Wednesday, September 30, 2015

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..rsanya mcm lama jgk dh xkluar kek kat dapur ni..bkn xmembaking, cuma kadang2 tu buat dgn keadaan nk cepat..malas nk make up apa, jdi tu yg xposing..cheese kek ni pun xhingat dh bila kejadiannya, bila klik kat gmbar tu tgk bertarikh 21hb 4 lgik..rupenya kejadian sblum Ramadhan lgik, sibaik la masa tgh buat tu tulis terus apa bahan yg diguna dlm phone..klu tak memang sah ler xhingat kan, ni pun kejadian kes nk perabis cream cheese..klu dah cheese kek tu memang sedapp la kan..lemak berkrim..tgk kek ni rsa teringin la plak nk mkn..Inysaa Allah semoga ketemu lgi dan harap dpt dimaafkan apa yg tidak sempurna dri maz..

buat pun kecik je, memang dri dlu gitu la..maz jarang buat kek versi banyak..kira skli mkn bleh hbis..

Oreo Cheese Cake (Baked) by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan (loyang loose base 5 inci)
  • 7-8 keping biskut oreo - untuk dasar kek
  • 200g cream cheese - suhu bilik, tapi maz terus guna je yang dari peti
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3 sudu besar sour cream
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 2-3 keping biskut oreo - hancur sedikit kasar *
Cara

1. Panaskan oven suhu 150 C. 
2. Untuk dasar kek, keluarkan krim putih biskut kemudian hancurkan sepenuhnya (maz masuk dalam plastik dan ketuk bagi hancur), kemudian tekan dalam loyang biar kemas dan rata, masukkan dalam peti sementara sediakan keknya.
3. Dalam mangkuk putar cream cheese dan gula sekejap, masukkan semua bahan lain kecuali biskut oreo dan putar sekadar sebatikan semua bahan.
4. Masukkan biskut bertanda * dan krim putih yang dari biskut untuk dasar kek tadi, kacau sikit biar biskut berselerak.
5. Tuang dalam loyang, tabur sikit lagi biskut atasnya (loyang ni mesti dibalut dengan aluminium foil biar kemas agar tidak masuk air), bakar secara waterbath (loyang kek dalam loyang yang berisi air panas).
6. Bakar selama 60-70 minit, bila kek dah masak buka sikit pintu oven dan biar kek sejuk dulu dalam oven sebelum dikeluarkan.
7. Sejukkan sepenuhnya selama 6-8 jam atau semalaman dalam peti.

rspi ni main ejus rspi kek oreo yg pernah buat dlu..kat rmah ni klu cheese kek ni memang laku la, suami dgn abangngah suka sangat..oreo skeping atas kek tu maz letak masa kek dh sejuk sepenuhnya..

Tuesday, September 29, 2015

Beef Bulgogi

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..brkesempatan utk update blog ni skli lgi, tpi tu pun dlm mood yg dipaksa2 jgk dh..mcm tu la klu dh cuti skejap tu mula la terasa malasnya nk buka dapur maya ni..mlm ni pun masih dgn cerita lauk yg dlm bln Ramadhan hritu lagik..pasangan dgn nasi lemak versi berlauk dlu...adoiii, lamanya peram deh! dapur xde ISO gini la..main ikut sedap je nk kluar yg mna dlu..ni pun masak main hentam je la labu..tkpe la asal kena dgn selera kan..buat pun skit bnor, tu je la smua...terima kasih skli lgi pada yg sdi singgah dapur yg suam-suam ni..mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan Insyaa Allah jumpa lgi..

Beef Bulgogi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging lembut/batang pinang - hiris nipis
  • 1/2 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit bijan/daun bawang
  • sedikit minyak sayur
Cara

1. Toskan daging biar kering, tumbuk atau cincang halia dan bawang putih kemudian gaulkan daging dengan semua bahan kecuali 2 bahan terakhir, perap sekejap dalam 1 jam.
2. Panaskan sedikit minyak (dalam 3-4 sudu) masukkan daging, biar sekejap kemudian balikkan agar masak sekata dan masak dalam 15-20 minit sambil dikacau sekali sekala sampai daging lembut.
3. Padamkan api, tabur sedikit bijan dan daun bawang jika suka bila menghidang.

xde lauk lain pun tkpe dah klu dpt dgn nasi panas ni..kat rmah ni asal masakan warna hitam gini pasti laku la, janji kicapp..meratah pun sedappp ni..

