Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 28, 2014

Baked Chicken Pasta

Assalamualaikum w.b.t...bertemu lagi...amik masa skjap sambil duk masak...tengah goreng kacang tanah...ayam masak kicap dah siap...lauk anak...bleh kata tiap2 minggu kena ada lauk itam gituw...pastu greng ikan greng dan syur skit...jdi la tu utk tghri ni...pasta versi bakar plak...lama benar dh xupdate baked pasta...klu belum ada idea utk menu ptg atau mkn malam nti...bleh la try...rumah ni klu pasta2 tu selalu masak...versi ni pun dh 2x buat...anak sukaa...sedapp la tu...ada 1 lgi duk Q dalam folder tu...memang sedapp...lemak berkrimm...dgn cheese yg meleleh...bahan pun simple je...Alhamdulillah semua dgn izinNya...terima kasih pada yg sudi singgah dapur yg tak seberapa ni...mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Baked Chicken Pasta by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Sos
  • 1 keping dada ayam - lumur sikit dengan sedikit garam
  • 3-4 biji tomato masak - belah 8
  • 1/2 batang lobak merah saiz kecil * - hiris
  • 1 labu bawang besar bombay * - belah 8
  • 2 helai daun bay *
  • 2-3 sudu besar tomato pes
  • 2-3 sudu besar sos tomato/cili (jika nak ada rasa pedas sikit)
  • 1 sudu kecil dry basil
  • 1 kiub pati ayam
  • sedikit minyak zaitun
  • sedikit gula
  • air secukupnya
Cara

1. Dalam periuk, panaskkan 2 sudu besar minyak zaitun. Masukkan dada ayam dan masak 3-4 minit dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan, kemudian hiris nipis.
2. Dengan periuk yang sama, panaskan 2 sudu besar lagi minyak zaitun, masukkan semua bahan bertanda *. Masak sambil dikacau sekali sekali hingga sedikit perang. Kemudian masukkan tomato pes dan kacau sebati.
3. Masukkan buah tomato, sebatikan dan masak biar keluar jusnya. Kemudian masukkan air (agak-agak la ye, kira padan dengan bahan lain) dan kiub pati ayam. Masak dengan api sederhana hingga mendidih lama dan sayur lembut/sedikit hancur. Masukkan daun basil dan sos tomato/cili, kacau sebati. Padamkan api.
4. Kemudian masukkan dalam pengisar dan kisar lumat. Tuang semula dalam periuk dan panaskkan balik sekejap je dengan api perlahan. Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit lagi. Masukkan sedikit gula dan perasa secukupnya. Kalau kurang boleh tambah serbuk pati sedikit lagi. Padamkan api.

ni tomato pes yg maz guna...utk sos pizza atau resipi pasta yg lain klu pes tomato tu...yg ni la...nasi tomato/nasi arab dan semua rspi lain klu masuk pes tomato tu...yang ni la jgk...(update sebab ada yg bertanya pasal pes tomato ni)

Cheese
  • 1 cawan cheedar cheese
  • 1-2 sudu besar mentega tanpa garam
  • 1/2 cawan susu segar @ secukupnya
Cara : Panaskan mentega, kemudian masukkan susu segar. Masukkan cheese dan masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga cheese cair/bertali (kalau nampak pekat sangat tambah susu segar sikit lagi). Ketepikan

Pasta rebus secukupnya - apa-apa jenis

Cara

1. Dalam bekas masukkan pasta, isi ayam dan sos tadi secukupnya, kacau sebati dan biar sos lebih (berkuah).

2. Kemudian tuang dalam bekas tahan panas/casserole. Tuang dan ratakan pula cheese secukupnya. Tabur sedikit cheese parut (buat syarat) atas lapisan cheese tadi.

3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-12 minit atau hingga perang.

4. Keluarkan dari oven dan sedia untuk dinikmati.

Nota ilhamdapur : nanti tambah lah ye apa yang kurang, maz buat tak sukat, agak-agak gitu je. Pastikan sos lebih dari pasta masa nak bakar tu, agar bila masak pasta tak kering. Sos tu boleh buat awal, cheese tu sekejap saja nak masaknya (dalam 5-7 minit je), jadi sambil tunggu pasta rebus tu boleh la buat cheese sos. Cheese tu kalau tak habis guna, simpan dalam peti, nanti panaskan balik je. Sos dan cheese ni boleh guna untuk buat lasagne dan untuk resipi bake yang lain (baked potatos, potato gratin dan sebagainya).

sedapp mkn masa cheese tengah panas tu...smjak duk masak sdrik menu mcm ni...dah lama xmkn pasta2 ni kat luar...nak buat pun xde susah mana... bnyk dpt idea dri cooking show...memang suka tgk...sambil masak pun on tv tgk org masak dan kita pun masak jgk...sambil2 cri ilham...klu movie2 ni xminat...

4 comments:

  1. melimpah2 Maz... Ya Allah..patutlah budak2 suka... mak budak mesti lagi sukaaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  2. tu yg buat lgi tertarik ye...memang SK mak budak ni pun sukaa...nk2 yg bru kluar oben tu..walaaa...sedappnya...

    ReplyDelete
  3. Kak maz. Tomato paste tu camne yer? Tak same kan dgn tomato puree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sni tomato pastenya pekat sangat...xsama dgn tomato puree...tomato puri tu cair kan dan masak skit...ni warnanya merah gelap dan likat sangat...maknanya klu dgn sudu tu..bila .tuang xjatuh....nti kmaz letak picnya ye...mksih sudi singah dpur kcik kmaz ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...