Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Puyuh. Show all posts
Showing posts with label Puyuh. Show all posts

Sunday, April 7, 2019

Puyuh Goreng Tepung

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
 sama2 kita amal baca sebelum bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
sbnarnya lauk lama dh ni, dapur ni mcm dlu la jgk..berbln2 peram gmbar, tkpe lah update lah jgk sbgai rujukan..senang sngat nk buat ni pon, lebih kurang mcm goreng kunyit biasa je cuma salut tepung skit mcm ayam goreng kunyit rangup ni..sedap layan dgn nsi panas, klu ada plak sambal belacan atau smbal tomat indon/sambal nasi nasi ayam penyek bleh berpeluh2..Insha Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf yg ada..

Puyuh Goreng Tepung by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor burung puyuh - cuci bersih dan kelar sikit bahagian dada, tak perlu toskan (maz tak potong)
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit serbuk pati ayam/garam
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Lumur puyuh dengan sedikit serbuk kunyit dan serbuk pati @ garam.
2. Satukan dua jenis tepung dan golek puyuh biar bersalut tepung sepenuhnya.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng seperti biasa di kedua bahagian hingga masak.
3. Boleh lah dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sebagainya.

klu nak bagi rasa rempah skit..bleh jgk masukkan sedikit serbuk ketumbar, serbuk kari dan jgk serbuk jintan manis dlm bancuhan tepung tu..meratah pon sedapp klu yg masih panas tu..

Wednesday, November 23, 2016

Gulai Puyuh Dengan Kacang Panjang

Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
adoiiii, bakpo makin liat nk update blog skrang ni..nk bercerita pon xde idea sngat pgi ni..ok la layan lauk burung puyuh gulai ni la dlu, sni ada jual puyuh, tpi yg frozen la..produk dri UAE, gulai ni ilham dari gulai cara Padang mcm yg pernah buat sblum ni..cuma ubah suai skit2, Alhamdulillah kena dgn selera kami sklrga..InysaaAllah sampai bertemu lgi dan maaf atas khilaf yg ada..

GULAI PUYUH DENGAN KACANG PANJANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 3 ekor puyuh 
  • 2 cawan santan
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 3 biji cili padi merah *
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar minyak sayur/masak
  • kacang panjang
  • gula, garam dan aji jika suka

  • Cara

    1. Potong puyuh saiz yang dikehendaki, maz potong 3.
    2. Kisar atau tumbuk semua bahan bertanda *, panaskan minyak dan tumis bahan kisar biar naik bau.
    3. Masukkan puyuh, kacau balik biar mesra dengan bahan rencah dan kulitnya bertukar warna.
    4. Masukkan santan, asam gelugur dan masak biar puyuh lembut, perasa secukup rasa.
    5. Masukkan kacang panjang, masak sekejep dalam 1 minit sekadar layu, padamkan api.

    sambung kembali cerita cuti2 euro, destinasi kedua Hallstatt..satu daerah yg agak terpencil di Austria, tpi tempat ni memang tumpuan touris sbb keindahanan perkampungan dilereng bukit tepi tasik Salzkammergut..tempat ni tenang dan damai sangat, cantik sungguh..ni gambar dari luar sblum masuk ke dlm kampung ikut tepi tasik tu..

     klu time winter, bertukar warna la gunung2 tu jdi putih..

      maaf la gmbar jdi xjelas..kat phone ok je, npe bila upload kat sni jdi blur la plak..

    dlm perkampungan tepi  tasik Salzkammergut..cantik rumah2 kayu dilereng bukit, utk masuk ke sni kena berjln kaki sekitar 10-15 minit..kawasan ni car free kecuali utk penduduknya saja, tempat parking kereta berbayar ada disediakan diluar sna..

    belah mlm pun cantik tempat ni..bleh jgk naik bot utk menyusuri tasik, cable car pon ada..touris dri cina mainland ni ramai sungguh, ada kat mna2..

    yg lebih 3 ekor lagi goreng tepung mkn dgn nasi lemak..selalu duk buat gulai kuning lengkuas biasa tu, ni tumis dlu rencah tu biar ada aroma skit..ilang la skit bau puyuh kan, tekak tukang masak ni susah skit..xleh nk terima klu ada rasa lain dri biasa..