Tuesday, September 22, 2015

Lagi Cucur Udang Rangup II

 
Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar'..dlm bln ni dh 2-3x duk goreng cucur ni, ptg kelmarin pun buat utk berbuka puasa..tpi biasa la klu goreng utk berbuka atau bekpes memang xdan nk posing..yg ni goreng utk anak alas perut balik skolah sbb xmsak..tunggu masak utk berbuka..jdi tu yg boleh snap dlu..cucur udang ni antara kuih yg boleh kata teramat kerap duk buat, semua sukaa..skjap je licin 1 pinggan tu..cuma klu versi udang duk baring gini kena tunggu ada udg kecik la dlu kan, klu tak duk goreng yg jenis main cincang isinya mcm yg kat sini, skrang dh masuk musim udang, ada la jual udg kecik kat pasar, memang beli buat stok utk cucur je udg kecik ni..rspi sama je mcm yg duk buat sblum ni, kat sini pun ada..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik maz ni, harap dpt dimaafkan segala kekurangan yg ada dan Inysaa Allah semoga bersama lgi..

rangup diluar tpi dalamnya lembut..skli buat 1 cwn tepung je..tu pun dpt bnyk biji jgk..

Cucur Udang Rangup II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan allpurpose flour @ tepung gandum 
  • 1 sudu kecil yis kering (mauripan dll)
  • 160ml air sedikit suam @ secukupnya bergantung pada jenis tepung
  • 1/2 cawan daun bawang/kuchai @ secukupnya
  • udang saiz kecik secukupnya - buang kepala dan toskan biar betul-betul kering
  • sedikit garam/serbuk pati ayam
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
  • senduk bulat saiz 2 1/2 inci sebagai acuan cucur
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air dan yis, biar sekejap dalam 1 minit agar yis larut, kemudian masukkan semua bahan lain kecuali udang, sebatikan. Adunan ni macam adunan cekodok gitu, sukatan air tu mungkin berbeza jika guna tepung gandum biasa, bergantung pada kualiti dan jenis tepung, boleh tambah air sikit jika perlu.
2. Perap selama 30-40 minit atau adunan kembang secukupnya 
3. Bila dah cukup kembang, panaskan minyak secukupnya (maz guna periuk kecik, senang sikit), bila minyak dah betul-betul panas celupkan senduk bulat sekejap dalam minyak, kemudian ratakan 1 sudu atas senduk tadi biar jadi leper dan sedikit nipis. Letak 2 ekor udang, tekan sikit dan masukkan dalam minyak panas, biar tengelam ye senduk tu.
4. Biar dulu sekejap kemudian tolak-tolak sikit agar cucur tercabut dari senduk. 
5. Ulangi buat cara no 3 dan goreng hingga perang/garing dikedua bahagian.
6. Angkat dan toskan, boleh la dihidang dengan sos pilihan.

Sos Pencicah
  • 7-8 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili
  • gula secukupnya
  • sedikit garam
Cara : Dalam pengisar masukkan cili, bawang merah dan air secukupnya (dalam 1 cawan lebih sikit), kisar lumat, masukkan dalam periuk bersama sos cili, gula secukupnya dan sedikit garam, masak hingga mendidih lama sikit. Padamkan api dan sejuk sepenuhnya, boleh la dihidang bersama cucur kegemaran.

kat sni udg bermusim, dri bln 9 hingga bln 3 adalah musimnya..pastu xde jual udang la kat pasar..hanya ada dihypermarket, tu pun udang frozen..wpun dh masuk musimnya tapi klu udang kecik ni hnya ada jual kat pasar je..

Monday, September 21, 2015

Kari Ayam Tanpa Santan

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..Insyaa Allah tinggal beberapa hri lgi nk sambut Aidiladha, mungkin ada yg dh mula blik kampung..terutamanya belah klate, sana memang meriah raya haji..bunga api dum dam sana sni mcm raya puasa la jgk, dah 8 tahun rasanya xsambut raya hari haji dikampung kelahiran..rindu plak dgn suasana dulu2, klu blik kmpung ni anak-anak la yg paling suka sangat..ishh! jauh plak mengelamun pagi ni..jom cuci mata dgn kari ayam yg dlm puasa lepas jgk ni..kejdian awal bln 7 lagik..dh kerap sangat duk mkn kari india kat sni, jdi kita cuba masak kat rmah la plak..cicah dgn roti pun boleh..layan dgn nasi putih pun sedappp..Inysaa Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas kukurangan yg ada..

