Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, September 22, 2015

Lagi Cucur Udang Rangup II

 
Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar'..dlm bln ni dh 2-3x duk goreng cucur ni, ptg kelmarin pun buat utk berbuka puasa..tpi biasa la klu goreng utk berbuka atau bekpes memang xdan nk posing..yg ni goreng utk anak alas perut balik skolah sbb xmsak..tunggu masak utk berbuka..jdi tu yg boleh snap dlu..cucur udang ni antara kuih yg boleh kata teramat kerap duk buat, semua sukaa..skjap je licin 1 pinggan tu..cuma klu versi udang duk baring gini kena tunggu ada udg kecik la dlu kan, klu tak duk goreng yg jenis main cincang isinya mcm yg kat sini, skrang dh masuk musim udang, ada la jual udg kecik kat pasar, memang beli buat stok utk cucur je udg kecik ni..rspi sama je mcm yg duk buat sblum ni, kat sini pun ada..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik maz ni, harap dpt dimaafkan segala kekurangan yg ada dan Inysaa Allah semoga bersama lgi..

rangup diluar tpi dalamnya lembut..skli buat 1 cwn tepung je..tu pun dpt bnyk biji jgk..

Cucur Udang Rangup II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan allpurpose flour @ tepung gandum 
  • 1 sudu kecil yis kering (mauripan dll)
  • 160ml air sedikit suam @ secukupnya bergantung pada jenis tepung
  • 1/2 cawan daun bawang/kuchai @ secukupnya
  • udang saiz kecik secukupnya - buang kepala dan toskan biar betul-betul kering
  • sedikit garam/serbuk pati ayam
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
  • senduk bulat saiz 2 1/2 inci sebagai acuan cucur
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air dan yis, biar sekejap dalam 1 minit agar yis larut, kemudian masukkan semua bahan lain kecuali udang, sebatikan. Adunan ni macam adunan cekodok gitu, sukatan air tu mungkin berbeza jika guna tepung gandum biasa, bergantung pada kualiti dan jenis tepung, boleh tambah air sikit jika perlu.
2. Perap selama 30-40 minit atau adunan kembang secukupnya 
3. Bila dah cukup kembang, panaskan minyak secukupnya (maz guna periuk kecik, senang sikit), bila minyak dah betul-betul panas celupkan senduk bulat sekejap dalam minyak, kemudian ratakan 1 sudu atas senduk tadi biar jadi leper dan sedikit nipis. Letak 2 ekor udang, tekan sikit dan masukkan dalam minyak panas, biar tengelam ye senduk tu.
4. Biar dulu sekejap kemudian tolak-tolak sikit agar cucur tercabut dari senduk. 
5. Ulangi buat cara no 3 dan goreng hingga perang/garing dikedua bahagian.
6. Angkat dan toskan, boleh la dihidang dengan sos pilihan.

Sos Pencicah
  • 7-8 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili
  • gula secukupnya
  • sedikit garam
Cara : Dalam pengisar masukkan cili, bawang merah dan air secukupnya (dalam 1 cawan lebih sikit), kisar lumat, masukkan dalam periuk bersama sos cili, gula secukupnya dan sedikit garam, masak hingga mendidih lama sikit. Padamkan api dan sejuk sepenuhnya, boleh la dihidang bersama cucur kegemaran.

kat sni udg bermusim, dri bln 9 hingga bln 3 adalah musimnya..pastu xde jual udang la kat pasar..hanya ada dihypermarket, tu pun udang frozen..wpun dh masuk musimnya tapi klu udang kecik ni hnya ada jual kat pasar je..

1 comment:

  1. Wah cucur udang versi udang tergolek sekoq jd body guard cucuq hehee...sedap tu terserlah kerangupannya..
    kite dah try cucur udang versi maz jugak..tp sbb xde kucai bagai..kite x snap gambar..nnt boleh wat lagi..sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...