Assalamualikum..wpun kat umah ni pminat kek2 ni teramat la kurangnya..tpi skali skala hati ni tringin jgk nk membking..tpi memang betul kan..klu lama xbuat xleh jgkk..nti bleh lupaa..kek ni ilham dri kek Red Velvet Marble Cheese Brownis yg buat dulu..tapi kli ni tukar clor dan buat orange kek..wrnanya menarik jgk dan mewah dgn rasa orange..cuma kli ni buat stlye bar..utk lapisan kek tu kita ejus rspi soft orange delight cake dri buku kek yg ada lam simpnan..kek ni spruh kita bgi pda kwn semasa kelas mengaji pgi khmis lepas...
mcm slalu la..umah ni xleh nk tnggalkan bnyk2..sbbnya dh xde org yg nk hbiskan..sibaik kek ni pun saiznya kecik je..
tksture kek ni memang lembut dan moist..ni pun posing cpat2 sblum kluar umah nk bwa bgi pda kwn yg mengaji sma nga kita kat masjid..
Orange Marble Cheese Bar Cake by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang 7x7)
Bahan A
- 40ml sunquick orange
- 50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
- 2 kuning telur saiz A
- 60g tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1-2 titik pewarna orange
Bahan B
- 2 putih telur saiz A
- 40g gula halus
- 1/8 sudu kecil garam
Bahan C
- 200g cream cheese suhu bilik
- 1 biji telur saiz A
- 50g gula halus
- 1/2 sudu kecil lemon jus
Cara
1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.
2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.
3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.
4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.
5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.
6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.
7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.
8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.
9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong.
jamu mata je la ye..kita sdri pun mkn sptong jee..xgemor sngat kek2 ni..kita suke buah atas kek tu lgi..hahaa..
alamak sedapnya kak..leh terasa rasa cheese kat mulut ni ha..hehhehe
ReplyDeletehadoi...bila la saya ni nak jadi rajin mcm akak masak mcm2 nih..
ReplyDeletealaaa kak...hantar la kat sini sikit...hihihihhi
ReplyDeleteMaz...
ReplyDeleteboleh buat gak nih
senang ajer bahan2..
tapi kena cari cisss dulu..
kalau duduk berjiran akak paling untung...
Salam Maz,cantik warnanya.Merah kuning..warna peberet kak ros tu sebab tadika kak ros pun itula kalenya....
ReplyDeletecantik sgt bar cake akak ni.. letak cream cheese bertambah2 sedapnyer.
ReplyDeletesalam maz. emmm .... sedapnya .... tergugat tgk kek oren tu
ReplyDeleteAs'salam Maz
ReplyDeleteSama lebih kurang dekat rumah k.ct ni. Kalau buat kek tak boleh buat banyak2 macam dulu. anak2 dah macam jemu nak makan kek bagai. Tu yang buat kadang 1/2 adunan atau bubuh dalam papercup jer. K.ct pun dah kurang jer maklumlah dah berusia ni kena jaga juga kesihatan kan Maz..hihi
K.ct berkenan juga dengan resipi ni Maz. nanti nak cuba juga. k.ct mintak halal amik resipi dulu ya Maz.. tr kasih banyak2 :)
Assalam Maaaaaaaaazzz cayang....ting tong...ada ke xda tuh..hehhee. Waaah meletopss la cheese bar ko nih...cantik jek putih melepak cis kat atas tuh....Pasti ramai yang minat ni Maz, ko kena terima pinangan majalah ni Maz...byk resepi ko meletup-letupsss ni haaa...
ReplyDeleteAssalam maz,
ReplyDeletenampak memang menarik lah recipe ni..ada perasa oren itu yang akak suka..aduhai kalau datang sini semuanya akak nak cuba tau..sabor ajelah kan..hehe
maz~my dear friends..
ReplyDeletemksih ye sdi singah dpur kita tgk kek oren yg xsbrapa tu..
Salam kak Maz,
ReplyDeleteFirst time kita singgah sini , menarik blog ni...kita terus follow...tq nnt kita nak try resepi kat sini ya..