Kari Ayam Tanpa Santan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong saiz sederhana besar
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 tangkai daun kari 
  • 3 biji cili kering - kerat 3
  • 3 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis (cumin)
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1 keping asam gelugur
  • rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 buah pelaga, 3 bunga cengkih)
  • sayuran - maz guna apa yg ada dlm peti je (ubi kentang, terung, bendi dan cili hijau/cili padi)
  • garam gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Cuci ayam bersih dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *
3. Satukan serbuk kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis, bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
4. Panaskan minyak secukupnya, tumis rempah 4 sekawan dan daun kari sekejap kemudian masukkan bahan tumbuk, cili kering, jintan putih dan tumis biar wangi.
5. Masukkan serbuk kari dan tumis biar pecah minyak, kemudian tambah air 3-4 sudu dan tumis lagi agar rempah masak sepenuhnya.
6. Masukkan ayam, balikkan biar sebati dengan bahan rempah dan masak selama 8-10 minit sambil tutup periuk biar ayam keluarkan jusnya sambil dibalik sekali sekala.
7. Tambah air secukupnya (dalam 2 cawan ke), masukkan sayuran (kalau sayuran yang cepat lembut macam bendi tu masukkan kemudian sikit), asam keping, garam dan gula. Masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala.
8. Bila ayam dan masak dan sayuran lembut, perasa secukup rasa dan padamkan api.

masakan org india, pakisatan atau bangla memang guna bawang banyak deh..tu yg kuahnya jadi pekat elok wpun tak masuk santan..tpi kari ni versi cincai je..bleh la utk mkn sdrik tu kan...

Sunday, September 20, 2015

Udang Rebus

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya'..brkesempatan bertemu sekli lgi, masih dgn misi nak clearkan gambar lelama! udang ni pun menu Ramadhna hritu lgik..asik duk buat tomyam je..skli sekala main rebus la plak, sebnarnya kes tgk cooking show mat saleh tu rebus lobster..dri stu la dtg ilham nk rebus udg ni..xde lobster udang pun jdi la kan..sedapp isap kepalanya tu, manis..layan dgn sos thousand island..Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan harap dapat dimaafkan segala khilaf..

Udang Rebus by http://ilhamdapur.blogspot.com                
Bahan-bahan
  • 12 ekor udang saiz XXL 
  • 1 helai daun bay
  • 1-2 cubit garam
Cara

1. Dalam periuk masukkan dalam 2 cawan air atau secukupnya (kira cukup untuk tenggelamkan udang je, air ni tak perlu banyak nanti hilang rasa manis udang), daun bay, secubit garam dan masak biar mendidih.
2. Kemudian masukkan udang dan masak biar udang masak dalam 5-6 minit atau bergantung pada saiz udang (jangan masak lama nanti udang jadi kecut dan isinya keras).
3. Toskan dan boleh la dihidang bersama sos thousand island dan salad.

suami memang jarang amik nasi masa puasa haritu..jdi duk buat menu gini la..Alhamdulillah atas segala nikmatNya..

Clam Chowder

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..apa kbar semua, amik masa skejap pagi ni cuba settle pic lelama ni..klu bleh nk update je cepat-cepat biar hbis gambar dlm folder tu, tpi klu hri minggu tu slalu xberksempatan utk buat n3..chowder ni pun lama sangat dh, kejadian sebelum puasa lgi..sblum ni dh updated yg versi ayam..bleh kenyang hbis semangkuk ni, layan dgn garlic bread pun sedapp..Inysaa Allah semoga bersama lgi dilain waktu dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Clam Chowder by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan isi clam @ kepah/lala - cuci bersih, toskan
  • 1 1/2 cawan cendawan butang putih segar yang dihiris nipis 
  • 1 labu bawang besar bombay - potong kasar
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1 1/2 kiub pati ayam @ secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering 
  • 2-3 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu besar mentega
Cara

