Allazi na iza asa bathum musibahtun qa lu inna lilla hi wa inna ilaihi ra ji'u_n...(Al Baqarah-156)
Maksudnya:
iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua lah kami kembali"...
Assalamualaikum w.b.t...apa khbar semua smoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya...pgi ni baru turn kek ni nk muncul kat sni...dah 3x buat kek ni...demand sbb top on carta lah buat msa ni bagi selera kami anak beranak...kejadiannya ni awal bln lepas...saja xnk update kek2 ni slalu sngat...simpan time xmembaking...biasanya buat kek ni sbgai mknan tambahan utk mlmnya sbb xde nasi...mkn ringan2 je...jdi skli skala tu maz buat kek atau dessert...tpi klu kek plain tu xmau plak...nk yg mkn dgn sudu gituw...sbb tu dpur ni bnyk ciskek...kek ni lapisan creamnya tu olahan dri rspi
red velvet cheese cake hritu...dan digandingkan dgn moist coklat kek...maka trjdilah kek yg amat2 sedappp nii...mewah sngat rasanya...memang sensasii!...maz ni bkn minat sngat dgn kek2 ni...tpi yg ni benar2 menambat kalbu...memang jatuh cintan dgn rsanya...Alhamdulillah semua dgn izinNya...nama tu main letak je...utk lapisan moist coklat kek tu maz ubah suai rspi nan
satu ni...stkat ni utk moist coklat kek maz setia dgn rspi ni...memang puas hti wpun xkukus buat steambath...tpi keknya memang moist...jazakillahukhairan
Kak Zaima dan Teratak Chetam atas ilmu yg dikongsi dan maz jdikan panduan utk hasilkan kek baru ni...akhir kata mohon maaf atas segala salah dan silap...semoga jumpa lagi...insyaa Allah...
memang enakk skli...kombinasi moist coklat kek dgn creamy cheese yg sesuai...aduhhh sedappnya!...omputih kata fall in love with first bite...xthan tengok kek lam pinggan nih...lapisan cheesenya xmuak sbb gna cream cheese xbanyk dan dicampur dgn whip cream...
Creamy Chocolate Sensation
by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-Bahan
Lapisan Coklat
- 90g gula pasir halus
- 40g serbuk koko
- 120ml susu cair
- 120ml mentega cair - maz guna unsalted butter
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 80g allpurpose flour
- 1 biji telur gred A
- 1/3 cawan coklat chip - gaul dengan 1/2 sudu besar tepung (pls don’t skip this ingredient)
- 1/2 sudu kecil soda baikarbonat
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil essen vanilla
- 1/2 sudu kecil garam - jika guna mentega biasa (bergaram) tak perlu
Cara
1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan air panas mendidih serta satu loyang besar untuk steambath.
2. Dalam mangkuk yang sesuai satukan mentega cair , gula halus, susu cair, serbuk koko dan susu pekat. Kacau sebati dengan wishk atau senduk kayu.
3. Dalam mangkuk kecil pukul sekejap telur dengan wishk atau garfu.
4. Masukkan telur dan vanilla dalam campuran koko dan kacau sebati.
5. Satukan tepung, garam, soda bikarbonat dan baking powder.
6. Ayak campuran tepung tadi dalam bancuhan koko dan kacau sebati. Masukkan coklat chip dan kacau balik.
6. Tuang dalam bekas kaca yang tahan panas (bekas tu biar tinggi sikit, nati kek naik dan nak letak lapisan cream lagi) dan tutup dengan aluminium foil. Bakar cara waterbath/steambath (bekas kek dalam loyang air panas) selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada jenis oven masing-masing (cucuk kek dengan lidi, kalau kek tak lekat kat lidi, kek masak).
7. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan terus tuang toping coklat tadi atas kek sepenuhnya. Biarkan sekejap dalam 10 minit agar kek sejuk sikit.
8. Lepas tu boleh la dituang lapisan cheese tadi perlahan-lahan. Tutup kek dengan aluminium foil/plastik dan simpan dalam peti dulu selama 2-3 jam. Kemudian boleh la dihias dengan sedikit coklat masakan yang disagat dan sedikit buah strawberi atau rasberi/kiwi/manga/. Selamat mencuba...
Nota : Sebelum putar whip cream tu, maz masukkan dulu 15-20 minit mangkuk dan mata mixer dalam freezer agar whip cream senang nak putar, sebab kalau tak cukup sejuk susah nak kental, takut nanti cream akan rosak jika terlebih putar.
2. Insyaa Allah jika betul cara buat akan hasilkan kek yang amat moist. Jadi kena arif dengan perangai oven masing-masing. Kalau oven tu jenis panas, kena kurangkan suhunya dan tahu masa yang sesuai. Loyang untuk air panas juga akan mempengaruhi kek yang dihasilkan. Kalau loyang air panas tu kecil, maknanya air panas sikit, jadi kek tak dapat melalui proses steambath dengan sempurna. Maz guna loyang besar dan isi dengan 2 litter air mendidih, tenggelam separuh bekas kek - (maz cadangkan buat malam dan simpan dalam peti dulu, esok baru makan, lebih sensasi lagi rasanya)
Lapisan Cheese
Bahan-bahan
100ml whipping cream UHT
1/2 sudu kecil lemon jus
100g cream cheese
2 sudu besar susu segar
1/4 cawan gula halus
secubit garam
Cara
1. Putar whip cream dengan lemon jus hingga kental/pekat sikit. Ketepikan
2. Satukan cream cheese, gula, garam, susu segar dan putar sebati (dalam 1 minit).
3. Masukkan no 1 dalam no 2 dan kaup balik sebati. Simpan dalam peti dulu sementara tunggu kek masak.
Toping Coklat
Bahan-bahan
- 85g coklat masakan - patahkan
- 1/2 sudu besar mentega - maz guna unsalted butter
- 60ml whipping cream
Cara : Dalam bekas sesuai yang kering dan bersih, suamkan whip cream sekejap secara double boiler dengan api perlahan. Kemudian masukkan coklat masakan dan kacau selalu. Masukkan mentega, sebatikan dan coklat cair sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
tgkk kek ni terasa nk mkn lgii...ingat nk buat plak hri ni...klu dak pun eskk kut...sbb banyak kerja yg duk menungguu kat dpur tuu...