Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, September 18, 2014

Tortilla Bread

Assalamualaikum w.b.t...tortilla bread makanan utama org mexico dan south amerika...klu india plak capati...msia kita roti canai la deh...ada 2-3 jenis jgk tortilla bread ni...ada yg guna corn meal, wheat flour dan seumpamanya...ni maz guna allpurpose flour je sbb kat sni gndum ni kira yg terbaik kualitinya...tortilla ni nk buat pun mudah dan cepat sngat...pastu bila dh ada tortilla ni bleh jdi mcm2 menu plak...ni maz guna utk buat taco...alas perut belah malam...taco pun bleh letak apa aje stok yg ada...asalkan kena dgn slera...akhir kata semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Tortilla Bread by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 2 cawan allpurpose flour
  • 1/3 cawan unsalted butter - suhu bilik
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam - jika guna mentega bergaram, tak perlu letak
  • air secukupnya

Cara

1. Satukan semua bahan kecuali air. Gaul guna hujung jari biar jadi berketul macam serbuk roti.
2. Kemudian masukkan air sikit-sikit dan uli biar sebati jadi doh seketul yang lembut (tak perlu uli macam nak buat donat tu ye sebab lepas tu nak canai pulak).
3. Amik doh tadi dan taburkan sikit tepung atas permukaan tempat nak canai tu dan canai betul-betul nipis biar jadi bentuk bulat (maz tekap je nak jadi bulat tu atau boleh aje guna pizza cutter potong buat bulat lepas canai. Kalau rasa terlembik, tabor je tepung masa nak canai tu.
4. Panaskan kuali non-stick biar betul-betul panas dan letakkan doh yang dicanai tadi, kemudian spray air sikit pada permukaan roti dan tekan-tekan dengan senduk. Kemudian balikkan dan masak biar ada sedikit perang.
5. Angkat dan simpan dalam tuala bersih atau bekas tahan panas agar roti tidak keras/kering. Buat sampai habis.
6. Boleh la diguna untuk buat taco, enchiladas dan sebagainya.

amat berbaloi buat sdrik ni...kat sni roti ni mahal...6 keping dan dkat 3 dinar...klu duit msia dekat rm30...puas hati dpt mkn yg msih pnas ni...msa duk menyepi dedulu dh biasa buat jgk guna rspi simple ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...