Wednesday, March 27, 2013

Homemade 3 Jenis Roti Canai

Assalamualaikum..dah lama duk menebar roti canai ni..bru rezkinya nk kluar kat sni..klu nak kira rasanya tiap2 bln buat roti canai sdri ni sbb anak2 suka..tpi duk buat roti telur nga roti pisang je..roti kosong anak2 xsuke la plak..tpi yg dlm pic ni tebar khas utk posing kat sni yg buat hjung bln lepas lgi smuanya ni..smlm pun menguli lagi...pestime blajar menebar roti canai ni msa memula duk bahrain dulu..ikut rspi  Joayee (myresipi) ..tapi pastu maz main agak2 je sbb buat xbanyk..skli uli biasanya dpt dlm 8-10 biji..cukup utk 2 kali tebar gituw..mkn pgi dan ptg atau mlmnya..klu xhbis tebar maz akan masuk dlm bekas dan simpan dlm peti..bila nk tebar kluar awal2 bagi doh tu jdi lembut dulu..kat bawah ni maz letak rspi yg selalu buat ikut sukatan kecil dan cara maz..apa2 pun mksih pada tuan respi dan mintak halal ye apa yg diubah tu...
 
roti telur ni memang pabret semua la..slalunya anak2 mkn dgn susu pekat atau pun gula..tpi hari tu kebetulan masak kari ayam..jdi posing la dia dgn kari..memang kena la pasangannya..memang dapp cicah kari...
 
Roti Canai by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (8-9 biji)
 
  • 2 cawan tepung gandum (yg murah tu je)
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar mentega lembut
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 3 sudu besar telur (pecahkan telur, kocok dan amik 3 sudu)
  • mentega lembut secukupnya (untuk sapu pada doh) *
 
Cara
 
1. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan kecuali tepung gandum dan bahan yang bertanda *. Kacau sebati dengan sudu.
 
2. Kemudian masukkan 1 1/2 cawan tepung sambil dikacau buat pusingan jam, kemudian boleh la diuli hingga sebati sambil ditambah sikit-sikit tepung yang masih berbaki. Uli selama 10-13 minit hingga jadi doh yang licin dan kenyal. (kalau rasa lembik, boleh la ditambah 1-2 sudu besar lagi tepung semasa menguli.
 
3. Sapukan mentega lembut pada seluruh dasar bekas yang sesuai, kemudian bulatkan doh sebesar bola golf dan sapu mentega pada seluruh doh. Buat sampai habis.
 
4. Tutup bekas (maz tutup dengan pinggan je) dan rehatkan selama 4-5 jam atau semalaman pada suhu bilik (biasanya maz uli malam dan tebar pagi esok). Kemudian boleh la ditebar.
 
5. Cara nak tebar, amik sebiji doh dan leperkan guna hujung telapak tangan hingga jadi nipis dan 2x ganda saiz asal. Kemudian angkat dan tebar atas permukaan yang luas yang telah disapu dengan sedikit minyak.
 
6. Untuk roti canai kosong, bila dah siap tebar, amgkat/pegang dari hujung doh (maksudnya macam pegang hujung tuala gitu), kemudian letak hujung bawahnya atas tempat tebar dan buat bulatan, macam lilit tali tu, pastu tekan-tekan biar jadi bentuk bulat yang nipis. Boleh la digoreng atas kuali leper yang telah dituang sedikit minyak dengan api perlahan (maz guna kuali roti canai yang hitam tu).
 
7. Kalau nak buat roti telur, sapukan telur pada seluruh doh yang telah ditebar, lipat kiri dan kanan buat saiz 4 segi.
 
8. Roti pisang pulak, sapu sikit mentega pada doh yang telah ditebar, susun pisang yang telah dihiris nipis dan taburkan sedikit gula. Lipat 4 segi jugak.

ni rupe roti pisangnya..mkn dgn susu cair..memang sedappp kan..sblah ni doh yg bru siap..klu yg dah direhatkan selama 4-5 jam dohnya dah jdi lembut..akhir kata terima kasih pada yg sudi bertandang ke ilham dapur..mohon maaf andai ada salah dan silap..semoga jumpa lagi..insyaallah..