1. Dalam periuk masak 1 1/2 cawan air, bawang besar dan kiub pati biar mendidih dan bawang lembut, kemudian masukkan dalam pengisar dan kisar biar lumat.
2. Dengan periuk yang sama panaskan  mentega, masukkan bawang putih dan masak sekejap.
3. Masukkan clam dan masak sekejap biar keluar airnya, masuk serbuk lada hitam.
4. Masukkan cendawan, masak sekejap biar cendawan sedikit lembu kemudian masukkan 1 cawan air.
5. Masukkan bahan kisar, whiping cream, bancuhan tepung dan basil.
6. Sebatikan, perasa secukup rasa dengan kuib pati dan masak biar pekat sikit dengan api perlahan, boleh tambah sedikit air jika rasa terlalu pekat atau sedikit tepung kalau cair.
7. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama roti atau biskut kraker.

chowder ni seangkatan dgn mushroom sup..dri segi rsa dan cara buat pun xbnyk beza, mood masak ni pun ikut waktu jgk..bila dtg angin rajin try buat menu western, tu yg duk ulang buat menu omputih je..pastu stop kjap..tunggu mood tu dtg blik plak..

Thursday, September 17, 2015

Puding Coklat..Sekali Sekala

Assalamualaikum w.b.t..Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni..Inysaa Allah semoga dilapangkan segala urusan kita yg membawa kebaikan hari ni, bkesempatan bersiaran sekli lagi dipagi khamis..antara juadah yg teramat kurang sekli muncul kat dapur ni, memang jarang buat puding agar-agar ni sebab xde sambutan..anak xminat, ni pun buat sikit je..tu pun masih kena bermlm jgk separuh dlm peti..boleh 2x mkn..kira masih fresh lagi la puding ni..biasanya gambar yang dah berbulan peram baru nk n3, takpe la deh..kejadian puding ni pun kerana layan selera berpuasa..tetiba dtg keinginan pgi kelmrin nk mkn puding roti ni..masa tu susu cair pun takde stok, pastu cal suami sruh beli masa hntar anak sekolah blik..
dh pkul 2 lebih la buat puding ni, nak cepat malas nk cari rspi..nak masak lagi, dgn anak blik skolah nak mkn..memang main buat sungguh, tawakal je sambil dlm hati berkata kalau lembik mkn je la dgn sudu..klu keras pun masih boleh makan lagi kan..masa blog lama dulu pernah skli cuba buat  puding marble..cuma ni buat ikut kata hati..Alhamdulillah elok hasilnya tidak keras atau terlembik..dlm 2 jam dah boleh potong..manis pun cukup, abangngah tukang rasa..dgn lemak berkrim, sedappp..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas setiap yg tidak sempurna..

Puding Coklat by http://ilhamdapur.blogspot.com
Baha-bahan
  • 10g agar-agar tali - maz guna jenama giant
  • 500ml air
  • 160ml susu cair
  • 10 sudu besar gula
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 2 keping roti - koyak sikit, maz guna sekali dengan kulit tepi
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • sedikit essen vanilla

Cara

1. Sediakan acuan puding, guna bekas kecik sebab resipi ni sikit je (maz guna acuan silicon yang dalam pic tu) kalau guna loyang basahkan sikit acuan dengan air agar mudah dikeluarkan nanti.
2. Dalam periuk satukan agar-agar, air dan gula, masak hingga agar-agar larut sepenuhnya.
3. Sementara tu dalam pengisar masukkan roti, susu cair, garam dan susu pekat manis, kisar biar lumat.
3. Bila agar-agar dah larut sepenuhnya, masukkan roti kisar dan kacau sebati (masa ni guna api perlahan je), rasa la sikit kalau kurang manis boleh tambah gula 1-2 sudu lagi, agar-agar masa tengah masak biar manis tu terlebih sikit sebab bila dah keras manisnya akan jadi kurang.
4. Bahagi kepada 2 bahagian dan lebihkan sikit sukatan untuk bahagian bawah (lapisan putih) atau sebaliknya, terpulang la pada kita, kemudian tuang dalam acuan dan sejukkan dalam peti.
5. Sementara 1 bahagian lagi campur serbuk koko dan coklat emulco, sebatikan (maz sebati guna blander, nak cepat) kemudian masukkan balik dalam periuk dan biarkan atas api perlahan je sambil dikacau sekali sekala hingga lapisan pertama tadi sedikit keras.
6. Bila lapisan pertama tadi dah keras sikit, sendukkan atau guna sudu dan tuang perlahan-lahan atasnya (pegang senduk tu rendah je, maknanya senduk tu biar rapat dengan lapisan yang dah keras tu), masukkan dalam peti selaam 1-2 jam atau biar keras sepenuhnya sebelum dipotong.

memang guna cara senang sungguh buat puding ni kelmrin..main gunting tengah je agar-agar tali yg dalam paket tu..1 paket ada 20g, kira bahagi 2 la agar-agar tu..gula pun main buh guna sudu plastik yg utk jamuan tu je..kihkihh..adoiii! sebab kebetulan sudu tu yg ada dlm botol gula..tapi dlm rspi tu guna sudu matrik la ye, maz dh sukat blik dgn sudu tu..klu sudu plastik jamuan tu smlm maz guna 12 sudu, 1 sudu jamuan tu xsampai 1 sudu besar matrik..tu yang letak 10 sudu je..nanti ejus la kalau kurang manis..air tu maz guna cawan la masa nk isi dlm periuk..susu cair pun main tuang je semua dari tin..tapi tin kecik la, 160ml..

Wednesday, September 16, 2015

Ayam Pop & Sambal Terasi Tomat

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..bertemu sekali lagi semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya..selamat berpuasa pada yg berpuasa sunat awal zulhijjah hari ni dan semoga dipermudahkan urusan jemaah haji tahun ni serta diberi kekuatan pada keluarga serta jemaah yg terlibat dgn insiden kren tumbang dimasjidil haram minggu lepas..bunyi pelik skit menu pagi ni deh, ayam pop ni menu dari tanah Minang, memang ayamnya putih gini..sambil mkn tu tanya la jgk Pak Supir, tour guide merangkap pemandu kami pasal lauk yg ada atas meja tu..ni mcmana bikinnya..itu caranya camana..mungkin bleh jgk dpat sedikit idea utk msak kan..pastu refer jgk kat intenet..bila singah mkn anak sukaa meratah ayam pop ni..jdi tu yg coba buat sdrik..mudah sangat pun nk sedia ayam ni..pastu layan dgn sambal tomato, memang sukaa la mkn sambal belacan sana ni..xpedas sangat sebab guna cili merah..klu nak cicah nga sambal belacan pun boleh..Inysaa Allah semoga bersama lagi dan maaf atas segala kekurangan..

xsangup nk kata TIDAK dgn lauknya yg mcm2 jenis..sampai xtahu nak pilih mkn yg mana, disusunnya xmuat meja, rajin betul la mereka ni masak deh..selama 4 hari kat sna sempat la merasa kat 5 restoran dan yg paling best masakannya kat Rumah Makan Simpang Raya, Bukittinggi..es telernya pun walaaa, sedapp! pic yg line oren tu la ayam popnya, tapi lupa pula tnya Pak Supir mcmana respi tu diberi nama..ni masa jamu selera hari terakhir sebelum balik kat Rumah Makan Lamun Ombak..es teler xbleh tinggal! seronok kalau pergi tempat yg majoriti penduduknya muslim ni, makan senang..nak solat pun mudah, boleh kata dlm setiap 1km ada musalla kat Padang ni, Bukittinggi pun sama.. 

Ayam Pop by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - guna ayam saiz kecil, maz guna ayam berat 900g je 1 ekor
  • 2-3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 helai daun bay/salam
  • 1 batang serai - ketuk
  • air atau air kelapa secukupnya - untuk rebus ayam
  • sedikit garam
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Ayam dipotong 4, buang kulit dan cuci bersih. 
2. Tumbuk lumat bahan bertanda * bersama sedikit garam dan lumur pada seluruh ayam, perap selama 1 jam atau lebih. 
3. Dalam periuk masukkan air atau air kelapa jika guna atau boleh guna keduanya, kira tenggelam separuh ayam (kalau air banyak sangat nanti hilang rasa manis ayam) daun bay, serai dan sedikit garam, masak biar air panas atau berwap sikit.
 4. Kemudian masukkan ayam dan masak selama 20-25 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan toskan, air rebusan jangan dibuang boleh guna sebagai sup atau masuk balik ayam nanti. 
5 Dalam kuali panaskan minyak baru secukupnya, goreng ayam sekejap je (dalam 10-13 saat setiap bahagian), angkat dan buat sampai habis. 
6. Kalau tak nak hidang terus, masuk balik ayam dalam air rebusan tadi agar ayam tidak kering. 
7. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan sambal terasi tomat atau sambal belacan.

