Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, April 1, 2016

Bihun Sup Istimewa Daun Limau Purut

Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
mencari kelain dri sup biasa, mungkin ada yg rsa mcm pelik je menu kli ni..sesuai ke masuk daun limau purut dlm sup deh? tpi ternyata supnya lain dri sup biasa..jujur maz ckp, sedapp! xde rsa pun daun limau tu..cuma sup tu wangi lain baunya, satu rumah semerbak bau masa rebus ayam tu..wangi daun limau dan aroma rempah yg ckup segar, sma mcm thai boat noodle ni masuk akar daun ketumbar..tu la rahsia yg buat sup tu sedap! jdi bihun sup ni maz buat dgn masuk daun limau purut plak..dan hasilnya amat memuaskan, suami memang pabret dia la klu sup gini..sedap sangat katanya, Alhamdulillah semua dgn izinNya..sbnarnya dh 2x la buat bihun sup daun limau purut ni, semua demand sruh buat lgi..ni kejadian pertengahan bln hritu, ada satu lgi menu mee kari dlm folder tu pun maz masuk daun limau purut jgk, kuahnya rsa xmuak dan ckup istemewa..Inyaa Allah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

bebola tu klu xletak pun takpe, maz guna bebola yg buat sdrik..tu yg rupenya lain skit, memang sedap la bihun sup ni..kicap tu agak-agak la ye nk kuah tu gelap mcmana..

BIHUN SUP ISTIMEWA DAUN LIMAU PURUT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam
  • 1 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3cm inci halia *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 2 biji buah keras - tumbuk lumat
  • 1 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 bunga cengkih, 5 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 keping kecik asam gelugur
  • sedikat kicap (untuk gelapkan kuah)
  • garam, gula dan aji
  • sedikit minyak untuk menumis
  • bihun celur 
  • daun bawang/ daun sup/bawang goreng/taugeh/sambal kicap (cili padi+kicap, kisar)
Cara

1. Cuci ayam dan buang semua kulit, dengan pengiisar kering, kisar lumat semua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak untuk menumis secukupnya, masukkan rempah 4 sekawan dan tumis sekejap, kemudian masukkan bahan kisar,  tumis hingga masak dan wangi.
3. Masukkan rempah serbuk dan buah keras, tumis sekejap, masukkan air secukupnya (dalam 2 liter), daun limau purut, asam gelugur dan kicap secukupnya, masak biar mendidih.
4. Masukkan ayam, perasa secukup rasa dan masak hingga ayam lembut dengan api sederhana, kalau nak letak bebola bila ayam dah lembut baru masukkan.
5. Boleh la dihidang bersama bihun, isi ayam yang telah dicarik-carik dan bahan sampingan yang lain.

taugeh tu xpayah celur, maz suka mkn yg rangup gitu..lagipun panas kuah sup ckup utk layukan taugeh, klu nk tahu keistemewaan bihun sup daun limau purut ni, kena cuba dlu..wangi supnya mengoda sungguh..

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Mtk halal perkongsian ini... Tq sedap sgt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...