Saturday, April 16, 2016

Soto Padang

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
kerap plak update menu sup smjak kbelakang ni, cuba sup dri tanah seberang plak..sbnarnya xde plan langsung nk buat soto padang ni, satu hritu bila tnya esk nk mkn apa..tetiba yg bongsu ckp, mommy, teringin la nk mkn sup dgn nasi mcm yg kita mkn kat Indonesia dlu..tpi ni cerita awal bln 3 hritu lagik la ye, mcm biasa la kena peram dlu..selalunya maz memang akan tnya mintak idea utk masak, senang sikit xde nk pikir bnyk bila ada yg bagi suggestion kan! Alhamdulillah puas hati la semua dpt mkn soto padang ni! memang sedap, kat rumah ni klu jenis sup gini hari2 pun tkpe..kelainan soto padang ni dagingnya digoreng plak selepas rebus, supnya agak berempah sikit dan aroma segar daun limau purut semerbak baunya! pastu dihidang dgn begedil kentang dan keropok warna warni..utk rempah tumisnya tu maz ikut mcm rspi kari gaya india yg pernah duk masak sblum2 ni, kat sini pun ada, cuma ubah skit2..sama jgk dgn sup daun limau purut ni, terima kasih skli lgi pada yg sudi singgah dpur kcik ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama, maaf atas segala silap yg ada dan Inysaa Allah jumpa lagi..

SOTO PADANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging - potong kasar
  • 1 labu bawang besar bombay, kalau kecik guna 2 *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 3 hiris hunyit hidup *
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 biji buah keras - tumbuk halus
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 kayu manis, 3 bunga lawang, 5 biji bunga cengkih, 5 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit kicap manis - untuk gelapkan kuah
  • garam, gula dan aji 
  • begedil kentang, keropok, nasi putih, daun bawang/daun sup, bawang goreng
Cara

1. Dengan pengisar kering, kisar lumat semua bahan bertanda *
2. Dalam periuk tekanan panaskan minyak secukupnya untuk menumis, masukkan rempah 4 sekawan, kemudian masuk bahan kisar, serai dan tumis biar wangi dan rencah masak.
3. Masukkan semua rempah serbuk, tumis seketika lagi, masukkan air secukupnya (dalam 1 1/2 liter, atau kira padan dengan bahan rempah), masak biar mendidih.
4. Masukkan daging, daun limau purut, asam gelugur, sedikit kicap manis dan perasa secukup rasa.
5. Tutup periuk tekanan dengan sempurna, masak dengan api perlahan selama 30 minit atau bergantung pada jenis daging.
6. Bila dah masak, buka periuk tekanan seperti arahan. keluarkan daging dan toskan.
7. Panaskan minyak, goreng daging sekejap sekadar sedikit perang sambil dikacau balik selalu, angkat dan toskan.
8. Hiris nipis daging, boleh la dihidang bersama nasi putih, keropok warna warni, begedil, daun bawang, bawang goreng atau sambal kicap jika suka.

kebetulan stok keropok pun ada, memang dri indon pon keropok yg ada jual kat asian store..masakan indon ni ada mcm2 kan, sampai meja mkn yg 2 meter pun xckup nk letak segala jenis lauk pauknya, rambang mata nk pilih yg mna..kulinarnya cukup hebat la..

1 comment:

  1. Assalam Maz,
    Kalau kat rumah Rosdi ni pun sama juga.. kalau sup sup mcm ni memang makan berulang. Nampak menyelerakan betul.

    ReplyDelete