Thursday, June 28, 2012

Popia Nestum...Sekejap Je Licin..Sedapp..

Assalamualaikum..wpun npak ringkas je..tpi sedapp sngat..skejap je licinn 1 bekas nii..nk buat pun teramat la senangnya..gunting2 je..cuma perlukan kesabaran skit jee utk leraikan kulit popia tu..buat smbil tgk tv pun bleh..pastu msuk dlm kuali..balik-balik dah bleh angkat..sbnranya ni dh kli ke 3 buat popia nestum ni..cuma bru brksempatan nk tepek kat sni..sbb tu la pic kli ni pun berbeza2..hehee..popia nestum ni dapat dri dan versi ummi Rayyan..adik ipar maz..mkn kat rmah dia la sblum ni..pstu blik rmah buat sdri la plak..mksih Ana jamu Kak Long dgn snak Rayyan ni..

memang xnak stop mengunyah..lemak manis..tngok2 dah kosong balang tu..smjak dua mnjak ni dlm peti tu ada je kulit popia yg dh siap dilerai dlm tware..senang bila nk mkn goreng je..klu ada tetamu mengejut pun bleh je sdiakan snak yg ringkas ni..

Popia Nestum by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 peket kulit popia - letak kat luar dulu sekejap biar lembut senang nak leraikan
  • nestum keluarga secukupnya
  • gula halus secukupnya
  • susu tepung secukupnya
  • sedikit garam
  • minyak untuk mengoreng

Cara

1. Kisar halus 4 cawan nestum keluarga, masukkan dalam bekas besar. Kemudian campurkan dengan 8-10 sudu besar gula, 4 sudu besar susu tepung (maz guna nespray cergas) dan sedikit garam. Kacau sebati dan rasa agak cukup manis dan lemak sedikit garam. Boleh tambah gula jika kurang manis. Ketepikan.

2. Potong memanjang kulit popia dalam anggaran 1 inci, kemudian gunting kepada saiz kecik-kecik seperti dalam gambar atau ikut citarasa. Kemudian leraikan/buka satu-satu dan masukkan dalam bekas. Bila goreng kulit popia tidak akan melekat.

3. Panaskan minyak dalam kuali (seperti nak goreng pisang), kemudian masukkan 1-2 gengam kulit popia yang telah siap dilerai tadi sambil dikacau balik selalu agar masak sekata dan tidak melekat.

4. Goreng sehingga kekuningan dan sedikit perang dengan api sederhana. Angkat dan toskan, kemudian masukkan dalam nestum yang telah siap digaul tadi. Dengan mengunakan sudu kacau balikkan agar kulit popia sebati dan bersalut dengan nestum. Bancuhan nestum ni kalau lebih boleh la disimpan atau kurang boleh ditambah lagi (maz tak sukat sebenarnya, main agak-agak gitu je).

5. Masukkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dinikmati. Siap..

6. Kalau tak habis digoreng boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti.

tgk gmbar n3 ni pun rsa nk mknn lgii..pasni nk smbung greng lgi yg dah siap lerai dlm pti tu..kwn2 jamu mata la dlu ye..klu ada yg brkenan nti bleh la ke kdai cri kulit popia..popia nestum dah msuk list utk kuih raya thun ni..sukaa..sdappp..xmuakk..

Monday, June 25, 2012

Vanila Panna Cotta With Blackberry

Assalamualaikum...bertemu skali lgi dipagi ini..skli skala timbul la jgk kan..ikut msa dan kelapangan..tpi kira ok la tu dri dpur ni tenggelam terussss..pgi ni layan dsert omptih ni la plak..wpun cntik dipandang..enak dimkn..tpiii xde smbutan..itu la hakikatnya klu buat puding atau pun yg seangkatan dgnnya jenis yg lembik2 mcm ni..sma la jgk klu buat agar2 pun..xde yg minat..last2 sndri la yg kena hbiskan..sbb tu la buat skit bnar..1 cawan susu je..tu pun 2 hri duk lam pti bru hbis..panna cotta ni maz cuma ubah skit rspi honey puding sblum ni..dan buat 1/2 rspi je..

ramekin ni sbnarnya saiz kecik je..ckup2 je dgn scwn susu utk 3 bks ni..

Vanilla Panna Cotta With Blacberry by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (3 ramekin kecil)
  • 125ml susu segar
  • 75ml whipping cream
  • 2 sudu besar madu @ gula pasir (boleh tambah atau kurang)
  • 1 sudu besar gelatin
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • secubit garam
  • blackberries secukupnya - atau boleg guna buahan lain
  • 2-3 sudu besar air panas mendidih
Cara

1. Satukan air panas dan gelatin, kacau agar gelatin larut sepenuhnya (maz panaskan dlm microwave selama 5 saat). Ketepikan.

2.Dalam periuk, panaskan susu segar dengan api perlahan sehingga sedikit panas, kemudian masukkan gelatin yang telah larut tadi dan kacau sebati.