Sambal Terasi Tomat @ Sambal Belacan Tomato
Bahan-bahan
  • 4 biji cili merah
  • 2-3 biji cili padi merah (kalau suka pedas boleh tambah)
  • 1 biji tomato masak
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang puith
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan (terasi)
  • sedikit garam, gula perang dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Kisar biar hampir lumat atau tumbuk semua bahan kecuali 2 bahan terakhir (org Indonesia guna lesung batu yang jenis lebar macam pingan tu, kat pasar sana memang banyak dijual lesung ni).
2. Dalam kuali panaskan sedikit minyak, kemudian masukkan sambal tadi dan perasa dengan sedikit garam, gula perang dan aji, kacau sebati dan padamkan api.
3. Boleh la dihidang bersama ayam pop atau pucuk ubi rebus.

utk buat ayam pop ni klu boleh guna ayam saiz kecil dan ayam muda..baru sedapp dan utk rebusnya guna air kelapa..tpi ni maz guna air biasa je, xde stok air kelapa..kira menu berkhsiat la jgk sbb rebus dan buang kulit..

Tuesday, September 15, 2015

Spaghetti With Garlic and Sun Dried Tomato

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..kembali dgn gambar lama, ni juadah masa dlm bulan puasa hritu lagik..kadang2 tu xde idea jgk nk masak apa, ditambah dgn bahan mentah yg terhad..jdi pasta la yg akn jdi pilihan..yg pasti mudah dan cepat disediakan..hati ni masih terasa rindu dgn suasana msia..belah ptg ada pisang goreng, pasar mlm..kat sni menunya sama je semua tempat..klu tghri semua jual nasi arab..ptg sampai ke mlmnya tikka iaitu kambing bakar atau shawarma..Inyaa Allah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Spaghetti With Garlic and Sun Dried Tomato by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 paket spaghetti - rebus biar lembut sikit dengan sedikit garam dan minyak zaitun
  • 1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
  • 4-5 ulas bawang putih - cincang
  • 3-4 keping tomato kering - ada jual kat pasaraya, yang dalam minyak zaitun pun boleh - potong kecik
  • lada bengala hijau/merah secukupnya - dadu
  • sedikit serbuk pati ayam
  • sedikit cili flakes
Cara

1. Dalam kuali panaskan minyak zaitun, masukkan bawang, tomato kering dan tumis biar bawang layu sikit.
2. Kemudian masukkan cili flakes dan lada bengala, masak sekejap biar sayur lembut, masukkan spagheti yang telah ditoskan dan serbuk pati ayam, sebatikan dan kalau rasa terlalu kering boleh tambah minyak zaitun sikit lagi (kalau boleh bila spagheti hampir masak dapur sebelah terus sediakan bahan untuk buat pasta ni, agar spagheti tidak terlalu kering), padamkan api dan boleh la dihidang bersama cheese serbuk jika suka.

kat rumah ni asalkan pasta memang dpt sambutan..ni pun versi mudah je, kebetulan tomato kering yg beli masa kat istanbul dlu ada lagi..guna je la dri duk simpan lelama tu..jenis plain gini mkn lebih skit pun takpe deh..klu masuk cream cepat muak plak kan..

Monday, September 14, 2015

Udang Sos Thai

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..apa kbar semua dan bertemu skli lgi..Inysaa Allah esk 1 Zulhijjah dan digalakan utk kita berpuasa sunat 10 hari pertama pada bln ni hingga la hari arafah..biasanya klu lauk udg pasti akan buat tomyam atau gulai kuning..tpi ni saja ubah pesen skit dri biasa sbb dah buat sup daging sebagai pasangannya..ala2 masak sambal je cuma masuk daun limau purut..sbb ada daun limau tu yg bagi nama udang sos thai, memang membangitkan selera la lauk udg ni..semoga bersama lagi dilain masa, Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna dri maz..