Thursday, March 21, 2013

Fresh Mixed Berry Juice

Assalamualaikum..jumpa skli lagi..semoga dipermudahkan segala urusan harian kita semua hri ni..insyaallah..klu kreta dh bleh diibarat kreta tua la..xbleh nk speed sngat..enjin trsekat2..mood ni pun mcm tu la..xbrapa lancar gituw..skejap2 je angin rajin tu dtg..pastu terasa malas bnar nk mengadap blog ni..pic tertunggak bnyk lgi dlm folder tu..jus ni pun kjdian 2 mngu lepas lgii..tpi bila dipkir blik berblog ni nk buat kenangan dimasa akn dtg..digagahi la jgk semangat tu utk update..nati boleh la jgk anak2 tgk apa yg mummynya masak..tu pun klu usia dapur maya ni panjang la kan..ok la xusah crita pnjang2 la..selamat layan jus campuran 3 buah berry yg segar ni..memang lazat dan penuh khsiat..sekali lagi terima kasih pada pengunjung yg sudi bertandang ke dapur yg xseberapa ni..

memang terasa segar tekak ni..trjadinya jus ni pun sbb xthu nk buat apa dgn buah mulberi yg dipetik blakang dpur tu..kebtulan tengah ranum..dpt la dlm smngkuk kecik..jdi kisar je la buat jus cmpur sikit dgn stoberi n ceri yg ada dlm pti..

Fresh Mixed Berry Juice by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 biji buah mulbery
  • 5 biji buah stawberi
  • 5 biji buah ceri - buah biji
  • gula secukupnya
  • susu segar secukupnya
  • ketulan ais secukupnya

Cara

1. Kisar kesemua buah bersama air (dalam 2-3 cawan) dan gula secukup rasa.

2. Tuang dalam gelas, kemudian masukkan ketulan ais dan tuang sedikit susu segar perlahan-lahan.

3. Sedia untuk dinikmati.

kbetulan msa buat juice ni buat bruschetta skli..jdi tumpang skli la posing kat sni..semoga jumpa lagi..insyaallah..segala kekurangan yg ada dgn rendah hati maz mohon maap banyk2..sesungguhnya segala kelemahan itu memang dri maz sendiri..

Wednesday, March 13, 2013

Marble Cheese Brownis

Assalamualaikum..lama dh jgk rsanya xkluar kek kat sni..bkn xmembaking..cuma xbrapa rajin nk snap dan buat n3..klu nk kira rsanya stiap kli ada kek yg melatopp kat dapur maya ni pasti amik bhgian jgk..biasanya kek2 ni buat time ada jamuan kat surau..brownis ni pun antaranya la..yg ni ada la critanya sbb time dia lahir ni tengah ada mood sikit nk berblog wpun xbnyk mcm kwn2 yg lain..tu pun dah dkat 2 mnggu kejadiannya..sampai dah baking kek lain plak mngu lepas utk jamuan..hri ni baru ada masa nk update kat sini....rspi ni maz gabungkan rspi brownis yg selalu duk buat..rspi Kak Liza (Chef Hanieliza) dan lapisan cheese tu rspi  Manggo Cheesecake Bar maz..bkn xnk cuba rspi lain..cuma nk keje senang..slalu nk cepattt je..jdi mna yg dah prnah buat tu..tu la yg diulang..

rspi brownis ni memang kerap sngat dah duk ulang..boleh tgk kat sini jgk..dapur ni memang pnuh dgn rspi sama je..sbb tukang masaknya bkn jenis rajin sngatt nk berexperimen gituw..
 
Marble Cheese Brownis by ilhamdapur.blogspot.com

Bahan A  (maz buat 1/2 resipi je utk brownis)

  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang - maz guna gula castor
  • 1 cawan air panas

Bahan B (kacau rata)

  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B - maz guna 1 biji gred A utk 1/2 resipi

Bahan C (ayakkan)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
 
Cara

1. Panaskan oven pada suhu 170 C selama 10 minit - maz bakar suhu 160 C.

2. Kacau bahan A supaya sebati.

3. Masukkan bahan B dan kacau rata.

4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.

5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci (biar kertas lebih dari loyang agar senang nak kluarkan kek nati)

6. Tuang dalam loyang dan ratakan (simpan dalam 2 sudu besar adunan coklat ni untuk buat marble)
 
7. Bakar selama 20 minit.


Bahan-bahan lapisan cheese
Resipi : ilhamdapur.blogspot.com

  • 200g cream cheese
  • 50g thick cream (boleh ganti dengan cream cheese, jadikan 250g - ni sbb tak cukup stok cream cheese)
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla

Cara-cara:

1. Sediakan lapisan cheese sementara  menunggu kek masak.

2. Pukul cream cheese seketika, kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati dan berkrim.




3. Masukkan telur dan vanilla, pukul hingga sebati.

4.Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
 
5. Masukkan adunan kek yang disimpan tadi dalam paiping bag dan paipkan ke atas lapisan cheese dengan buat garisan memanjang, kemudian dengan guna sebatang lidi satay, tarik turun satu hala, lepas tu lorekkan kedua tarik menaik pula, maksudnya cara nak tarik lidi tu menaik dan menurun, bukan satu hala je.
 
