Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, June 1, 2010

Moist Brownies & TAHNIAH Dapur Tanpa Sempadan

Assalamualaikum...dikesempatan ni kita nak ucapakan TAHNIAH buat top blogger kita smua yg mana hasil air tangannya selama ini telah berjaya MEMIKAT hati pengarang JELITA...DAPUR TANPA SEMPADAN telah menghiasai ruangan resepi majalah tersebut dengan cukup bergaya..dengan menu2nya yang enak dan susun atur gambar oleh brother Cik Mat begitu sempurna..ditambah pulak dengan pengunaan set pinggan magkuk antik serta moden yang begitu menawan.. tahniah skli lagi dari kmaz kat sni plak ye...mlm tadi ucap melalui sms...mksih jgk buat Kak Ummi sbb share berita tu dgn kita semua...

ok la menu kita pgi ni pun menu tertungak jgk..kek ni kita buat hri sabtu yg lepas...xde plan langsung nk buat brwnies ni...cuma last minit je bru trasa nak buat...buat ni pun utk adik bongsu kita yg dtg rmah smpena cuti hari wesak tu...jdi kek ni sbgai buah tngan utknya bawa blik mkn dgn kawan2 dia kat hostel...adik kita duk blajar kat kuantan...rspi dari Kak Liza @ Chef Hanieliza FP yg kita copy dri dpur Kak Yatie US...mksih ye kakak berdua...kita xamik spotong pun kek tu...smua bgi pada adik...tpi teksture brownies ni memang moist...adik kita pun ckp sdppppp..licinnn...lain kli bleh buat lgi..ok insyaallah nti jumpa lagi...kita nak kluar dulu...ada appoiment nak antar krete services pkul 9 nti...tghri bru ada kat umah...smua kna buat sndriii le...hehe..

deko pun kelam kabut takut xsempat adik nak bwa blik belah mlmnya..cuma kita tambah almond slice sblum bakar...tu yg npak putih2 skit...

ni dah siap msuk kotak...

Sumber Resipi : Kak Liza FP & Kak Yatie US
Bahan A

  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang

Bahan B [kacau rata]

  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B - kita guna gred A

Bahan C [ayakkan]

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara untuk kek

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit. - kita bakar selama 40 minit dengan suhu 150 C
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping

  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair

Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

1 comment:

  1. salam kak maz,
    apa khabar? saya mai temankan kak maz ni. ciannya kena buat sorang2. dari jauh nampak bronis. dah abes ya kak? hihi. baru sempat blogwalkin. byk hal rumahtangga jugak. hihi

    ReplyDelete