Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, March 19, 2016

Kari Ayam Aseel (Tanpa Santan)

Assalamualaikum w.b.t
 'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah SWT guide us all to truth and keep us on the straight path, Ameen.
pelik je bunyi kari kli ni deh! ada cerita disebaliknya..sekali lagi kari tanpa santan, cuma yg ni lain skit sbb masuk serbuk kari..sbnarnya maz cuba nak buat kari ayam yg mkn masa kat Mekah baru ni, sempat la duk ulang beli kari kat restoran dekat dgn hotel Aseel yg kami tinggal..jdi tu yg bagi nama Aseel, takpe la ye! karinya rsa light gitu dan warna kuning cerah, memang sedap la..kami mkn dgn roti naan, xmuak mcm kari kita..puas hati sangat dgn percubaan pertama ni, memang dh lama la xbuat kari masuk santan..maz rekmen sangat utk dicuba kari ayam ni, sedapp! kena dgn citarasa kami sklrga, kejadiannya dh lama jgk ni..buat pas balik umrah haritu, mkn dgn roti jala ni..anak2 memang suka sangat roti jala, klu 2 cwn tepung tu bleh hbis la adik dgn abangngah mkn..suami dan anak2 pun kata sedap la kari ni mummy, Alhamdulillah semua dgn izinNya..Inysaa Allah sampai bersama lgi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

KARI AYAM ASEEL ( TANPA SANTAN) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam - potong saiz sederhana kecil
  • 1 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 hiris halia *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecik serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit - jika perlu
  • 1 kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 3 bunga lawang (rempah 4 sekawan)
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 biji cili hijau 
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • sedikit minyak sayur/masak untuk menumis
Cara

1. Cuci ayam dan toskan.
2. Kisar semua bahan bertanda * biar lumat.
3. Dalam periuk panaskan minyak untuk menumis secukupnya, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar, tumis biar wangi dan bawang masak.
4. Masukkan semua jenis rempah serbuk, kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak, masukkan 2-3 sudu air.
5. Masukkan ayam, sebatikan dengan bahan rempah dan masak biar ayam keluarkan airnya.
6. Masukkan air (jangan banyak sangat ye, kira padan dengan bahan rencah), ubi kentang, garam, gula, cili hijau dan masak biar mendidih lama sikit hingga ayam dan kentang lembut.
7. Perasa secukup rasa, bila kuah dah sedikit pekat boleh la padamkan api, maz buat makan dengan roti jala.

dh banyak hri rsa nk buat roti jala dgn kari ni lagi, tpi tu la asik tertangguh je..kari yg kat restoran tu memang jenis banyk minyak gini, xterlintas plak nk amik gambarnya masa tu..kami tapau je blik mkn kat hotel, kat area Mekah tu xada restoran yg ada famili section..biasanya utk lelaki je, sma la mcm kat sni..kedai atau restoran diasingkan tempat makan org bujang dgn famili..utk famili biasanya tingkat atas, siap ada curtain semua..memang ckup privacy la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...