3. Masukkan whipping cream, vanilla, garam dan madu (suaikan la nak manis macam mana). Kacau agar semua sebati. Padamkan api.

4. Tuang dalam bekas/ramekin dan biarkan keras dalam petiais sekitar 4-5 jam. Kemudian boleh la dihidang bersama buah blackberi. (utk sos tu masak 5-8 biji buah blackberi bersama 1/4 cawan air dan 1/2 sudu besar gula sambil ditekan2 buah sehingga berbuih dan keluar jus dari buah, kemudian sejukkan dulu agar sos jadi pekat).

buat sos skit..jdi bila msuk mulut tu lgi sdpp rsa panna cotta ni..sbati dgn sos dan manis buah blackberi...

cuaca pnas2 ni memang kena sngat dgn puding sjuk ni..tpi bgi tekak melayu ni..maz lgi suke agar2 merah atau ijau yg tmpat knduri tu dri desert omptih ni..

Monday, June 18, 2012

Kuih Cara Berlauk

Assalamualaikum..kuih yg dah lama terperam..berat bnar rsanya nk buat n3..tpi dipaksa la jgk diri ni..kuih ni buat utk bawa ke rumah seorang kakak msa mesyuarat bulanan kami bln lepass..

Kuih Cara Berlauk by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna kuning
Inti
  • 1 cawan daging kisar segar
  • 1 labu kecil bawang besar - didadu
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar serbuk kari + sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun sup dan cili merah secukupnya - dihiris
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Untuk Inti  - Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga layu, kemudian masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih dan kacau sebati. Masukkan serbuk kari dan masak sekejap.
2. Masukkan daging dan bawang besar. Kacau hingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan sedikit air. Perasakan secukup rasa dan masak sehingga sedikit kering. Siap dan sejukkan.
3. Untuk Kuih Cara - Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
4. Panaskan acuan kuih cara dan sapukan sedikit minyak (guna api perlahan), kemudian masukkan bancuhan kuih cara, masukkan inti, tabur daun sup dan cili merah. Tutup dengan tudung periuk dan masak selama 2 minit atau sehingga masak (bahagian bawah garing). Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

buat msa ni anak2 msih xminat dgn kuih mcm ni..akan dtg xthu la kan..

Tuesday, June 12, 2012

No Bake Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum..layan kek la plak..klu xsilap rsanya dah lama xbuat ciskek ni..trgerak hti nk buat ni pun sbb wken lepas anak2 ajak mkn pasta dan fish n chips kat SR..pastu oder la jgk oreo cheese kek 2 ptong..beria bnar la plak anak2 mkn kek secret recipe tu..xleh jdii ni..msa tu jgk rsa berkobar2 nk buat sdrii..jdi dri situ la dtnya naluri nk buat ciskek ni..kononnya nk buat kek yg seiras SR la wpun xserupa..hehee..bila godek2 cri rspi..ramai jgk yg dh try oreo ciskek ni..kat dpur Kak Ummi pun ada..cuma versi bakar..ni stail msak dlm peti je..utk rspi kli ni maz ubah skit rspi2 cheese kek yg prnah buat sblum ni..dan sbgai pnduan maz jgk tgk rspi kat sini..anak2 ckp sedapp la mami..LULUS..puas rsanya bila bleh sdiakan sndri apa yg anak suka..

bgi tekak maz sklrga memang dah rasa mcm yg secret recipe la sikit2..rupa pun ada la jgk wpun jauh2..hehee..

No Bake Oreo Cheese Cake by ilhamdapur.blogspot.com
Baha-bahan
  • 8-10 keping biskut oreo - buang krim - dikisar hancur dan ketepikan 1 sudu besar utk tabur dalam kek
  • 2-3 sudu besar mentega  - cairkan
Bahan B (Lapisan Kek)
  • 270g cream cheese - suhu bilik
  • 50 gram gula halus - boleh kurangkan sikit, jika tak suka manis 
  • 70g mentega - suhu bilik
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 160ml whipping cream + 1 sudu kecil jus lemon
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 sudu besar gelatin
  • 2 sudu besar air panas mendidih
  • 4-6 keping biskut oreo - dipatah 2
Cara

