Wednesday, September 7, 2016

Bilis Tamban Goreng Tepung Pedas

Assalamualaikum w.b.t
You will be rewarded for the handfull of food you put in your wife's mouth - Prophet Muhammad (Sahih Al-Bukhari)
besar ganjaran utk seorang suami..byangkan berapa kli shri mknan masuk mulut isteri dan anak2, semoga suami kita sentiasa dlm lindunganNya, dikurniakan rezeki yg ckup, berkat dan ucap lah jazakallahukhairan bila suami beri sesuatu pda kita..kerana ucapan ini adalah satu doa utk suami, ikan tepung ni plannya nk update mlm tdi..tpi xsempat, lauk minggu lepas..ikan yg lebih timbang utk buat keropok lekor tu maz goreng tepung ni buat lauk, suami siap meratah lgi..sedapp katanya, ikan kecik dan tulang pun halus..kunyah gitu je, lauk ikan ni saja dgn nasi panas pun jdi dh deh! InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

perap dlu sekejap dengan serbuk cili, serbuk kari, garam dan bahan tumbuk biar sebati dgn ikan..

 gaul dgn tepung biar tebal sikit dan sedia utk digoreng garing2 dlm kuali..

BILIS TAMBAN GORENG TEPUNG PEDAS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g bilis tamban - gunting buang kepala dan perut
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam/serbuk pati ikan bilis @ aji jika suka
  • tepung serbaguna/tepung gandum secukupnya
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara

1. Cuci ikan dan toskan, tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Gaul ikan dengan semua bahan kecuali tepung dan perap selama 1 jam atau lebih.
3. Panaskan minyak secukupnya, gaul ikan dengan tepung biar bersalut tebal.
4. Masukkan ikan satu-satu dalam minyak agar tidak bertidih, goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan.
5. Boleh la dihidang bersama nasi putih ketika masih panas.

ralik mkn ikan kecik ni, mkn dgn pulut gaul kelapa ganti ikan masin pun sedap ni..klu ada lagi ikan ni bleh la beli plak, minggu lepas xprgi pasar..maz pergi pasar besar, xjauh pun dgn rumah..dlm 15-20 minit, pasar kat sni  dlm bangunan bertutup dan ada ekon rsanya sbb masuk dlm pasar tu xpanas..lalat pun xde, pasar daging bangunan lain..tempat sayur plak lain, cuma jarang pergi pasar sayur sbb duk beli kat pasaraya je sayur..

No comments:

Post a Comment