Monday, October 14, 2019

Fudgy Cheese Brownies

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
 sama2 kita amal baca selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati, dicukupkan rezeki dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
bertemu kembali, ada 3-4x bijik kek lgi dlm folder tu yg menunggu..mcm biasalah keberatan nk menaip ditambah dgn masa yg rasa mcm xckup je slalu, mlm ni layan brownis kedut lapis cheese, Alhamdulillah semua dgn izinNya..sbnarnya sblum R&D bronis lapis cheese ni dh ada buat 3-4x yg versi kedut biasa tu..cuma xsempat nk update kat sni lgi yg tu, tkpe n3 yg ni dlu lah ye..utk lapisan cheese tu maz guna cheese spread yg 3 segi kecik2 tu je, guna 2 kotak..tpi klu guna cream cheese biasa tu lgi sedap lemak berkrim! Insha Allah semoga ada waktu bersama lgi dan harap maaf atas apa yg tidak sempurna..

rsanya ramai yg setuju gandingan bronis yg penuh dgn rasa coklat dan cheese memang ckup serasi! pasti susah nk stop bila mengunyah..

FUDGY CHEESE BROWNIES by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 170g coklat masakan * 
  • 90g mentega *  
  • 100g tepung gandum 
  • 3sb serbuk koko 
  • 1/2sk baking powder 
  • 150g gula halus 
  • 2 telur gred A
  • 1sk vanila 
  • 1/2 sk garam 
  • coklat chip untuk tabur/almond slice - optional
Lapisan Cheese
  • 250g cream cheese, suhu bilik - maz guna cheese spread 3 segi tu je (it's better guna cream cheese biasa tu untuk rasa yang lagi sedap)
  • 1 biji telur
  • 70g gula halus
  • 1/2 sk essen vanila
- Putar semua bahan lapisan cheese hingga sebati

Cara

1.  Sediakan loyang 8@9 inci yang dialas kertas baking, panaskan oven suhu 150 C.
2.  Double boil bahan bertanda * biar coklat cair (maz masuk dlm microwave medium heat 1 minit).
3.  Dalam bekas lain, satukan gula+telur dan putar dengan kelajuan paling rendah saja biar gula larut sepenuhnya, jangan sampai kembang ya atau boleh guna whisk.
4. Satukan no 2 dengan no 3, kacau sebati kemudian masukkan bahan kering (ayak dulu), kacau sebati dengan senduk kayu atau spatula.
5. Tuang separuh dari adunan dalam loyang dan ratakan, kemudian tuang semua lapisan cheese dengan perlahan dan ratakan dengan sudu atau spatula.
6.Tuang baki lapisan brownies sekali lagi, ratakan secara perlahan agar tidak bercampur.
7. Hentak dulu sikit loyang 3x jarak dalam 1 inci dari top.
8.Bakar selama 30-35 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing, padamkan api dan buka pintu oven sikit biar kek dalam oven dulu selama 7-10 minit.
9. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong, kek ni lagi sedap jika dibiar semalaman dalam peti tapi kalau nak makan terus pon boleh.

guna cheese spread yg ni, maz sarankan guna cream cheese philadelphia atau tatura..

ni snap kek yg dh smlman dlm peti, xsempat nk snap masak kek bru masak sbb nk keluar, jdi msuk je kek dlm peti dlu esknya bru snap tu yg kedutnya pon dh retak 1000..

1 comment:

  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete