Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, February 13, 2014

Sweet Chilli Chicken Wings

 
Alhamdulillah hirobil 'alamin...Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguasi semesta alam...
 
 Assalamualaikum w.b.t...Syukur atas segala rahmat dan nikmatNya...semoga dipermudahkan segala urusan yang memberi kebaikkan pada kita...in syaa Allah...bertemu skli lgi...asalnya kepak ayam ni nak buat buffalo wing respi yg gna red hot sos tu...tpi msa nk masak tu cri2 sos tu xde la plak...maka dah xde hot sos tu dikotrakan dgn sweet sos yg ada kat dpur...jdi ni la hasilnya...klu dah manis2 tu memang la anak2 suka...mtak sruh buat lgi...Alhamdulillah semua dtg driNya jua...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semoga jumpa lgi...in syaa Allah...
 

cara masak kepak ayam ni maz amik idea dan ubah suai sikit rspi buffalo wing yg salut guna red hot sos dri satu web mat saleh..

Sweet Chilli Chicken Wings by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg kepak ayam saiz kecik - kerat 2 dan digaul dengan sedikit garam kunyit
  • 2 sudu besar allpurpose flour@tepung gandum berkualiti
  • 2 sudu besar tepung beras
Cara goreng ayam
 
1. Panaskan minyak dalam kuali secukupnya.
2. Satukan2 jenis tepung tadi, kemudian lumurkan ayam yang telah digaul garam kunyit dengan tepung hingga menyalut semua ayam dan goreng hingga masak (bukan garing ye). Goreng sekejap je dalam 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.

Bahan Sos (anggaran)
  • 5-6 sudu besar sos cili manis - maz guna sweet chilli sauce brand chef yg dijual kat sini (klu msia boleh guna sos cili thai dll)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil gula perang
  • 1-2 sudu besar air - jika perlu
Cara

1. Satukan semua 3 jenis sos dalam kuali yang kering tanpa minyak dan masak dengan api sederhana hingga berbuih. Kemudian masukkan gula perang dan masak lagi selama 2-3 minit. Tambah sedikit air jika perlu dan perasa secukup rasa jika ada yang kurang. Padamkan api.
2. Masukkan semua ayam yang digoreng tadi dan gaul sebati. Taburkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan.

selamat memasak utk semua...semoga penat lelah kita dlm sdiakan keperluan klrga mendapat ganjaran driNya...in syaa Alalh...
 
 
 


2 comments:

  1. assalamualaikum akak... semalam tengok ikut tingkap jek... sedapnya nengok kepak ayah tuh...sekeping dua memang tak cukup

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam cheq sue...takpe ikut tingkap pun...asalkan leh npak...hehee...sbb pintu slalu brtutup...ni la bru nk buka blik...jazakillahukhairan sdi singah ye sue...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...