Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
agak awal bersiaran pgi ni..kat sni pkul 6 tu matahari dh tinggi, ketam ni lauk sbln lebih dh jgk..kerap jgk duk masak seafood smjak lepas rya puasa hritu, bkn apa sbb dh xde lauk lain dlm peti tu selain ayam..ikan jarang beli sngat sbb kurang sambutan, pastu klu ayam plak duk masak mcm biasa je sbb afiq susah sikit cara mknnya..jdi bila dh boring tu masak udang atau ketam la, ketam ni ada org jual dekat rumah setiap ptg..pasar bsar maz pergi 2 minggu skli, klu kat pasaraya xbeli sangat ikan ni sbb xde pilihan..ada yg berkenan bru beli, daging pun suka beli kat pasar senang bleh pilih..ketam bercili ni lebih kurang je mcm yg buat sblum ni, cuma ni masuk pes cili thai dan thai sweet cili sos..tu yg jdi ketam bercili thai, sedap hingga jilat segala kaki tangan ketam! ketam pun isi penuh, klu dpt ketam segar masak apa pon sodap deh..nk beli ketam, pilih yg berat gitu bru bnyk isi..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..
guna pes cili thai ni, kat Msia pun bnyk jual..ni beli kat asian store, pes tomyam pun ada juga brand ni..sni barang siam gini bnyk, sos pun mcm2 ada..
KETAM BERCILI THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 2 ekor ketam saiz besar - kerat 2
- 1/2 labu bawang besar bombay *
- 1 ulas bawang putih *
- 3 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar pes cili thai (maz guna mcm yg dlm gambar tu)
- 2 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos manis thai/apa-apa sos pencicah
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit gula dan aji jika suka
1. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ketam sekejap biar separuh masak, angkat dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *, dengan kuali lain panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk biar wangi dan bawang masak sikit.
3. Masukkan cili kisar dan tumis biar pecah minyak, masukkan pes cili thai.
4. Masukkan semua sos, sedikit air, gula, aji jika guna dan sebatikan.
5. Masakkan ketam, masak sambil tutup kuali biar ketam masak sekata dan balik sekali sekala.
6. Garam maz tak letak sebab dah masuk sos tiram dan masin dari air ketam dah cukup.
kerap jgk la smjak sblum puasa hingga lepas raya hritu duk beli ketam ni sbb geram tgk besar2 la..wpun xberapa nk beli sangat bila teringat bercinta depan meja time nk mkn tu..abangngah memang suka ketam ni, tpi dia xreti nk buat sdrik..suami pun sama, segala kaki tangan tu kita la yg kena habiskan..
No comments:
Post a Comment