    Thursday, October 1, 2015

    Kari Padang Puyuh (Kare Padang)

    Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni..bertemu skli lagi, terasa cepatnya masa berlalu deh..dh nk masuk penghujung tahun rupenya..menu dari tanah minang la plak, kari puyuh atau bahasa sana 'kare'..sedapp plak masakannya, xde la pedas sangat dan boleh diterima tekak ni, sekali sekala ubah selera..biasa duk masak gaya sama je..xde plan pun nk buat kari Padang ni, tpi sbb ada puyuh yg lebih goreng 3 ekor..tu yg proses try buat kari ni..klu kat sana kari ayam la kan..pepandai plak prgi tkar dgn puyuh ni..sedapp karinya, membangkitkan selera sungguh aroma daun limau purut tu..masakannya xbanyak beza dgn masakan kita, cuma mereka banyak guna rempah..masakan sana jgk banyk masuk daun limau ni..semoga bersama lagi Inysaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan..

    Kari Padang Puyuh @ Kare Padang by http://ilhamdapur.blogspot.com
    Bahan-bahan
    • 3 ekor puyuh - potong 4
    • 3 ulas bawang merah *
    • 1 ulas bawang putih *
    • 1-2 biji cili merah * kalau suka pedas boleh ganti dengan 4-5 biji cili padi merah
    • 1 sudu besar cili kisar @ 4-5 biji cili kering *
    • 1/2 inci halia *
    • 1/2 inci kunyit *
    • 1 batang serai - ketuk
    • 2 biji buah keras - tumbuk lumat
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
    • 2 cawan kelapa
    • 3 helai daun limau purut
    • 1 keping asam gelugur
    • 3 biji cili padi
    • 1 biji timun - jika suka
    • garam, gula dan aji jika suka
    • sedikit minyak untuk menumis
    Cara

    1. Cuci bersih puyuh dan toskan.
    2. Kisar lumat bahan bertanda * atau cara tradisional indonesia tumbuk guna lesung batu yang lebar macam pingan tu.
    3. Dalam periuk panaskan sedikit minyak (dalam 2-3 sudu), tumis kayu manis kemudian masukkan bahan kisar dan tumis biar pecah minyak sikit, masukkan serai.
    4. Masukkan bahan rempah, buah keras dan tumis sekejap.
    5. Kemudian masukkan puyuh, balikkan biar sebati dengan bahan rempah, masak sekejap dan tutup periuk biar keluar airnya.
    6. Masukkan sedikit air (dalam 1/2 cawan ke), asam gelugur, sedikit garam, gula, timun, cili, daun limau dan masak biar puyuh lembut sambil dikacau sekali sekala.
    7. Masukkan santan, masak biar mendidih lama sikit dan perasa secukup rasa.
    8. Boleh la dihidang bersama nasi puith.

    kepekatan kuah tu terpulang la pada selera, ni maz buat cair sikit..xsuka sangat klu terlalu pekat pun..memang berselara la layan dgn nasi putih..ada plak sambal belacan dan ulam peria mentah..klu blum ada idea nk msak, bleh la cuba kare Padang ni..

