Thursday, October 10, 2019

Clam Masak Paprik

Assalamualaikum w.b.t 
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
sementara ada kerajinan duk depan blog ni, update la mna yg bleh..cuma xada idea sngat utk bercerita, paprik clam la plak..biasa duk masak paprik ayam je kan, ada la jgk beli clam ni klu tgk yg besar2 tu..kat sni clam dan ketam ni ada sepanjang tahun dan murah je, cuma xde beli selalu sbb ank xmkn sangat..Insha Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada.

CLAM MASAK PAPRIK by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1kg clam - rendam dan toskan 
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1 inci halia  -mayang
  • 2 batang serai - ketuk
  • 4-5 helai daun limau purut 
  • 1/2 labu bawang besar - belah 6
  • 3-4 biji cili kering  -potong dan rendam air sekejap, toskan
  • 1 senduk kecil cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 1 senduk kecil sos cili + sos tomato 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • sedikit gula dan serbuk perasa jika suka
Cara

1. Panaskan minyak untuk menumis secukupnya, masukkan bawang dan halia dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, serai, cili kering potong dan masak dengan api besar selama 5-6 saat sambil dikacau cepat-cepat. 
3. Masukkan semua jenis sos, daun limau dan clam, kacau biar sekata.
4. Masukkan bawang besar, gula dan tutup kuali untuk 2-3 minit agar clam masak dan terbuka kulit, suaikan secukup.

Nota ilhamdapur : maz tak letak garam sebab dh guna sos tiram dan clam ni pon dah masin, air pon xletak sbb clam akan kluarkan airnya, tpi jika perlu boleh masukkan sedikit air.

layan bersama nasi panas2 sedapp sungguh! xde lauk lain pon ckup dh dgn 1 menu ni..

suka msak lauk2 yg mudah dan ringkas gini, nak2 bila dtgnya time xberapa rajin 

No comments:

Post a Comment