Wednesday, December 31, 2014

Mee Udang..Cerita Lama

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..bertemu kembali dipenghujung thun 2014 yg meninggalkan bnyk trajidi negara...amat pilu dan trajis melihat kesan banjir kali ni...sama seperti tsunami...ada rumah yg hilang terus...kereta brgelipangan disna sni dibwa arus...mungkin itu lah amaranNya buat kita yg sentiasa lalai...semoga musibah ini mendekatkan lgi kita kepada Pencipta...dapur ni masih lgi dgn pic lama yg dah berbulan2 dlm folder tu...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...sama2 kita teruskan membantu mangsa2 banjir yg amat memerlukan keperluan mknan terutamanya dikawasan kuala krai...semoga jumpa lagi...Inysaa Allah...

Mee Udang Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g mee kuning - maz buat sendiri
  • 10-12 ekor udang segar saiz sederhana besar
  • 1 mangkuk besar kulit udang
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 3-5 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar udang kering - rendam sekejap, tumbuk lumat
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes tomato 
  • 4-5 sudu besar cili kisar (rebus cili kering & kisar)
  • 2-3 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • 2-3 sudu besar minyak untuk menumis
  • garam guna secukup rasa & aji jika suka
  • tauhu goreng/daun bawang/daun sup/cili merah/bawang goreng - secukupnya
Cara

1. Rebus kulit udang bersama 1 litter air atau secukupnya hingga mendidih/reneh lama sikit. Keluarkan kulit udang, kisar bersama sedikit air dan tapis airnya, ketepikan bersama air rebusan udang.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar wangi. Kemudian masukkan cili kering dan tumis sekejap. Masukkan air rebusan udang dan sebatikan.
3. Masukkan semua sos dan masak biar mendidih. Kemudian masukkan tepung jagung dan perasa secukup rasa dan reneh dengan api perlahan biar lama sikit (kalau kurang pekat, tambah air tepung jagung sikit lagi). Masukkan udang segar dan masak lagi dalam 5-7 minit. Bila udang dah masak padamkan api.
4. Boleh la dihidang bersama mee (kalau mee beli kena celur sekejap) dan bahan sampingan yang lain.

jazakillahukhairan Kak Umi-e atas sumbangan rspi mee kuning ni..dah kerap sngat duk buat mee ni...skjap sngat...dlm msa 30 min dh bleh siap...pgi smlm pun buat mee jgk...Alhamdulillah...

Mee Kuning by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak umi-e myresipi
Bahan-bahan
  • 500 gm tepung
  • 200 ml air
  • satu sudu air abu atau air kapur - maz guna air kapur 
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • air untuk merebus
Cara     

1. Campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
2. Uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap) 
3. Ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana aduna akan bersatu setelah terus di putar.  
4. Terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus... lakukan langkah dan proses seterusnya seperti buat kuey teow.

sblum ni pun dah ada updated mee udang ni...suami suka sngat...tukang msak ni pun sma la...sdpp mkn mee kuning yg buat sdrik ni..

No comments:

Post a Comment