air (dalam 1/2 cawan)
  • sos ikan (nampla) secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat halia dan udang kering.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali sos ikan. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih lama sikit.
3. Masukkan sos ikan secukup rasa, masak lagi biar mendidih atau renih biar lama sikit. Padamkan api (sos akan menjadi pekat bila dah sejuk sikit, air tu agak-agak la ye, jangan banyak sangat, maz tak sukat pun sebenarnya, sos ni pekat mcm susu pekat gituw, kalau tak pekat tambah je sikit lagi nisan tu dan masak semula biar mendidih, rasanya memang manis sebab nak seimbang dengan rasa bahan lain).

Bahan Lain
  • daun kadok secukupnya
  • limau nipis
  • halia muda
  • cili padi merah/hijau
  • kacang tanah yang digoreng
  • bawang merah
  • udang kering thai
  • kelapa goreng - hiris halus kelapa dan goreng hingga perang tanpa minyak (bukan kelapa parut ye)
Cara : Ambil sehelai daun kadok, letak sikit setiap semua bahan, masukkan sos manis secukupnya. Bungkus sikit dan kunyah. Sedappp sangat.

cara utk menikmati salad daun kadok ni...letak semua sikit-sikit bahannya...sesambil duk mkn tu brckp jgk dgn suami, heran sbb ada 7 jenis smua bahan lain xtrmasuk sos manis tu...sapa yg cipta cara mknnya ni...

anak2 pun dh reti mkn salad daun kadok ni...memang sedapp...pas sehelai2 nk msuk mulut...bila kunyah tu terasa halia sikit...pedas cili...lemak kacang goreng dan kelapa...memang unikk la rsanya..

2 comments:

  1. As salam Maz ,

    dah lama teringin nak buat Miang Kham ni.Insyaallah beleh try resepi maz ni nnt. Tq ya..

    ReplyDelete
  2. Bawang tuh kalau potong dadu lagi menarik rasanya kot.semua jadi dadu..haha

    ReplyDelete