Udang Sos Thai by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8-10 ekor udang saiz XL - belah belakang, buang urat hitam
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 4-5 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit gula perang
  • minyak masak secukupnya
Cara

1. Cuci dan toskan udang biar kering, kemudian lumur sedikit garam kunyit.
2, Tumbuk lumat atau kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng udang sekejap dikedua bahagian (separuh masak je) kemudian angkat dan ketepikan, buat sampai habis.
4. Dengan kuali lain, panaskan minyak untuk menumis secukupnya (agak-agak la ye), masukkan bahan tumbuk dan tumis biar bawang masak, kemudian masukkkan cili kisar dan tumis biar pecah minyak.
5. Masukkan daun limau purut, sos cili, sos tiram dan sedikit gula perang, kacau sebati dan tambah sedikit air jika perlu.
6. Perasa secukup rasa, kemudian masukkan udang dan balik-balikkan agar sebati dengan bahan sos (masa ni guna api perlahan).
7. Tabur sedikit daun ketumbar jika suka dan boleh la dihidang dengan nasi putih.
Nota ilhamdapur : kalau guna udang kecil boleh terus masuk dalam sos, tak perlu digoreng dulu.

Alhamdulillah suami dan abangngah sukaa la plak..sedappp, nak buat pun mudah je dan bahan pun ringkas sangat..tukang masak ni gitu la deh, duk cari yg mudah2 je..tghri ni Insyaa Allah tomyam udang lgik..mlm kelmarin pun tomyam udang dh..suami memang sukaa sangat hirup tomyam panas..

Sunday, September 13, 2015

Bingka Keledek @ Kuih Bakar Keledek

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..bertemu kembali stelah agak berbulan jgk xupdate blog ni, sebenarnya menyepi lama tu blik Msia lepas Aidilfitri hritu..dh 2 minggu la sampai sni..biasa la tu deh, klu dh lama tinggal dapur maya ni amik masa jgk la nk tunggu mood tu dtg blik, tambah masa pun xberapa mengizinkan..Alhamdulillah sbln lebih jgk kat tanah air..dpt la lepas rindu dgn kelapa muda, pasar mlm..buah2, durian mesti la kan..cempedak, durian belanda, pulasan..kebetulan memang tgh musim buahan..memang xmasak langsung kat rumah..mkn luar je hri2..maklum la rumah tinggalkan, xde apa barang..pastu klu siang hritu tu masa bnyk hbis kat luar..ye la klu blik tu mcm2 la nk buatkan dan sempat jgk cuti2 indonesia dan singapore blik hritu, kat indonesia pun xlepas peluang cri buah duriannya..ok la pagi ni cuci mata dgn bingka keledek atau nama lain kuih bakar..ni pun xleh lama sangat lepak depan lappy ni..Insyaa Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Bingak Keledek @ Kuih Bakar Keledek by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 250g keledek - rebus, sejukkan
  • 100g gula *
  • 150ml santan *
  • 50ml air *
  • 50ml susu segar *
  • 90g tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3 biji telur
  • 2-3 titik pewarna kuning - jika perlu
  • bijan secukupnya
Cara

1. Panaskan oven suhu 180 C. Sapu loyang dengan sedikit mentega atau minyak sayur/masak.
2. Kisar lumat keledek yang telah dikupas kulit bersama bahan bertanda *.
3. Masukkan tepung gandum, garam dan kisar lagi biar sebati, kemudian masukkan telur dan pewarna, kisar sekejap sekadar untuk sebatikan.
4. Tuang dalam loyang, tabur bijan secukupnya dan bakar selama 50-60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
5. Keledek tu kalau boleh amik bahagian tengahnya, hujungnya kalau berserat/serabut jangan amik, takut nanti kuih tu akan terasa serabut keledek tu.

ni pun snap yg dh semlman dlm peti..sbb asalnya xsnap pun, rupanya lgi sedappp la rasanya yg dibiar semlman..lgi terasa keledeknya..wpun duk dlm peti, tapi tetap lembut..memang sedapp dan nk buat pun mudah sangat..