Thursday, April 14, 2016

Hainanese Chicken Rice

 Assalamualaikum w.b.t
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau dalam perjalanan'  "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen..
bersiaran sekli lgi, cuaca cerah pagi ni..bahang musim panas pun dh mula terasa, jom jamu mata dgn nasi ayam hainan plak..rsanya lama dh jgk xupdate menu nasi ayam, sblum ni kerap jgk n3 nasi ayam ni..bleh belek kat label nasi, set nasi yg anak2 suka sangat..klu buat 3-4x seminggu pun tkpe, sbb dh selalu sangat duk buat nasi ayam..yg ni tukar stail skit buat nasi hainanese, nasinya wangi dgn aroma segar dari bahan tumis dan daun pandan..semerbak 1 rumah, cara penyedian nasi ayam ni mudah sangat sebenarnya kan..pastu senang sbb xpyah nk masak 2-3 jenis lauk, mkn pun sedapp! Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

 
yg duk buat sblum2 ni nasinya warna kuning cerah, kli ni tukar warna sedikit..utk nasi ni masuk sedikit campuran sos yang lumur pada ayam sblum dibakar tu..

HAINANESE CHICKEN RICE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam
  • 2 inci halia
  • 1 labu bawang putih
  • 1/2 sudu besar kicap manis *
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1/2 sudu besar madu *
  • garam secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat halia dan bawang putih, amik separuh dan lumur pada ayam termasuk dicelah kulit, separuh lagi tu ketepikan untuk guna kemudian.
2. Didihkan air dengan sedikit garam atau serbuk pati, masukkan ayam dan rebus hingga ayam lembut dalam 20-25 minit atau bergantung pada saiz ayam, keluarkan ayam dan simpan air rebusan.
3. Ambil separuh pulak dari bahan tumbuk yang disimpan tadi, sebatikan dengan semua bahan bertanda *, ketepikan 1 sudu kecil campuran ni untuk masak nasi, yang selebihnya lumur pada ayam.
4. Letak ayam dalam loyang, bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.

Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - cuci, toskan
  • 2 helai daun pandan - simpul
  • 1/2 inci halia - hiris nipis
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • 1 kiub pati ayam/garam
  • baki bahan tumbuk dari ayam
Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk yang disimpan tadi biar naik bau, masukkan daun pandan.
2. Masukkan campuran sos (baki untuk lumur pada ayam tadi), beras, halia dan separuh air dari rebusan ayam (simpan sikit untuk sup), kalau air rebusan tak cukup, boleh tambah air biasa dan tambah kicap lagi jika perlu.
3. Masukkan kiub pati atau garam secukup rasa, masak seperti biasa, bila nasi dah mendidih kacau sikit biar sebati, biar nasi masak sepenuhnya.
4. Sedia dihidang bersama kicap, air cili, salad dan sup (sup tu masak balik sekejap dan suaikan secukup rasa), tabur bawang goreng dan sedikit daun bawang.
5. Untuk resipi air cili dan kicap ada kat sini.

nasi yg mudah dan sedap! maz guna beras basmathi, selalunya guna beras wangi..rsanya mungkin hbis stok beras wangi kut, xingat dh lama duk peram, mujur la lepas buat tu terus tulis rspi kat note..sbnranya nasi ayam ni kejadian bln 2 lagik! 

6 comments:

  1. Lain kali guna resepi ni la plk masak nasi ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nti bleh la try Adda, semoga kena dgn selera Adda sklrga..nasi ayam ni mudah sangat deh, kmaz suka yg jenis mudah2 ni..

      Delete
  2. Assalam Maz,
    nasi ayam pun memang favourite anak2 akak..selalunya akak masak nasi ayam guna nasi ayam ipoh...lain kali bolehlah cuba yang ni ..ayamnya dibakar pula..kalau jenis ayam yang putih aje tu..rasa2nya kurang sikitlah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak, budak2 memang suka nasi ayam ni kan..senang nk mkn kut 1 lauk je..rmah kita yg putih pun jln jgk, asal nasi ayam..kita suka buat nasi ayam, sbb mudah kan..semoga kena dgn citarasa kak sklrga..

      Delete
  3. As salam Maz
    Ayamnya nampak juicy...sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam en.rosdi
      Alhamdulillah, sbb bakar pun xlama kan..ayam tu direbus dlu..

      Delete