Tuesday, December 13, 2011

Frozen Yogurt Berry

Assalamualaikum..pepagi dh kluar eskrimm..sbnarnya kat sni tgh fofular nga dssert ygurt mcm ni..prnah bli la..ada 3-4 flvor buahan mcm ni..ada nama pinkberry n yogaberry..mkn nga toping fresh fruit..tpi agak mahal la..1 bks kcik pun dh 2 dinar..klu kat msia mcm tutti fruitti la kan..jdi ni kononnya nk tiru ala2 yg kat kdai la ni..hehee..wpun kita pnye xde la smooth mcm yg jual tu..tpi xkisah la ye..gbungan whip cream nga ygurt n fresh fruit..walaa enaknyaa..rsa masam manisnya buat xnk stop msuk mulut..memangg sedappp..nama berry tu sbb guna buah ceri dan stberi..jdi digbungkan la..senang kan..hehee...

klu nk senang rsanya bleh je frozenkan minuman yogurt nestle bliss yg ada jual kat msia..rsanya lebih kurang kut..smpai dh cair eskrimm ni kena posingg..

Frozen Yogurt Berry by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 bekas yogurt asli (170g)-plain yogurt @ boleh guna yang berperisa ikut buah yg digunakan
  • 150ml whipping cream
  • 10 biji buah ceri segar @ boleh juga guna buahan lain
  • 4-5 biji buah strawberi segar @ boleh juga guna buahan lain
  • 3 sudu besar gula
  • 4-5 sudu besar madu @ boleh juga guna susu pekat manis
  • secubit garam
  • sedikit lemon jus - optional
Cara

1. Masukkan buah dalam periuk bersama 2-3 sudu besar air dan 3 sudu gula tadi. Pecah-pecahkan sedikit buah, keluarkan biji ceri dan panaskan sehingga buah lembut. Sejukkan sekejap.

2. Dalam bekas yang sesuai, putar semua bahan hingga sebati dalam 4-5 minit (rasa la ye manis secukupnya, tambah madu lagi jika kurang manis).

3. Masukkan dalam bekas yang boleh ditutup dan simpan dalam sejuk beku sehingga keras dan sedia untuk dihidangkan. Boleh juga dinikmati bersama buahan segar.

memang sdpp sjukkan tekak klu cuaca pnas..sni cuaca dingin pun leh layan jgkk nga eskrimm yg enakk ni..

13 comments:

  1. Assalam kak maz cayang,nih sy mai ni nak ngendeng eskrim yogurt akak tuh,sedapnyer,ala2 tuty fruity,kalo t/f,maunyer berpuluh hengget kalo amk mcm2..

    ReplyDelete
  2. Omaaaakk oiiii..kejiiinyaa tayangan dr Bahrain nih... Kat Kuantan tgh hujan sejuk beku...mau dgn gigi2 akak beku kalau makan nih... Maz, menggoda tul la eskrem ko nih!

    ReplyDelete
  3. salam kak maz...sedapnya tengok..sini buah berry ni mahal rega dia...susah jugak nak jumpa...bestnya dpt makan yg fresh..:)

    ReplyDelete
  4. salam kak maz....Liza dah dtg nk mkn ni...xkira la cuaca sejuk ke panas ke, nk mkn jugak....hihihihi

    ReplyDelete
  5. Maz.
    ado laie tak buah ceri tu.walaaa mengudda sungguh.tak cukup secawn tu..cantik laa.owh guna yogurt nestle tu boleh yer..nnti nak try..buah ajer tak de..tak sama lak ghase..hihihihi

    ReplyDelete
  6. Salam rindu maz.. byknya menu yg dah terlepas ...buzy sikit sejak akhir2 ni.. nk BW pun tk sempat.. huuu... sedapnya tgok aiskrim yougrt ni.. warnanya pun sgt myelerakan..

    ReplyDelete
  7. Assalam kak Maz...sedapnye frozen yogurt berry nie...D rasa klu buat sdiri berbaloi kan...nyummmm

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Maz

    kat sini sejuk sgt tp bila nengok ais krim Maz tu rasa nak scoop je dg sudu...

    ReplyDelete
  9. salam winduu di angin lalu kak Maz...wahh sedapnya ice cream tu tapi baru jer baik demam ni haha...sejuk beku kat sini tak leh mkn ais la kak.tapi kalau ada dpn mata belasah jer..hehe

    ReplyDelete
  10. As'salam Maz


    Pagi2 datang terhidang frozen yoghurt ya..ala2 aiskerim. gigil k.ct sekejap, maklum lah sejuk bumi KL Maz..hehehe

    Rajin betul Maz ya, kalau k.ct nak makan ni memang tak cukup ni Maz ..hehehe

    ReplyDelete
  11. Assalam Maz,
    waduh cuaca panas kat sini, kalau dapat segelas ni jadilah maz..
    ni akak bawa kuih ..talam roti lapis..rasalah ya..jauh perjalanan naik flight..hehe

    ReplyDelete
  12. maz~my friends..
    tqvm sdi snggah..tpi memang enak laa..nti leh wak lgii..kita suke masam2 manis mcm ni..

    ReplyDelete
  13. Salam. Sedapnya .. rajin Kak Maz pelbagaikan menu.. semuanya nampak sedap2 belaka.

    ReplyDelete