1. Sediakan loyang untuk cheese kek jenis loose base. Letakkan tepi keliling loyang kertas minyak (baking paper) , tujuannya agak kek senang dikeluarkan. - maz guna loyang bulat 6 inci)
2. Satukan bahan A dan tekan-tekan dalam loyang. Masukkan dalam peti.
3. Dalam gelas satukan gelatin dan air panas, kacau biar gelatin larut sepenuhnya - maz panaskan dalam microwave selama 5 saat - guna microwave lebih cepat gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan
4. Putar whipping cream bersama jus lemon hingga sedikit kental (klu tuang bks tu xtumpah la). Ketepikan.
5. Putar cream cheese seketika, kemudian masukkan gula, susu pekat manis dan mentega. Putar lagi hingga sebati dan adunan jadi lembut. Masukkan vanilla dan putar lagi.
6. Masukkan gelatin yang telah larut dan whipping cream. Putar sebati.
7. Tuang suku dulu atas loyang oreo tadi, kemudian susun biskut oreo yang telah dipatahkan. Tuang lagi adunan dan ratakan kemudian taburkan sedikit oreo yang dihancurkan (yg simpan 1 sudu besar).
8. Tuang lagi sedikit adunan dan susun pula sedikit lagi biskut yang telah dipatahkan.
9. Kemudian satukan lebihan oreo kisar tadi dengan baki adunan cheese yang ada dan tuang kesemuanya dalam loyang, ratakan sepenuhnya.
10. Tutup permukaan loyang (maz tutup dengan pinggan je) dan simpan dalam peti selama 4-5 jam.
11. Boleh la dihias ikut citarasa dan sedia untuk dihidangkan...Selamat Mencuba..

sedapp..lemak berkrim..nyaman je lalu kat tekak ni..

No Bake Oreo Cheese Cake..jamu mata je la memlm ni...

Sunday, June 3, 2012

Chocolate Macarons With Nutella Filling

Assalamualaikum..hemmm!! nk mula dri mna pun xthu la ni..al maklum la skejap ada skejap ilang..dpur pun dah penuh brdebuuss..sbnarnya minat kat dpur maya ni xde la pupuss terus orang kata..cuma kerajinan tu xckup teguh mcm kwn2 yg lain..bila time jemu tu mai..mula la malasnya nk pegang kamera..tu yg sunyi sepi..huhuu..apa khbar smua..mksih jgk pda pngunjung diluar sana yg msih sdi singah ke ilhamdapur wpun dh brbln2 xberupdate..ok la crita psal menda yg dlm gelas ni la plak yer..lama jgk dh rsanya xbrmacron ni..sbbnya dh xde smbutan..ni pun kena berpaksa lgi sruh anak2 mkn..siap ckpp manis sngat laa mami..biasa la tu kan apa2 pun msa memula jmpa je klu bleh nk mkn hri2..tmbah plak suami pun duk bli macaron stiap kli blik msia..smpai duk dlm pti brbln2..tpi kli ni trasa nk bermacaron ni sbb tgk kat dpur Yani..tpi memang betul kan..dapur kawan memberi ilham dan inspirasi..

rasanya kli ni bru puas hti tang kaki tu..yg buat sebelum ni kakinya tinggi skit..dan tekstur serta rupe kejadian macaronnya pun lagi sempurna..lembut gitu kat tengahnya..mcm yg beli ni..

maz buat saiz gedebak..nk cpat siappp..dpt la 13 psang je..dan 1/2 dozen dpt la bgi kat sedra utk kunyah2 dlm kreta msa mai rmah mlm jumaat lepas..sbb anak2 pun xminat..yg dh masuk molot pun nk posing jgkk kee..hehe..

Chocolate Macaron by ilhamdapur.blogspot.com
Resipi :Yani 
Bahan Asas Macarons
  • 40g telur putih - 1 biji L size
  • 30g gula kastor
  • 40g almond ground
  • 70g icing sugar
  • 6g serbuk koko/ green tea powder - maz guna 3g je serbuk koko

Cream Cheese - maz tak buat, guna nutella je
  • 50g mentega
  • 100g cream cheese
  • 100g icing sugar
  • capucinno paste / green tea powder ( lupa nak sukat.. main tuang ikut sedap tgn)

Cara-cara
  1. Ayak almond ground, icing sugar dan serbuk koko/green tea powder.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur putih dgn gula kastor sehingga bertanduk. Masukkan bahan yang diayak. Kaup balik dengan spatula sehingga sebati. ( Nak tahu ok ke dak... kaup sket adunan dengan spatula, tuangkan semula ke dalam mangkuk. Kalau dia jatuh smooth seperti ribbon... kira ok ler tu. Kalau pekat... kacau lagi tapi jangan sampai terlebih pulak.. Proses ni amat ptg . )
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat... pipe bentuk bulat sebesar 2.5-3 cm. Ketuk-ketuk belakang dulang untuk memecahkan gelembung2 udara yang terbentuk.
  4. Biar permukaan betul-betul kering sebelum dibakar ( bila sentuh, aduanan tak melekat pd tangan... sket pun tak.. takde rasa lekit2 pun .. hat ni pun ptg jugak ni.. kalau tak macarons jadi merekah bila dibakar.)
  5. Bakar selama 15 minit dgn suhu 150 degree - hat ni pun bergantung pd oven gak dan saiz macarons yg kita buat. (maz bakar selama 18 minit dengan suhu 150 C).
jamu mata je la ye..xbrapa rajin nk buat filling cheese..jdi isi nutella je..tpi memang kena dgn rsa macaron coklat ni..