Assalamualaikum..dah lama duk menebar roti canai ni..bru rezkinya nk kluar kat sni..klu nak kira rasanya tiap2 bln buat roti canai sdri ni sbb anak2 suka..tpi duk buat roti telur nga roti pisang je..roti kosong anak2 xsuke la plak..tpi yg dlm pic ni tebar khas utk posing kat sni yg buat hjung bln lepas lgi smuanya ni..smlm pun menguli lagi...pestime blajar menebar roti canai ni msa memula duk bahrain dulu..ikut rspi Joayee (myresipi) ..tapi pastu maz main agak2 je sbb buat xbanyk..skli uli biasanya dpt dlm 8-10 biji..cukup utk 2 kali tebar gituw..mkn pgi dan ptg atau mlmnya..klu xhbis tebar maz akan masuk dlm bekas dan simpan dlm peti..bila nk tebar kluar awal2 bagi doh tu jdi lembut dulu..kat bawah ni maz letak rspi yg selalu buat ikut sukatan kecil dan cara maz..apa2 pun mksih pada tuan respi dan mintak halal ye apa yg diubah tu...
roti telur ni memang pabret semua la..slalunya anak2 mkn dgn susu pekat atau pun gula..tpi hari tu kebetulan masak kari ayam..jdi posing la dia dgn kari..memang kena la pasangannya..memang dapp cicah kari...
Roti Canai by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (8-9 biji)
- 2 cawan tepung gandum (yg murah tu je)
- 1/2 cawan air
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar mentega lembut
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 3 sudu besar telur (pecahkan telur, kocok dan amik 3 sudu)
- mentega lembut secukupnya (untuk sapu pada doh) *
Cara
1. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan kecuali tepung gandum dan bahan yang bertanda *. Kacau sebati dengan sudu.
2. Kemudian masukkan 1 1/2 cawan tepung sambil dikacau buat pusingan jam, kemudian boleh la diuli hingga sebati sambil ditambah sikit-sikit tepung yang masih berbaki. Uli selama 10-13 minit hingga jadi doh yang licin dan kenyal. (kalau rasa lembik, boleh la ditambah 1-2 sudu besar lagi tepung semasa menguli.
3. Sapukan mentega lembut pada seluruh dasar bekas yang sesuai, kemudian bulatkan doh sebesar bola golf dan sapu mentega pada seluruh doh. Buat sampai habis.
4. Tutup bekas (maz tutup dengan pinggan je) dan rehatkan selama 4-5 jam atau semalaman pada suhu bilik (biasanya maz uli malam dan tebar pagi esok). Kemudian boleh la ditebar.
5. Cara nak tebar, amik sebiji doh dan leperkan guna hujung telapak tangan hingga jadi nipis dan 2x ganda saiz asal. Kemudian angkat dan tebar atas permukaan yang luas yang telah disapu dengan sedikit minyak.
6. Untuk roti canai kosong, bila dah siap tebar, amgkat/pegang dari hujung doh (maksudnya macam pegang hujung tuala gitu), kemudian letak hujung bawahnya atas tempat tebar dan buat bulatan, macam lilit tali tu, pastu tekan-tekan biar jadi bentuk bulat yang nipis. Boleh la digoreng atas kuali leper yang telah dituang sedikit minyak dengan api perlahan (maz guna kuali roti canai yang hitam tu).
7. Kalau nak buat roti telur, sapukan telur pada seluruh doh yang telah ditebar, lipat kiri dan kanan buat saiz 4 segi.
8. Roti pisang pulak, sapu sikit mentega pada doh yang telah ditebar, susun pisang yang telah dihiris nipis dan taburkan sedikit gula. Lipat 4 segi jugak.
ni rupe roti pisangnya..mkn dgn susu cair..memang sedappp kan..sblah ni doh yg bru siap..klu yg dah direhatkan selama 4-5 jam dohnya dah jdi lembut..akhir kata terima kasih pada yg sudi bertandang ke ilham dapur..mohon maaf andai ada salah dan silap..semoga jumpa lagi..insyaallah..