Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, February 26, 2015

Nasi Ayam Lagi..Anak-Anak Tak Pernah Jemu

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..memlm kluar nasi ayam la plak deh...sbnarnya klu bleh tnk cepat2 berabiskan gambar lama dlm folder tu...bnyk sngat lgik...nasi ayam ni pun dh berbln peram...menu yg dpt sambutan kat rumah ni...suka sungguh abangngah dgn afiq klu nasi ayam ni...memang senng kje la klu msak nasi ayam ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

rsanya semua budak suka klu nasi ayam ni kan...mkn nasi putih pun lauk kna ayam jgk...nak2 klu ayam greng tu...

Nasi Ayam Lagi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - cuci bersih dan toskan
  • 2 inci halia - ketuk
  • 2 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit pun takpe
  • 1 kiub pati ayam atau garam secukup rasa
  • 3 inci halia - tumbuk lumat * 
  • 5-6 ulas bawang putih - tumbuk lumat *
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1 sudu kecil sos cili *
  • 1 sudu besar kicap manis *
Cara
1. Dalam periuk panaskan air secukupnya (kira tenggelam ayam), ambil 1/2 sudu besar bahan tumbuk tadi dan lumur pada seluruh ayam, kemudian masukkan dalam air tadi bersama sedikit garam atau kiub pati dan rebus dengan api sederhana selama 35-40 minit.
2. Bila dah masak keluarkan ayam dan simpan dulu air rebusannya. 
3. Ambil sedikit dari bahan tumbuk dan sebatikan dengan semua bahan * , lumur pada seluruh ayam dan masukkan dalam dulang dan bakar selama 30-35 minit dengan suhu 170 C atau hingga perang.

Nasi
  • 2 cawan beras wangi
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • 3 sudu besar minyak sayur
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit bahan tumbuk
Cara
1. Panaskan minyak (maz terus guna rice cooker) dan amik sedikit dari bahan tumbuk untuk ayam tadi, tumis biar wangi. Kemudian masukkan daun pandan dan air rebusan ayam atau sedikit air lagi jika rasa air rebusan tak cukup sebab kena simpan untuk sup juga.
2. Bila dan mendidih masukkan beras, halia dan sedikit garam atau pati ayam dan secubit serbuk kunyit, masak seperti biasa hingga nasi masak.
3. Boleh la dihidang bersama salad, sambal cili, kicap dan ayam tadi.

Kicap
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil bahan tumbuk (halia+bawang putih tadi)
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu @ gula perang
  • sedikit kicap manis
  • 3-4 titik minyak bijan
Cara : Sebatikan semua bahan, masak sambil dikacau selalu hingga bertukar warna jadi gelap,  berkilat dan pekat, perasa secukup rasa.

Sambal Cili
  • 5-6 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar sos cili
  • garam gula secukup rasa
Cara : Kisar semua bahan bersama 1 cawan air hingga lumat, kemudian masak hingga mendidih, perasa secukup rasa dan masak biar sambal pekat sikit. Sejukkan

acap kli jgk dah n3 nasi ayam sblum ni...5 hri lepas pun buat nasi ayam jgk...meratah dgn sambal cili pun dh ckuppp sedapp ayam panggang ni...bgi yg diet la deh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...