    Wednesday, March 25, 2015

    Puyuh Goreng Daun Kari

    Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..tepek puyuh ni la skejap...beli 2 minggu lepas msa prgi bli barang dapur...sebenarnya nk amik ayam...tpi dicapainya  puyuh ni...sepaket ada 6 ekor...bleh la 2x goreng...senang keje dan sedap meratah goreng je...afiq pun dah pandai mkn puyuh ni...asalnya nk goreng kunyit biasa je...pastu tgk daun kari kat tepi sink tu dh mula nk hitam...sayang plak klu trbuang gtu je...dlm hati duk ckp sorang...buat goreng dgn puyuh ni la...tu yg kupas bawang sbgai bahan tambahannya...sedappp plakk rupenya...terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dpur kecik ni...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama...mohon maaf atas segala khilaf dan Inysaa Allah semoga bersama lgi...

    Puyuh Goreng Daun Kari by http://ilhamdapur.blogspot.com
    Bahan-bahan
    • 3 ekor burung puyuh - kerat 4
    • 5 ulas bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1-2 inci kunyit hidup
    • 2 tangkai daun kari
    • garam secukup rasa @ serbuk pati ayam
    • minyak untuk menggoreng secukupnya
    Cara

    1. Cuci bersih puyuh dan toskan.
    2. Tumbuk lumat semua bahan kecuali 2 bahan terakhir.
    3. Gaul puyuh dengan bahan tumbuk, garam secukup rasa dan daun kari.
    4. Panaskan minyak secukupnya, kalau nak perap dulu sekejap pun boleh sebelum goreng.
    5. Goreng seperti biasa bersama dengan daun kari, boleh la dihidang bersama nasi putih.

    xde lauk lain pun takpe dh...tuang kicap pun jdi dh ni kan...meratah pun sedappp...

    Tuesday, September 30, 2014

    Burung Puyuh Goreng Berempah

    Assalamualaikum w.b.t...layan puyuh goreng berempah la plak...pelengkap nasi lemak...xde plan langsung nk masak ni...stu pgi tu dihri mnggu...xthu nk sdia apa utk bekpes...ckp dlm hati tkpe la buat nasi lemak...bkn susah pun kan...stkat buat sambal dgn masak nsi...dlm 1 jam dah bleh makan...slalunya klu buat nsi lemak ni mkn dgn tlur mata kebau...tpi pgi tu tetiba teringat puyuh ada 3 ekor lam peti...trus rendam smbil duk masak sambal tu...elok je sambal masak...tenggek kuali goreng puyuh lak...Alhamdulillah licin berniaga pagi tu...kihkihh...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

    Puyuh Goreng Berempah by http://ilhamdapur.blogspot.com
    Bahan-bahan

    • 3 ekor burung puyuh - kerat 2
    • 1 ulas bawang putih
    • 3 ulas bawang merah
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 2 batang serai - hiris
    • 1 tangkai daun kari
    • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
    • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1/2 sudu kecil serbuk cili
    • garam secukup rasa
    • minyak untuk mengoreng
    • 1 tangkai daun kari - letak masa nak goreng

    Cara

    1. Kisar semua bahan diatas kecuali minyak dengan pengisar kering (jangan letak air).
     
    2. Lumur pada seluruh puyuh (kalau ada masa boleh la perap dulu sekejap, maz terus goreng sebab tak cukup masa).
     
    3. Panaskkan minyak secukupnya dan goreng seperti biasa bersama daun kari hingga masak dikedua bahagian dengan api sederhana. Angkat dan toskan.
    
    xdan nk perap apa la ni..terus je goreng..puyuh goreng memang sedapp kan...bahan rempah pun main capai je apa yg terlintas dipkiran...tkpe la deh asalkan ada rupe dan raya rempahnya tu...apa lgi memang brselera la pgi tu dpt mkn nsi lemak dgn puyug ni...kat sni puyuh ni xde masalah...ada jual kat pasaraya besar...puyuh dri UAE...

    Saturday, May 22, 2010

    Puyuh Masak Kicap Berempah

    lagi menu simple...rspi ni kita cma ubah skit2 dri rspi puyuh sblumnya...tapi rasanya tetap memenuhi citara suami kita...sdppppp!! Cik Abang kita ckp klu kat bahrain kambing pun sdp msk mcm ni...kat sna kambennya fresh..dismbeleh stiap pgi bratus2 ekor..murah plak tu!!

