Wednesday, August 24, 2016

Cucur Udang Ranggup Versi Bulat

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
bulat ke tu? yg mcm duk angkat tngan pun ada bentuknya, tkpe la deh..lama dh jgk xupdate cucur ni, kue yg memang duk buat sokmo..bleh kata tiap2 minggu bercucuq ni, dlm puasa hritu pun rsanya 2-3x dlm sminggu goreng cucuq udang ni sbgai juadah berbuka..kue goreng gini memang pabret semua, klu kue jenis lembik tu kurang sikit sambutannya..tu yg jarang buat, klu buat bekas kecik pun mau 2-3 hri jgk nk hbis..tukang masak ni lagi la suka deh, lgi senang keje..ni pun buat versi mudah je, main sudu bolat2..malas nk bentuk dlm senduk, guna rspi cucur udg ranggup yg duk buat sblum2 ni, kat sini pun ada..skjap je licin sepinggan tu..rangup diluar lembut didlm, mkn 10 biji pun xckup rsanya..mcmana nk diet! pah duk berangan nk kurus deh, biasanya cucuq ni kue time kecemasan, kdang goreng utk alas perut mlm sbb kat rumah ni nasi cuma tghri..mlm ringan2 je la, stok udg kecik asing khas utk cucur ni..sentiasa ada, memang beli bnyk2 time musimnya tu..sbb pastu xde jual dh, tu yg peti selalu penuh..bnyk buat stok, InysaaAllah semoga jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..kita ada pengembara didunia ini, akhirat adalah destinasi kita 

CUCUR UDANG RANGGUP II VERSI BULAT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung serbaguna @ tepung gandum 
  • 1 sudu kecil yis kering (mauripan dll)
  • 160ml air sedikit suam @ secukupnya bergantung pada jenis tepung
  • daun bawang/kuchai secukupnya - hiris halus
  • udang kecik secukupnya - buang kepala
  • sedikit garam/serbuk pati ayam
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air dan yis, biar sekejap dalam 1 minit agar yis larut, kemudian masukkan semua bahan dan sebatikan. Adunan ni macam adunan cekodok gitu, sukatan air tu mungkin berbeza jika guna tepung gandum biasa, bergantung pada kualiti dan jenis tepung, boleh tambah air sikit jika perlu.
2. Perap selama 30-40 minit atau adunan kembang secukupnya.
3. Panaskan minyak secukupnya, celup sudu dalam minyak panas agar tak melekat, amik guna hujuang sudu dan goreng biar garing dikedua bahagian.
4. Angkat dan toskan, boleh la dihidang dengan air cili atau sos pilihan.

Sos Pencicah/Air Cili
  • 7-8 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili @ sos pencicah yang manis
  • gula secukupnya
  • sedikit garam & secubit aji jika suka
Cara : Dalam pengisar masukkan cili, bawang merah dan air secukupnya (dalam 1 cawan lebih sikit), kisar lumat, masukkan dalam periuk bersama sos cili, gula secukupnya dan sedikit garam, aji jika gina dan masak hingga mendidih lama sikit. Padamkan api dan sejuk sepenuhnya, boleh la dihidang bersama cucur kegemaran, kalau tak habis boleh disejuk beku dan bila nak guna keluarkan awal-awal.

air cilinya xleh tinggal! penyedapnya, klu guna sos dlm botol xberapa nk ngam gituw..stok air cili tu slalu ada, klu hbis je kisar buat lagi..tu pun ada sbtol..maz main frozen jgk air cili ni pun nk bgi tahan, bila nak guna kluarkan awal2 atau panaskan dlm microwave sekejap..kena buat stok sbb kat sni kekadang je ada jual cili merah tu, cili tu pun frozen jgk bila beli bnyk..khas utk buat air cili cucuq ni dgn cili nasi ayam..cucur ni kue yg sesuai bila2 masa, mcm pisang goreng la jgk..pgi pun org mkn, teringin plak pisang goreng kat pasar tani dekat rumah tu..smpai je kena book awal2, sbb Q pnjangnya.. 

No comments:

Post a Comment