6. Masukkan dalam oven semula dan bakar lagi selama 20 minit dengan suhu 160 C. Sejukkan sepenuhnya dalam peti sebelum dipotong.


kebetulan ada stok cik bery sikit lam peti..jdi posing la bersama..yg panjang tu buah mulbery yg maz tanam kat belakang rumah..banyk jgk la buahnya..nati nk buat n3 pokok ni sebagai kenangan..sekali lagi terima kasih daun keladi buat pengunjung yg sudi bertandang ke dapur kecik ni..sesungguhnya yang sempurna itu datang dariNya..siapa lah kita tanpa anugerah dariNya..akhir kata salam sayang buat semua..mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..yg buruk itu memang kelemahan maz sendiri..semoga jumpa lagi..insyaallah..

Thursday, March 7, 2013

Ikan Bawal Goreng Bercili

Assalamualaikum..bertemu sekli lagi disini..apa khbar semua..semoga dipermudahkan segala urusan harian kita semua..insyaallah..skli skala berenang jgk ikan masuk dpur ni..bkn xnk masak ikan..tpi xde smbutan..klu ada ikan bawah tdung saji..nati ada la suara yg berbunyi mintak lauk lain..masa tu tetiba je terasa pnas cuping telinga ni..hehee..ok la ikan ni pun masak ringkas2 je..dah la xde peminat ikan kat umah ni..ditambah plak dgn tukang masak yg xberapa rjin..maka cmpak2 je la apa yg ada..

Ikan Bawal Goreng Bercili by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan yang sesuai (maz guna ikan bawal emas)
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 ulas bawang putih - mayang
  • 1 ulas bawang merah - mayang
  • 1 labu bawang besar - dipotong/belah
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit lobak merah - potong panjang @ sayuran lain
  • 1-2 biji cili hijau dan daun ketumbar - hiasan
  • sedikit gula, garam dan aji sebagai perasa

Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih dan lumurkan dengan sedikit garam kunyit. Goreng seperti biasa. Angkat dan ketepikan.
 
2. Dengan kuali yang sama, tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak dan tumis bawang yang dimayang, kemudian masukkan cili kisar. Masak seketika.
 
3. Masukkan sos dan sayur, kacau sebati. Kemudian masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa.
 
4. Akhir sekali masukkan bawang besar. Boleh la dituang atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan cili hijau dan daun ketumbar. Siap..

terima kasih skli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik maz ni..sesunggunya yg sempurna itu datang dariNya..salam ukhuwah buat tetamu yang budiman..semoga jumpa lagi..insyaallah..

Sunday, March 3, 2013

Chicken Burritos

Assalamualaikum..ni pun kira snak yg cepat dimsak..sedap dimkn..dah slalu sangt duk buat burrito ni sbb pebret anak2..lgipun mudah sngat nk sdiakan..buat utk mkn ptg atau bkal pergi skolah..klu utk bkal tu maz dah siap gulung dan simpan dlm peti..pgi esknya cuma grill je..burrito ni bleh je isi apa2 ikut slera..isi ayam..daging dan sbgainya..yg ni maz cuma guna kepingan burger ayam..goreng skejap atas kuali leper dan bleh la digulung bersama dgn bahan smpingan yg lain..akhir kata terima kasih buat pengunjung yg masih sudi singgah ke ilham dapur yang xseberapa ni..mohon maaf atas segala kekurangan yang ada..
Chicken Burritos by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 keping roti tortilla
  • 3 keping burger ayam
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar - dadu
  • 4 keping cheese
  • sedikit jagung manis - maz guna jagung tin
  • sedikit daun salad
  • sos cili dan mayonis secukupnya
Cara
1. Panaskan sedikit mentega dan  goreng daging burger hingga masak dikedua bahagian. Ketepikan
2. Dengan kuali yang sama terus masukkan bawang, masak sekejap agar bawang lembut, kemudian masukkan jagung dan buah tomato. Padamkan api dan kacau agar sebati dengan mentega lebihan goreng daging burger tadi.
3. Potong memanjang daging burger. Ambil sekeping roti tortilla dan letak sedikit daun salad, kemudian susun daging burger dan campuran bawang. Tuang sos cili, mayonis dan letak kepingan cheese. Lipat kiri dan kanan kemudian gulung. Buat sampai habis.
4. Panaskan pembakar roti dan grill sekejap agar cheese cair dan tortila sedikit garing - maz guna pembakar roti yg jenis grill tu...atau boleh masuk dalam oven sekejap atau lagi senang panaskan kuali non stick dan bakar atas dapur sekejap..

mcm2 bleh isi dlm perut burritos ni..pastu isi plak lam perut kita kan..alhamdulillah kenyang..memang sdpp..slalunya maz guna isi ayam segar..tpi hri buat yg ni ayamnya keras mcm batu lam pti..jdi sambar je la dging burger..semoga jumpa lagi..insyaallah..