    Sumber Resipi : Ilham Dapur
    Bahan-bahan

    • 3 ekor puyuh - potong dan cuci bersih, gaul garam kunyit
    • 3 ulas bawang merah*
    • 1 ulas bawang putih*
    • 1/2 labu bawang besar*
    • 1 sudu kecil jintan manis*
    • 1 sudu kecil jintan putih*
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu besar sos cili atau sos tomato
    • 1 batang serai - belah 4
    • 1 tangkai daun kari
    • 2 biji cili merah - dihiris nipis
    • 1 labu bawang besar - belah 6
    • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
    • sedikit air dan minyak

    Cara-cara

    1. Tumbuk atau kisar halus bahan-bahan yang bertanda *.

    2. Goreng dulu puyuh yang telah digaul garam kunyit bersama sedikit air (dalam 1/2 cawan). Balik-balikkan agar masak sekata dan air kering.

    3. Angkat puyuh dan ketepikan. Dengan kuali yang sama, masukkan 3-4 sudu besar minyak masak. Masukkan serai, daun kari dan bahan-bahan yang telah dikisar lumat tadi. Tumis sehingga masak dan berbau wangi.

    4. Masukkan puyuh dan kacau sekata. Masukkan bahan sos dan balik-balikkan agar sebati (kalau kering tambahkan sedikit air) dan perasakan ikut selera. Biarkan seketika agar daging puyuh meresap dalam sos.

    5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili. Balik-balikkan. Padamkan api. Siap...

    Saturday, March 20, 2010

    Puyuh Goreng Basah

    apa kbar kawan2 semua dan slmat selamat brhujung minggu...smua suke hari cti ni kan...tapi tukang masak kat dpur xde cotiii!! tetap kna msk jgk...klu pun pgi mkn kat luar....tapi utk tghri atau mlmnya sah kna msk jgk kan!! menu mlm smlm jgk ni...kwn dgn si udg cornflakes tu...msa p psraya kita beli lah puyuh ni 2 ekor...plan asalnya nk greng kunyit biasa je...tpi bila dah msuk dlm kuali...ubah fkiran..buh itu dan ini...terjdi lah rspi yg simple dan cepat ni..tpi sedappppp...

    kita memang gemar puyuh ni...tpi xsmua psaraya ada jual puyuh ni kan...masa kat bahrain dulu tkut nk pegang puyuh ni...mahalnyeeee!!...kita letak jgk la ye rspi kita yg simple ni...kena agak2 lah sbb kita tak sukat pun..main campak2 gtuw je...tapi memang enakkk...


    Sumber Resipi : Ilham Dapur

    Bahan-bahan
    • 2 ekor burung puyuh - potong, cuci dan toskan
    • kicap manis
    • sos cili dan sos tomato
    • 1 batang serai - potong 4
    • 1/2 cawan air
    • 1/3 cawan atau kurang minyak masak
    • 1 labu bawang besar - belah 8
    • sedikit gula dan serbuk perasa (jika perlu)


    Cara-cara

    1. Lumurkan puyuh dengan garam kunyit.
    2. Panaskan kuali dan masukkan puyuh tadi, balik-balikan kemudian masukkan air.
    3. Masak sampai air sedikit kering sambil dibalikkan selalu puyuh tadi agar masak sekata. Biarkan air goreng puyuh tadi tinggal dalam 2-3 sudu besar kemudian masukkan minyak masak. Goreng puyuh dengan minyak tadi sehingga puyuh masak, garing kekuningan, kemudian masukkan serai,balik-balikan.
    4. Masukkan kicap, sos cili dan sos tomato (agak2 lah ye). Perasakan dengan sedikit gula dan pak aji (jika perlu).Akhir sekali masukkan bawang besar. Kacau biar sekata. Siap....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...