Friday, September 19, 2014

Beef Taco

Assalamualaikum w.b.t...brtemu sekli lgi dipagi jumaat tenang...Alhamdulillah...beef taco hasil dri homemade tortilla bread tu...makanan yg mudah nak sedia dan berkhasiat...bleh dipelbagaikan nk buat taco apa...ni maz guna daging...grill sekejap dan isi je dalam tortilla bersama sayur, cheese dan sos yg digemari...pasti xckup dgn 1...xcri restoran mexican dh...ok semoga jumpa lagi Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Beef Taco by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 keping daging steak @ isi ayam - lumur dengan sedikit taco spice @ garam dan serbuk lada hitam
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 biji bawang besar purple - dadu
  • 1 biji avocado - hiris nipis/dadu
  • sedikit jus lemon/limau nipis
  • lettuce secukupnya
  • daun ketumbar (cilantro) - jika suka
  • cheese keping secukupnya
  • tortilla bread
  • sos cili/mayonis - jika suka
Cara

1. Lumur daging dengan sedikit rempah taco @ kalau nak mudah guna serbuk perencah maggie kari tu + sikit paprika & serbuk cumin (jintan putih).
2. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak zaitun dan grill daging hingga masak dikedua bahagian. Angkat dan hiris nipis dan perah sikit jus lemon.
3. Amik sekeping tortilla bread dan susun daging. Letak dan masukkan dalam microwave sekejap sekadar nak cairkan cheese @ boleh makan macam tu je atau boleh juga guna sandwish maker sekejap. Kemudian masukkan bahan sampingan yang lain. Sedai untuk dinikmati...

mcm biasa umat kat rumah ni semua peminat tegar mexican food ni...tu yg slalu buat...thun ni xprgi chillis lgik...sayurnya chop onion dan tomato kena ada...pastu sos tu terpulang la...maz xletak pun sbb dah ckup rasa...ada 1 lgi duk menunggu dlm folder tu shrimp taco...biasa la peram dulu deh...

No comments:

Post a Comment