Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, October 20, 2019

Sayur Pedas Bayam & Labu (Stail Kelantan)

Assalamualaikum w.b.t. 
'Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram'..sama2 kita amal zikir ni setiap kali selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim)..semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
huhuu! angin xberapa rajin dh mula terasa ni, berat je nk update..pic2 lama xhbis lgi, ditmbah plak dgn gmbar trbaru..tkpe la ya kayuh slow2, smuanya ni sebagai rujukkan dan kenangan..ok la la sayur yg dh acap kali jgk update kat dapur maya ni, memang suka sayur bayam dan labu msak air gini atau istilah lain sayur bening..kli ni buat pedas skit versi kelantan mcm yg bonda duk msak slalu, msuk lada hitam dan ikan tawar (isi ikan rebus) sdpppp laa! ada plak ank ikn kerisi goreng  smpai 2x tmbah nsi, klu ada ikn masin pon sdpp jgk..sni xde la plak ikn masin mcm kat tempat kita tu, Insha Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas sgala kekurangan yg ada..

pasangannya ank ikn kerisi goreng..smpai 2x tmbah nsi, kebtulan hritu npak ada ikn kerisi kecik2 ni kat pasaraya..beli la 1/2kg, rsa rugi plak beli skit hritu sbb ikn kecik gini memang susah nk dpt..klu ada ikn masin pon sdpp jgk, cuma sni xde la plak ikn masin mcm kat tempat kita tu..

SAYUR PEDAS BAYAM & LABU (Stail Kelantan) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ikat bayam
  • 300g labu kuning
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1/2 sk lada hitam *
  • sejemput isi ikan rebus *
  • 3-4 biji cili padi merah - optional
  • sedikit hirisan bawang besar - optional
  • garam, gula dan aji jika suka
Cara

1. Tumbuk bahan bertanda * separuh lumat.
2. Dalam periuk masukkan 1/2 liter air, labu, cili padi dan bahan tumbuk.
3. Masak hingga mendidih dan labu separuh masak.
4. Masukkan bahan bahan perasa, bayam dan bawang hiris.
5. Masak seketika lagi sekadar bayam layu dan suaikan secukup rasa, padamkan api.

suami plak klu msak air gini suka hirup kuah panas2..bgi yg xprnah try msuk isi ikan rebus dlm sayur air gini bleh la cuba, memang sdpp tau..

Thursday, October 17, 2019

Somtam Buah Campur @ Mixed Fruit Somtam

 Assalamualaikum w.b.t
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
bersua kembali, sementara ada kerajinan ni update je lah dulu..ni pon sbnarnya dlm kereta tgh tnggu Afiq kat British Council, jdi sambil2 tu amik peluang buat n3 menu buah yg berwarna warni ni..kebetulan wken hritu ada beli buah serba sikit, geram tgk mcm2 buah kat pasaraya skrang..cuma klu epal hijau dan anggur tu memang duk beli slalu sbb buah tu ada je spnjang masa,  dek kerana stok buah dlm peti tu lalu dtg lah ilham utk buat somtam mixed fruits ni..walalaaa serius sedappp!! rasa masam manis dri air buah, aroma bawang putih dan udang kering thai ckup membangkitkan selera.. rsa mcm xnak stop bila start suap, tgk2 dh licin semangkuk! recommended utk dicuba nak2 klu yg xsuka mkn buah atau bgi penggemar colek..ni mcm colek versi hipster, Insha Allah bersua lgi dilain masa dan mohon maaf atas segala khilaf..

SOMTAM BUAH CAMPUR @ MIXED FRUIT SOMTAM by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk buah campur, sejukkan dulu dalam peti - maz guna epal hijau, epal putih, anggur, nectarine, tembikai, pomegranate, nenas dan oren (boleh guna buah lain jgk)
  • 3 sudu besar thai palm sugar/gula labung siam @ secukupnya 
  • kicap ikan secukupnya
  • 3-4 biji cili padi merah/hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit aji
  • sedikit kacang tanah goreng
  • sedikit udang kering oren thai
Cara

1. Dalam lesung masukkan gula thai, bawang putih dan cili padi. Gesek-gesekkan biar cili dan bawang pecah.
2. Masukkan kicap ikan dan aji, sebatikan biar gula thai larut dan suaikan rasa biar ada rasa manis dan masin.
3. Tuang bahan sos dalam mangkuk buah tadi, tabur udang kering, kacang tanah secukupnya dan masukkan dalam peti sekejap dalam 20-30 minit biar jus dari buah keluar dan sebati dengan bahan sos.

Nota ilhamdapur : tak perlu letak jus limau kerana jus dari buah dah ada rasa masam.

ni buah nectarines, isinya berwarna oren dan ada rasa sedikit masam manis seakn rsa fresh peach..

selain dri buah2 yg maz guna ni, bleh jgk guna buah lain yg sesuai mcm strawberi, jambu dan sbgainya ikut selera, somtam buah campur ni rsanya sesuai jgk klu nk buat menu tambahan sbgai pembuka selera atau appetizer hidangan.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...